Ilmu banyak, Akhlak buruk?

imageDewasa ini, kita dapat melihat fenomena hilangnya kemuliaan akhlak sebahagian manusia yang turut melibatkan umat Islam. Perkara ini sememangnya membuatkan kita bimbang dengan realiti pada hari ini. Namun, ada satu perkara yang juga tidak kurang seriusnya, iaitu mereka yang mempunyai ilmu yang boleh dikatakan banyak, namun entah di mana silapnya, ada sebahagian daripada mereka mempunyai akhlak yang buruk.

Daripada Abu hurairah radiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sollalllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق

Maksudnya: “Hanyasanya aku diutuskan, (antaranya) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”  – Hadith Sahih, Riwayat Al-Imam Ahmad, al-Bukhari dalam at-Tarikh Al-Kabi dan lain2 

Dalam hadith yang lain, daripada Jarir ibn Abdullah radiallahu ‘anhu, bahawa bahawa Rasulullah Sollalllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا

Maksdunya: “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari kiamat kelak adalah orang yang terbaik akhlaknya”  – Hadis hasan gharib, riwayat Imam At-tirmizi

image

Terdapat sebuah kisah tentang seorang ‘ulama salaf yang boleh menjadi teladan buat kita:

Ali bin Musa al-Haddad menukilkan satu kisah berkenaan Imam Ahmad bin Hanbal katanya: Suatu hari aku bersama Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muhammad bin Qudamah ketika menghadiri upacara pengkebumian. Setelah ditanam jenazah, kami mendapati seoarang lelaki buta duduk membacakan (al-Quran al-Karim dan zikir) di sisi kubur. Maka berkata Imam Ahmad kepada lelaki buta tersebut: Sesungguhnya membaca (al-Quran al-Karim dan zikir) di sisi kubur adalah bid’ah. Setelah kami keluar dari tanah perkuburan, berkata Imam Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad: Wahai Abu Abdullah (gelaran bagi Imam Hanbali), apa pandangan engkau tentang Mubassyir al-Halabi? Imam Ahmad menjawab: Dia seorang yang dipercayai riwayatnya. Ditanya lagi (oleh Imam Muhammad bin Qudamah): Adakah engkau pernah menulis sesuatu tentangnya?”

“Imam Ahmad membalas: Ya. Lantas Imam Muhammad berkata: Sesungguhnya aku dikhabarkan daripada Abdul Rahman bin al-Ala bin al-Hajjaj dari bapanya bahawa Mubassyir berpesan apabila dia meninggal dunia bacalah di sisi kepalanya dengan permulaan surah al-Baqarah dan penutup surah tersebut. (Kata Imam Muhammad lagi) Ini kerana Mubassyir berkata: Aku telah mendengar Ibnu Umar berpesan sedemikian. Justeru berkata Imam Ahmad: Maka pergilah dan katakan kepada lelaki buta tadi tiada masalah untuk membaca (al-Quran al-Karim dan zikir-zikir di sisi kubur)”  –  Kitab Adab al-Ikhtilafat al-Fiqhiyyah, karangan Dr. Tolaat Muhammad ‘Afifi

Dalam kisah di atas, jelas betapa ilmu yang ada di dada dengan  jiwa yang halus ditunjangi tauhid menjadikan seseorang itu mempunyai akhlak yang terpuji dan berkeperibadian hebat. Walaupun dikritik oleh ‘musuh’ yang tidak sealiran dengannya, amat sukar perkataan keji yang keluar daripada mulutnya. Para ‘ulama yang rabbani menghadapi khilaf dalam berijtihad tentang sesuatu hukum dengan penuh adab dan menghormati antara satu sama lain. Malah, mereka memuji ‘ulama lain yang mereka kritik itu.

Manakala sebaliknya, ada yang sanggup menggandai prinsip dan tidak setia dengan kebenaran. Mereka menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat menjadi keliru, bahkan mungkin ada yang tersesat. Justeru, tidaklah menghairankan apabila al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ‘ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla, maksudnya:

“Bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.  – Surah al-A’raf, QS7:1750176

image

Sebahagian pendidik mengabaikan dalam memberi penekanan terhadap bab akhlak yang sangat berkait rapat dengan aqidah dan ibadah. Ruh agama itu tidak dirasai oleh umat, membuatkan jantung hati kekadang terasa kosong dan kontang.

Mengakhiri coretan ringkas ini, ingin dikongsikan satu ungkapan yang boleh sama-sama kita renungkan:

Ilmu sikit akhlak baik, it is good.
Ilmu banyak akhlak buruk, it is nothing.
Ilmu banyak akhlak baik, it is the best!
Ilmu sikit akhlak buruk, it is indeed the worst!

About these ads

One Response to “Ilmu banyak, Akhlak buruk?”

  1. adakah hadist yang mengatakan bahwa akhlak lebih tinggi daripada ilmu?
    al adabu fauqol ‘ilmi

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,394 other followers

%d bloggers like this: