Drama “Roda Kehidupan” – Episod 4

Keesokan harinya, berita tentang kejadian yang berlaku pada Aiman disebut-sebut dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah. Sebahagian besar warga sekolah terkejut akan apa yang telah berlaku termasuklah dalam kalangan guru-guru.

Malah Hazwan, Haziq dan rakan-rakan kumpulan mereka dipanggil oleh guru disiplin dan pengetua sekolah untuk mengetahui kisah yang sebenar.

Pada petangnya Akmal, Amar dan Afiq datang melawat Aiman di Hospital Umar Abdul Aziz. Setelah hampir genap satu hari Aiman tidak sedarkan diri, akhirnya dia sedarkan diri juga.

Akmal: Alhamdulillah, tu dia sahabat baik kita dah sedarkan diri.
Amar: Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH. Di mana mak dan ayah Aiman?
Afiq: Entahlah.. aku pun tidak tahu. Mungkin diorang pergi menunaikan solat Asar ataupun makan. Aiman, bagaimana dengan keadaan hang?
Aiman: Ya ALLAH, aduh..sakitnya kepala aku. Di manakah aku berada sekarang?
Akmal: Ala.. Sudah semestinya hang berada di hospital. Alhamdulillah syukur hang tidak apa-apa. Nanti hang perlu beri keterangan kepada pihak polis tentang kes ini.
Aiman: Hmm..beri keterangan tentang kes ini? Kenapa sampai timbul kes pula? Usahlah besar-besarkan hal ini. Ini cuma perkara biasa.
Amar: Ni..aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan hang. Tapi boleh hang kata hal ini biasa sahaja. Insan-insan yang buat hang jadi begini memang patut menerima hukuman. Jadi hang tidak perlu pertikaikan apa. Cuma beri keterangan apabila pegawai polis tu datang ke sini nanti.
Afiq: Usahlah hang membela atau ingin mempertahankan insan-insan berkenaan tu pula. Takkan la hang tidak sedar apa yang mereka telah lakukan kepada hang.
Aiman: Aku bukan berniat nak membela atau atau ingin mempertahankan diorang. Erm.. malaslah nak cakap pasal ini. Aku rasa lemah semacam pula.
Akmal: Oklah.. hang berehatlah dahulu. Kami tidak mahu mengganggu hang pula. Nanti apabila dah sembuh , kita borak lain.
Amar: Mak dan ayah hang mungkin pergi menunaikan solat Asar ataupun makan. Kejap lagi diorang datang balik la ke sini.

Perbualan mereka terhenti apabila melihat kelibat pegawai polis yang datang. Akmal, Amar dan Afiq keluar dari wad itu sejurus melihat kelibat pegawai polis tersebut.

Pegawai polis: Ha.. Aiman dah sedar ek. Adakah kamu sudah bersedia untuk beri keterangan?
Aiman: Erm.. boleh juga. Tapi sebelum itu saya ingin bertanya adakah pelajar yang membuatkan saya jadi begini akan dihukum jika disabitkan kesalahan?
Pegawai poilis: Ya, disebabkan mereka masih pelajar, diorang akan dibicarakan mengikut mahkamah juvana.
Aiman: Saya akan beri keterangan pada tuan tapi satu perkara sahaja yang saya ingin minta sangat.
Pegawai polis: Nak minta satu perkara? Apa dia?
Aiman: Saya tidak mahu pelajar yang berkenaan dibicarakan dan mahu kes ini ditutup.
Pegawai polis: Kenapa pula? Diorang telah melakukan kesalahan jadi diorang harus menerima hukuman atas perbuatan mereka.
Aiman: Memanglah diorang dah cederakan saya tapi saya memang patut dicederakan kerana saya yang mencari pasal dengan diorang terlebih dahulu.
Pegawai polis: Apa maksud kamu? Saya kurang mengerti apa yang kamu bilang.
Aiman: Saya selalu menyiasat kegiatan diorang yang suka merokok di luar kawasan sekolah dan melaporkannya pada guru disiplin. Itu yang menyebabkan mereka bengang dengan saya.
Pegawai polis: Kamu kan seorang pengawas jadi sememangnya itu tugas kamu untuk melaporkan kesalahan disiplin kawan-kawan kamu pada guru disiplin. Lagipun kamu bukannya berniat buruk terhadap diorang sebaliknya kamu ingin melihat diorang insaf dan berhenti dari kegiatan diorang itu kan.
Aiman: Erm.. memang saya berharap begitu tapi mungkin mereka tidak mengerti maksud tindakan saya itu. Tapi saya minta sangat-sangat pada pihak polis agar kes ini ditutup dan tidak dibicarakan.
Pegawai polis: Pihak polis akan bincang terlebih dahulu dan kami akan buat keputusan mengikut budi bicara kami.
Aiman: Ok. Terima kasih banyak-banyak.

Selepas itu Aiman memberi keterangan kepada pegawai polis itu tentang kejadian yang berlaku semalam.

Pegawai polis: Terima kasih atas keterangan yang kamu berikan. Kamu berehatlah secukupnya dan semoga kamu cepat sembuh. Lagipun kamu dijadualkan akan duduki peperiksaan percubaan kan pada minggu hadapan.
Aiman: Insya ALLAH. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi.

Sejurus selepas itu, pegawai polis itu meninggalkan wad berkenaan untuk kembali ke balai polis.
Pada saat itu, Aiman keseorangan diri di dalam wad tersebut. Dia agak hairan kerana ibu bapanya tidak berada di situ. Namun dia fikir ibu bapanya sibuk untuk urusan lain yang lebih penting. Pada malam itu, dia termenung sendirian memikirkan tentang segala yang telah berlaku termasuk peperiksaan percubaan yang akan didudukinya pada minggu hadapan.

Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: