Bingkisan Sempena Ramadhan Al Mubarak Edisi ke-2

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah hari ini kita telah berada pada hari ke- 17 dalam bulan Ramadhan Al Mubarak. Rasa seperti baru menempuh hari pertama dalam bulan Ramadhan. Namun sedar tak sedar kita telah melepasi separuh daripada bulan yang penuh barakah dan rahmat ini. Ayuh sama-sama cuba kita luangkan masa sejenak untuk memuhasabah diri kita adakah kita telah menggunakan kesempatan Ramadhan yang dikurniakan ini sebaiknya atau kita hanya mensia-siakannya.

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang menggunakan kesempatan Ramadhan kali ini sebaiknya. Jika kita telah mensia-siakan masa yang dikurniakan untuk Ramadhan kali bagi separuh yang pertama, ayuh kita bangkit berubah dengan menggunakan kesempatan dalam separuh yang kedua ini dengan sebaik mungkin dengan menggandakan ibadah kita kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Namun, perlu diingat ibadah yang kita kerjakan itu haruslah ikhlas dan bukannya untuk mendapat pujian insan dan sebagainya.

Saya rasa terpanggil untuk mengatakan sedikit tentang amalan bersahur. Ini cuma pandangan saya sahaja. Saya cuma ingin memberi respon terhadap kata-kata sesetengah pihak yang mengatakan mereka tidak bersahur kerana mereka yakin mereka mampu bertahan walaupun tidak bersahur. Sebenarnya bagi saya, hikmah bersahur bukan sekadar untuk memberikan tubuh kita sedikit bekalan untuk bertahan semasa berpuasa namun ia  adalah untuk mendapat barakah selain dapat mengambil kesempatan untuk beribadah dan dapat melatih diri untuk menunaikan solat fardhu Subuh pada awal waktu dan lebih baik jika dikerjakan secara berjemaah di masjid.

Bukannya salah untuk tidak bersahur namun jika diberi pilihan sama ada kita inginkan barakah ataupun tidak,sudah tentu kita memilih untuk mendapat barakah. Saya ingin menyamakan situasi ini dalam konteks pelajar yang menduduki peperiksaan terutama peperiksaan awam. Pada pandangan saya, pelajar yang akhlaknya bermasalah juga boleh mencapai kejayaan dengan usaha yang gigih. Jikalau seseorang pelajar itu tidak dekat dengan ALLAH dengan tidak cukup dalam menunaikan solat lima waktu, berkelakuan tidak baik dengan ibu bapa dan guru-guru, namun dia berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh insya ALLAH dia tetap akan berjaya dengan cemerlang. Namun kejayaannya itu tidak ada barakah dan keredhaan ALLAH Azza Azza Wa Jalla. Jadi bagi yang bergelar pelajar dan akan menduduki peperiksaan, sudah tentu kita ingin mencapai kejayaan disamping mendapat barakah dan keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla. Ini cuma pandangan saya dan saya nampak dua situasi ini agak serupa.

Saya rasa itu sahaja bingkisan daripada saya sempena Ramadhan Al Mubarak. Apa yang salah itu saya mohon jutaan kemaafan dan terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini.

Sekian,terima kasih.

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman.

17 Ramadhan 1429H bersamaan 17 September 2008M.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: