Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 3

Selepas urusan Aiman berkenaan cadangan program lepasan PMR dirasakannya sudah selesai,
Aiman pun pulang ke kelasnya.Namun setibanya di kelas dia berasa pelik melihat riak wajah Khairul yang agak pelik seperti ada sesuatu yang ingin diluahkan kepadanya.

“Kenapa dengan hang ni, Khairul?”,tanya Aiman.
“Kenapa Cikgu Khairul Anwar hendak berjumpa dengan hang?”, tanya Khairul pula.
“Hmm.. ia berkaitan dengan cadangan bagi program lepasan PMR”, jawab Aiman.
“Kenapalah hang rajin sangat tolong cikgu dalam hal ini? Kenapa cikgu tidak meyelesaikannya sendiri?”, balas Khairul.
“Hmm..Aku cuma ingin membalas jasa guru-guru yang pernah mendidik dan mendorongku. Memanglah Cikgu Khairul Anwar tidak pernah mengajar kita tetapi dia pernah memberikan kita ceramah motivasi semasa kita di ambang menduduki PMR pada tahun lepas.Lagipun cikgu memang sibuk dengan pelbagai hal lain.Jadi aku hendak membantu meringankan bebannya.Kita belum pernah menjadi seorang guru memanglah kita tidak mampu berasa kesibukan seperti yang dialaminya”,balas Aiman.
“Erm..baiklah kalau begitu. Hang jangalah terlalu menolong orang sangat sehingga mengabaikan diri sendiri dan pelajaran pun terjejas”,nasihat Khairul.
“Baiklah sahabatku yang baik hati atas nasihatmu yang berharga tersebut”,kata Aiman.

Dua hari berlalu, seorang pelajar tingkatan 3 bernama Hakimi datang berjumpa dengan Aiman.
“Abang, ini kertas cadangan program lepasan PMR daripada kelas-kelas yang abang minta itu”,kata Hakimi kepada Aiman.
“Ok, terima kasih banyak-banyak”, kata Aiman.
“Nanti abang hadir tak bengkel semasa cuti sekolah untuk para pelajar tingkatan 3 seperti bengkel semasa cuti sekolah bulan Mei dahulu?”, tanya Hakimi.
“Rasanya ana tak hadir Bukannya apa nanti korang kata ana mengganggu hidup para pelajar tingkatan 3 pula”, jawab Aiman.
“Eh..tak adalah kami hendak kata sedemikian.Bahkan kami mengalu-alukan kehadiran abang tau”, balas Hakimi sambil tersenyum.

Masa berlalu begitu pantas sekali dan peperiksaan pertengahan penggal 2 pun bermula.Walau bagaimanapun,kertas soalan pada peperiksaan ini tidak mengikut format kertas soalan sebenar SPM. Aiman tidak begitu mengulangkaji pelajaran bagi menghadapinya manakala sahabat-sahabatnya yang lain bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk menghadapinya.Lima hari berlalu begitu sahaja ibarat kilat yang memancar.

“Bagaimana dengan peperiksaan? Ok ke?”,tanya Syazwan kepada Aiman.
“Hmm..Entahlah. Nak kata ok pun tak ok juga.‘Moderate’ lah yang aku boleh kata”,jawab Aiman.
“Oh..tetapi hang mesti dapat 1A kan untuk Matematik Tambahan”, balas Syazwan.
“Insya ALLAH mudah-mudahan. Kuasa ALLAH dapat mengubah segalanya. Kita tidak boleh terlalu yakin dalam sesuatu perkara nanti kita akan mudah kecewa apabila yang berlaku adalah sebaliknya”, kata Aiman.

Selepas berakhirnya peperiksaan, cuti persekolahan pertengahan penggal pun bermula.Aiman agak pening kepala dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan termasuklah menyiapkan kerja rumah yang bertimbun-timbun menggunung tinggi yang diberikan oleh guru.Tiba-tiba Aiman menerima panggilan daripada Ustaz Azwan.

Mengapakah Ustaz Azwan menghubungi Ahmad Aiman?
Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: