Apakah Itu ‘Wahabi’?

Negara Malaysia ‘bising’ seketika apabila seorang pegawai JAKIM mengeluarkan kenyataan mengesyaki kehadiran Shaikh Abdurrahman As Sudais ke Malaysia baru-baru ini cuba menyuntik fahaman wahabi.

Sebahagian umat Islam berasa teruja untuk mengetahui apakah itu wahabi yang sebenar-benarnya.

Berdasarkan sejarah, fakta yang paling rajih tentang ‘Wahabi’ ialah istilah ‘Wahabi’ dicetuskan oleh orientalis barat kepada golongan penentang penjajah yang dianggap pengganas yang bermula di India semasa penjejahan British di sana; selain merujuk Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab yang menjadi tokoh tajdid menentang perbuatan syirik dan bid’ah yang berleluasa pada zamannya dalam mengembalikan ketulenan ajaran Islam yang sebenar.

Padahal, gerakan yang dibawa beliau yg ada disebut dalam buku sejarah ialah ‘muwahadah’ yang bererti membawa erti kembali kepada Yang Esa.

Jika dikaji tentang ‘Wahabi’ dari laman web yang pelbagai, pasti kita akan jadi keliru yang amat kerana akan ada dua percanggahan ketara antara satu laman web dan yang lain. Namun, nilailah kesemuanya dengan neraca keadilan! Saya tidak berhajat menulis panjang berkenaan ‘isu zaman berzaman’ ini. Namun, seringkali dewasa ini, wahabi banyak dirujuk kepada golongan yang berbeza pendapat dengan kelompok ‘arus perdana’.

Apapun, apabila kita mendapat berita/maklumat tentang sesuatu, sebaiknya selidiki dan kaji dulu kesahihannya, bukannya terus menyebarkannya kepada orang. Sabda Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam:

“Cukuplah seseorang dikatakan dusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.” (Hadis Riwayat Imam Muslim: Mukaqaddimah Shahih Muslim, 1/15, no. 6.)

Berhati-hatilah kita dalam berbicara. Jangan mudah melabel orang sebagai sesat, apatah lagi kafir! Itulah serba sedikit perkongsian dan pendirian saya dalam hal ini. Semoga ALLAH ‘Azza Wa Jalla melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan mengampuni kita semua.

About these ads

3 Responses to “Apakah Itu ‘Wahabi’?”

  1. Rasullulah menyuruh kita belajar hingga ke liang lahat, Tapi berapa ramai para Ulamak berbuat demikian, apatah lagi para Imam Masjid yang hanya jadi Imam, memandikan mayah & Tahlil. Kita tidak disuruh ikut Mazhab tetapi Ingat, KITA HANYA IKUT RASULLULAH. Ia itu Alquan & Hadis. Cuma janganlah nak kata Wahabi tak betul kerana Umat Islam akan ke Mekah dan Madinah yang mengamalkan WAHABI. Kalau Wahabi tak betul, kenapakah kita terus ke berebut rebut ke Mekah & Madinah, sedangkan Wahabilah anutan meraka. Cubalah baca berita sebenar Wahabi. Sama juga dengan Solat, apabila Imam membaca Fatihah, Para makmum sibuk juga membaca bacaan suanat, sedangkan Pabila dibaca hendak diam sediam-diamnya. Rasullullah menyebut Fatihah ditanggung olih Imam, tapi tak mahu belajar maka Solat kita tak dikara kerana Alquran perintah kita diam. Ini cuma salah satu Wajib dalam Solat, sdangkan banyak perakara lain,seperti TAHLIL & Bacaan Yasin beramai-ramai. Orang ramai yg tak tahu bacaan Yasinpun mengikut membaca yang mungkin salah. Jadi kalau salah seorang yang salah, semuanya tak dapat pahala. Maka itulah sebabnya Rasul menyuruh WAJIB belajar. Jadi belajarlah hingga ke akhir hayat. Wallahua’lam.

  2. Hoho.. ye ke? terlanding di page ini? hebat. hehe.. :-)

  3. Wah ana nak search hadis ini “Cukuplah seseorang dikatakan dusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar…”

    Tiba-tiba terlanding di page ini. Sahih! :D

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,395 other followers

%d bloggers like this: