Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 4

Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Cuti persekolahan pertengahan penggal 2 pun bermula. Aiman yang agak gembira kerana cuti ini dapat memberikannya peluang untuk menenangkan fikirannya yang dibebani dengan pelbagai hal, tiba-tiba menerima panggilan daripada Ustaz Azwan.

“Assalamu’alaikum, Aiman. Ustaz nak tanya kamu ni. Kamu ‘free’ tak hari ini?”, tanya Ustaz Azwan kepada Aiman.
“Wa’alaikumussalam. Hmm.. Entahlah. ‘free’ la juga. Mengapa, ustaz”?, tanya Aiman.
“Begini, kamu nak tak sertai bengkel para pelajar tingkatan 3 seperti yang pernah diadakan pada bulan Mei dulu?”, tanya Ustaz Azwan.
“Hmm.. Bukannya saya tidak mahu menolong cikgu-cikgu dengan menyertai bengkel tersebut tetapi uztaz faham-faham sajalah apa yang telah berlaku antara dengan diorang. Saua tidak mahu kehadiran saya nanti tidak akan menyenangkan hati diorang. Tetapi saya nak minta tolong ustaz sikit boleh tak? Saya nak minta tolong ustaz berikan kertas soalan peperiksaan percubaan PMR kepada Muhammad Amir Asyraaf, pelajar tingkatan 3 Abu Bakar”, kata Aiman.
“Boleh, tiada masalah. Kejap lagi ustaz singgah di rumah kamu ketika dalam perjalanan ke sekolah”, jawab Ustaz Azwan.
“Terima kasih banyak-banyak ustaz. Maaflah kerana menyusahkan ustaz pula”,kata Aiman.
“Sama-sama”, balas Ustaz Azwan.

Aiman berasa bersalah kerana dia menghampakan Ustaz Azwan. Namun, pada masa yang sama dia tidak mahu membuatkan para pelajar tingkatan 3 tidak senang hati dengan kehadirannya. Aiman agak sedih kerana terpaksa melalui situasi yang megelirukan dirinya seperti ini. Walau bagaimanapun, dia berasa gembira apabila memikirkan ia merupakan ujian daripada ALLAH’Azza Wa Jalla.

Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Itulah kata-kata hikmat daripada Bahasa Arab yang merujuk kepada masa. Pejam celik pejam celik akhirnya cuti persekolahan sudahpun berakhir. Di sekolah, Aiman tidak membuang masa dengan pergi berjumpa Cikgu Khairul Anwar untuk mengemukakan cadangan-cadangan para pelajar tingkatan 3 yang relevan dan sesuai berkenaan program lepasan PMR.
Assalamualaikum, cikgu. Saya nak serahkan rumusan daripada cadangan-cadangan para pelajar tingkatan 3 yang relevan dan sesuai berkenaan program lepasan PMR tu”, kata Aiman kepada Cikgu Khairul Anwar.
“Waalaikumussalam. Ok, terima kasih. Bagaimana cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pelajar tingkatan 3 tu?”, tanya Cikgu Khairul Anwar.
“Boleh tahanlah. Cuma majoriti cadangan daripada pelajar perempuan ialah cadangan berkenaan lawatan ke pelbagai tempat”, jawab Aiman.
“Oh, begitu. Cikgu hendak tanya kamu ni. Kamu boleh tak beri ceramah kepada para pelajar tingkatan 3 berkenaan subjek Matematik Tambahan dalam program bernama Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan? Kamu kan ‘best student’ bagi subjek tersebut”, tanya Cikgu Khairul Anwar.

Aiman agak terkejut mendengar apa yang ditanya oleh Cikgu Khairul Anwar kepadanya. Dia menjadi keliru untuk memberikan jawapan kepada Cikgu Khairul Anwar?

Apakah jawapan yang diberikan oleh Ahmad Aiman?
Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: