Result UPU – Pendedahan Eksklusif!

Hari ni, semua calon SPM 2009 pakat check result UPU. Ada yang seronok, ada yg sedih/kecewa. Disebalik smua tu, ramai yg tak tahu mekanisme pemilihan dia. Macam mana ? Nak cerita la ni..baca dengan teliti agar mudah faham…ini berdasarkan apa yg aku tahu je la. huhu…Digunakan teknik analogi supaya mudah difahami.
Mekanisme pemilihan.
1. Semua pelajar akan beratur untuk bersaing bagi memasuki satu group yg mana group program(commonly used course) – ikut program pilihan diorang yg pertama – tapi dengan syarat dia layak la apply. Kalau letak pilihan pertama tapi tak layak, sori noo..you are indeed not qualified! Hehe…
2. Ok. Sambung cerita. Semua program ada kuota yang nak ambil. Contoh: Asasi perubatan UIAM – dalam 115 orang je. So, Pihak yg nak pilih tu , diorang akan ambil pelajar yang tengah beratur untuk masuk tu, berdasarkan markah merit(90% result SPM & 10% kokurikulum). Ambil sampai pnuh. Kalau semua dapat masuk, tak pnuh, x pa la.
3. Yang dapat masuk, dia kira dapat program tu la. Selesai cerita. Apa cerita yang lain2? kena halau la dari situ sebab dah penuh!
4. Yg lain2 ni, dia akan pergi beratur untuk masuk group program lain pula, ikut pilihan kedua dia. Kalau dah pnuh juga – kena halau juga la. Kalau dapat masuk, ok la.
5. Begitulah seterusnya, sampai dia boleh masuk.
6. Kalau sampai 8 group(8 pilihan) dia cuba nak masuk, tapi kena halau juga, kira dia takkan dapat twaran la.
7. Namun, bagi yang pilih “YA” dekat option “Anda setuju untuk terima tawaran selain 8 di atas?” dekat bahagian bawah dalam borang UPU dulu, maka dia dapat masuk la group yg dpanggil group yg ada kosong – lain cakap – dapat program lelong! Dapat la program yang tak diminta.
Kesilapan kebanyakan org:
1. Pilih program yg dia tak layak apply dalam 8 pilihan tu- berdasarkan result SPM dia dengan syarat nak apply course tu. Terbuka untuk aliran mana dsb.
2. Tak susun pilihan tu – pakai letak ikut suka jee– padahal kena susun yang paling minat sangat2 no 1, turun sikit2 smpai no 8 yg minat paling sikit. Bukan x minat! Heee.. [dalam borang tu ada sebut - sila susun ikut KEUTAMAAN]
3. Tak rancang strategi masa susun tu. Maksudnya kalau dia layak untuk semua program, dia patut pilih yg dia rasa ada ‘peluang cerah’ untuk dapat. Macam mana tu? Doa la!
Contoh: Nak masuk UIAM. Jangan apply asasi perubatan kalau merit tak tinggi. Kalau 98/100 ke 99/100 ok la. Sebab program ni memang famous sangat! Kalau nak sangat masuk UIAM dengan program tu, pasang strategi la. Macam mana? Pilih program lain yang ditawarkan di UIAM.
Ada pergigian, farmasi, sains hayat, sains fizikal, kejuruteraan & sains kmputer dll. Pilih yg tu. Sebab? Lepas kita dapat tawaran apa2 program di UIAM, kita boleh buat rayuan untuk tukar semasa minggu orientasi(ta’aruf week). Tak dapat tukar masa ta’aruf week, later on boleh, dengan syarat result mantop la. Hehe..
So, ada yg kata, tu dah lepas….buat apa cakap…ambillah hal ini sebagai pengajaran la cek oi..huhu. Siapa yg tak dapat IPTA yg diorang nak tapi betul2 nak masuk situ juga walaupun dapat IPTA yg lain, buat la rayuan kepada Dekan IPTA berkenaan. Atau pihak paling atas – Kementerian Pengajian Tinggi.
Yang tak dapat tawaran macam mana? Buatlah e-rayuan yang dah ada tu. Tu je la.
Yang junior2 pula? Ambillah perkara ini sebagai pengajaran supaya antum tak buat silap atas ‘salah’ diri sendiri.

That’s all. Do you understand my explaination? Hehe…
Akhir kalam, sentiasalha bersangka baik dgn ALLAH ‘Azza Wa Jalla atas segala yg berlaku pada diri kita. pasti ada hikmahnya dalam setiap apa yg kita dapat. Yg paling penting, semoga kita berjaya di dunia dan pastinya di akhirat! =)
-—- LAMPIRAN – CARA PENGIRAAN MERIT ——
11 May 2012 at 8:56 pm
akhirnya saya dapat kos sc gak..wlpn isi sastera byk..alih2 sains msh jodoh sy.tq ..alhamdulillah dpt
10 May 2012 at 11:18 am
aida: w’salam. susah la nak cakap senang ke susah.
Rahimi salim: Wa’alaikumussalam. Untuk pengetahuan, sekarang ni dasar di CFS IIUM, penukaran ke program perubatan, pergigian dan farmasi hanyalah melalui jemputan daripada Department of Sciences Programme(DOSP), tak boleh apply tukar.
Tapi..tak pasti dasar ni applicable masa ta’aruf programme. Maksudnya masa ta’aruf programme pun tak boleh change offer to these 3 programs ke tak.
Yg pasti, untuk lepas ta’aruf programme, memang tak boleh apply tukar ke 3 program ni.
10 May 2012 at 12:14 am
salam… saya dapat pilihan pertama uiam asasi sains fizikal…. tapi saya ingtkan boleh sambung engineering……. kalau nak tukar kepada asasi kejuruteraan dan sains komputer selalunya senang tak?
9 May 2012 at 2:26 am
Assalamualaikum…sya dpt twrn kejururawatan…tetapi mengikut pilihan asal saya minta asasi perubatan..bleh ke sya minta tkar…klu boleh adakah ia berkait rapat dengan syarat kelayakan minima
21 April 2012 at 8:16 pm
ok thanks atas penjelasan. takut gak sbnrnya takut terkapai-kapai.
21 April 2012 at 12:50 pm
Ada program yang dibuka hanya kepada pelajar aliran sains, atau hanya kepada pelajar aliran sastera dan ada yang kedua-duanya. Yang kedua-duanya ni secara umumnya ikut merit la. tak ada keutamaan. Kalau ada pun, itu disebut oleh pihak IPTA berkenaan.
20 April 2012 at 2:01 pm
erm..kalau 3 pilihan tuh letak sastera major sedangkan budak aliran sains xpeker? sebab ada sumber cakap..budak art diberi keutamaan dpt kos art.. harap sudi memberi pnjelasan
1 April 2012 at 6:07 pm
Terima kasih adik. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
1 April 2012 at 4:25 pm
Wa’alaikumussalam.
1) Agak susah, sebab yang dapat straight A’s pun ada yang tak dapat. Tapi apapun, kuasa Allah jualah yang tentukan segalanya.
2) Bergantung kepada polisi pengambilan tahun tu, kuota yang ada dsb. Macam tahun lepas, ramai juga yang dapat tukar masa ta’aruf week. Tapi mulai tahun lepas, permohonan tukar program pada hujung setiap sem tak dibenarkan untuk ke asasi perubatan, pergigian dan farmasi, hanya melalui jemputan pada semester akhir oleh Department of Sciences Programme.
1 April 2012 at 4:07 pm
Assalamualaikum, terima kasih atas penerangan adik ni. 1) Betulkah kalau result SPM 8A 1B susah nak dapat asasi perubatan UIA (melalui UPU)? 2) Kalau ikut tips adik, pemohon cuba dapatkan contohnya asasi farmasi, kemudian cuba mohon tukar kepada asasi perubatan waktu taaruf week. Adakan mudah untuk tukar ke asasi perubatan ni, mengikut pengalaman tahun2 lepas? Terima kasih.
1 April 2012 at 1:04 am
Wa’alaikumussalam.
Minimum merit tak ada. min gred subjek je ada. wallahua’lam. rezeki di tangan Allah Ta’ala. Dialah yang tentukan yang muktamad.
Ana doakan enta dapat la masuk CFS IIUM dengan asasi undang-undang
31 March 2012 at 5:50 pm
Asslamualaikum… saya pelajar lepasan SPM tahun 2011… saya begitu minat dengan undang-undang UIA dan selepas result keluar, keputusan saya cukup syarat untuk memohon LAW di UIAM, soalan saya.. Adakah susah untuk mendapat tempat di Asasi Law UIAM ? Dan berapa markah merit minimum bagi pengambilan Asasi Law UIAM bagi tahun ini ?
26 March 2012 at 12:35 am
Ada carrymarks, exams, tapi tak ada credit hour, so tak dikira dalam pointer/GPA/CGPA
25 March 2012 at 11:04 pm
salam..belajar bahasa arab tu,, setakat belajar ke.
atau dia termasuk dalam test?termasuk dalam pointer juga ke.?harap boleh bantu.
23 March 2012 at 6:06 pm
[...] Dalam mengisi borang UPU yakni melalui BPKP, antum harus ‘berhati-hati’ dalam mengisi 8 pilihan program. Silap ‘strategi’, akan buatkan antum mungkin tak dapat tawaran biarpun mendapat keputusan yang baik. Untuk maklumat lanjut, baca di sini. [...]
22 March 2012 at 5:35 pm
Akan belajar Bahasa Arab yang asas.
22 March 2012 at 9:40 am
Kalau masuk Asasi Sains di UIAM, wajib ambil B. Arab ke?
Apa akan jadi kalau saya ni yg tak pernah belajar B. Arab? Susah ka nak bawa?
26 January 2012 at 12:03 am
W’salam. tak boleh.. melainkan kalau apply UiTM secara terus selain melalui UPU, mungkin. tapi kalau melalui UPU dapat 2 tawaan, tu tak ada.
25 January 2012 at 11:15 am
salam. boleh tak kita dapat offer lebih dari 1 ipta?
13 May 2011 at 7:38 pm
tp aku rassa mcm bodoh pulak kalo dpt asasi kejururawatan..jadi nurse tu aper
25 March 2011 at 10:15 pm
Lebih kurang macam tu la. tetapi… jangan la ambil undang2. sebab subjek yg dipelajari sangat jauh beza. ambil la sains hayat ke, sains fizikal ke, kejururawatan ke , sains brsekutu ke. sbb ada persamaan dlm subjek yg dipelajari.
Utk pengetahuan, Medik/farmasi/pergigian/sains hyat/kejururawatan/sains kesihatan brsekutu blajar subjek yg sama di peringat asasi.
Juga perlu diketahui, setiap semester dibuka tawaran utk students yg nak tukar course. namun perlu pengesahan Head of department asal & baru. kemudian akan ditentukan dgn mesyuarat.
Apapun, nak ambil ijazah perubatan mesti belajar asasi perubatan terlebih dahulu. harus diketahui tu ye. bukan boleh dari asasi undang2 walaupun CGPA 4.00 nak masuk perubatan. harap ana menjawab persoalan enta.
25 March 2011 at 9:13 pm
bro. kamil, saya nk tanya pada bahagian ini: “Klau nk sgt msuk UIA dgn program tu, psang strategi la. Mcm mana? Pilih prgram lain dlm UIA. Ada prgigian, farmasi, sains hyat, sains fizikal, kjuruteraan & sains kmputer dll. Pilih yg tu. Sbb? Lpas kita dpt tawaran apa2 prgram dkt UIA, kita bleh wt rayuan utk tukar. Kalau, pointer bagus mmg akan dapat tukar, inshaALLAH.”
maksud bro. kamil mcam inikah: sekiranya kita ambil jurusan lain seperti jurusan undang2 di UIA seterusnya kita mendapat pointer yg baik dlm peperiksaan( periksa semasa asasi ka mcamana?), kita boleh menukar jurusan Medic dengan rayuan sahaja.
kedua, adakah kita boleh menukar daripada asasi undang2 ke ijazah medical??
minta penjelasan..terima kasih!
25 March 2011 at 4:06 pm
kalau asasi sains hayat kt UIAM pula macam mana? maksud enta apa?
25 March 2011 at 3:21 pm
kalau asasi sains hayat kt uia pulk cmne ae??
25 March 2011 at 11:44 am
ohh..pelajar lepasan SPM 2010 ke ni? kalau kemasukan asasi UIAM, ia pada hujung bulan mei. bkn bln sept. bln sept hanya kemasukan utk peringkat ijazah sarjana muda. semoga enta dapat masuk ke UIAM! amin ya rabbal ‘alamin =)
25 March 2011 at 11:35 am
salam waridwanuh…syukran…sy brhasrat utk ke UIA kemasukn sept, ni..insyaAllah brjmpe d sane..pljr jrsn medik@farmasi msh dlm plhn..ismi Akmal Husaini Ali Syabana
25 March 2011 at 12:38 am
Sila rujuk link ini untuk pengiraan merit:
http://smkserian.com/upload%20file/new_kaedah_kiraan_merit.pdf
24 March 2011 at 11:41 pm
kiraan merit kurang faham..mcam mana?kalo A+=16 kn,dan stursnya kurng 2 …xbpe fahamlah!tolng tnjukkn..HAHA!harp dpt membntu..
15 June 2010 at 1:19 pm
Hmmm…Dia susun random. Pasal kes mcm tu, yg buat kerja tu bukan manusia. tp komputer. so mesti akan berlaku kesilapan. sbb komputer tu ciptaan manusia. manusia pula makhluk ALLAH yg lemah yg x lari drpd melakukan kesilapan. ye tak?
Yang paling penting sekali, kita kena yakin bahwa setiap perkara di bawah kekuasaan ALLAH. so apa yg kita dapat ialah apa yg ALLAH bagi. it’s just my opinion ok. u may agree or disagree with me. hehe..
7 June 2010 at 5:08 pm
setiap universiti akan pilih calon layak yg sedang beratur sehingga tempat penuh..tapi adakah calon2 yg beratur tu disusun bdasarkn turutan nama atau random? Sebab mngapa ade kes yg lebih layak tidak mndapat 1st choice,& yg kurang meritnye dapat pula plihan prtamanye,,utk program yg sama.
30 May 2010 at 12:21 pm
[...] Result UPU – Pendedahan Eksklusif! [...]
16 May 2010 at 11:43 am
Thanks! Alhamdulillah, tahniah la dpt pilihan pertama.
16 May 2010 at 2:10 am
hehe..ska sngat explain nie..cool jerkk
alhmdulillah dpat pilihan upu yg pertama kat Um
3 May 2010 at 11:13 am
Thanks =)
3 May 2010 at 2:28 am
explanation yang mantap!!!