Drama “Roda Kehidupan” – Episod 2

Tepat jam 2.45 petang, loceng pun berbunyi menandakan tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran dan guru keluar dari kelas.

Aiman: Hang balik dengan apa hari ini?
Akmal: Hari ini ayah aku datang ambil di perpustakaan. Hang pula balik dengan apa?
Aiman: Aku seperti biasa la balik dengan bas.
Akmal: Oh, kesian hang balik seorang diri. Tak ada ke kawan-kawan kita yang turut menaiki bas?
Aiman: Entah..rasanya tak ada. Tak mengapalah balik seorang diri pun.

Ketika Akmal dan Aiman berbual, Adam merenung ke arah mereka. Pandangannya itu dikesan oleh Akmal.

Akmal: Adam, kenapa dengan hang? Aku tengok hang sedang pandang ke arah kami dari tadi. Ada apa-apa nak kata ke?
Adam: Ermm.. tak ada apa-apa. Saja termenung.
Aiman: Hang ada apa-apa masalah ke? Kalau ada, beritahulah aku. Mana tau aku boleh tolong.
Adam: Tak ada apa-apa. Jangan risau ek.
Aiman: Ok. Hmm.. tak balik lagi ke?
Adam: Nak baliklah ni. Ok. Aku balik dulu ye. Assalamualaikum.
Aiman & Akmal: Waalaikumussalam.

Adam keluar meninggalkan kelas 3 Encik Abu Bakar dengan rasa risau dan tidak tenteram memikirkan tentang keselamatan Aiman dan apa yang akan berlaku.

Akmal: Aku tengok Adam lain macam saja. Nampak seperti dia ada sembunyikan sesuatu.
Aiman: Entahlah..insya ALLAH dia ok saja tu. Tak payahlah fikir bukan-bukan. Oklah. Aku balik dulu. Nanti terlepas bas pula.
Akmal. Ok. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum.
Aiman: Hai..cara hang cakap seperti kata-kata seorang ibu kepada anaknya pula. Hak9x.. Tak ada la. Melawak saja. Waalaikumussalam.
Akmal: Ada-ada saja hang ni. Ok. Jumpa esok.
Aiman: Insya ALLAH.

Aiman pun keluar meninggalkan kelas 3 Encik Abu Bakar. Ketika melalui Jalan Kampung Kubur, Aiman ternampak Hakimi, Hazwan dan beberapa rakan mereka.

Hazwan: Hello..Ya habibi Ya maulana. Nak pergi mana ni?
Aiman : Apa hello-hello. Kita Umat Islam, apabila bertemu berilah salam bukan ucapkan hello. Buat tanya pula. Nak balik rumah la. Yang korang berada di sini buat apa. Buat kegiatan merokok ke?
Hakimi : Aduh..bagi ceramahlah pula ustaz kita seorang ni. Yelah pak ustaz oi. Astaghfitrullah Hal Azim, senangnya mulut berbicara menuduh orang ikut sedap hati. Tak pa, kami faham bahawa kami sering dipandang serong oleh orang lain.
Aiman : Bukannya aku sedap hati menuduh korang merokok tetapi dah aku bau asap rokok yang datang daripada korang, tu yang aku kata.
Hadi : Hang ni kan, kenapalah suka sangat cari pasal dengan kami padahal kami tak ada buat apa-apa pun pada hang. Hari ini ialah hari untuk kami melepaskan rasa geram kami pada hang.
Aiman : Nak belasah aku ke? Belasahlah sepuas hati korang. Itu hak korang nak buat apa.

Maka berlakulah pertumbukan antara kumpulan pelajar itu dengan Aiman. Mereka agak terkejut melihat kelibat Aiman yang mahir berlawan. Mereka hampir menyerah kalah setelah disepak dan ditumbuk oleh Aiman, namun Hazwan yang bengang mengambil tindakan dengan mengambil seketul batu dan menghempuk ke kepala Aiman dari arah belakang Aiman dan ia menyebabkan Aiman pengsan.

Hazwan dan rakan-rakannya meninggalkan kawasan itu sejurus selepas Aiman pengsan.
Sementara itu, dua orang pelajar tingkatan 2 dari sekolah mereka iaitu Asyraaf dan Arif turut melalui jalan yang sama untuk ke perhentian bas. Mereka ternampak Aiman yang terdampar di atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah.

Asyraaf: Tu siapa yang terdampar di depan sana? Tengok macam kenal saja.
Arif : Astaghfirullah Hal Azim, pelajar tu berlumuran darahlah di kepalanya.
Asyraaf: Jom kita pergi tolong dia. Hang tolong pergi hubungi ambulans.
Arif : Baik kawan.

Bersambung…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: