Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 9

Aiman menceritakan tentang ‘Katak Pisang’ kepada Faiz dan Faiz memang terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Aiman.
“Aku dah beberapa orang lain rasa ‘Katak Pisang’ itu ialah pelajar tingkatan 3.Hal ini kerana dia memang mengutuk hang sepuasnya akibat rasa tidak puas hatinya terhadap hang”, kata Faiz.
“Aduh..balik-balik pelajar tingkatan 3.Seolah-olah tiada insan lain dalam dunia ini yang memusuhi aku selain diorang.Tetapi aku takkan sesekali memusuhi mahupun berdendam dengan sesiapa pun dalam dunia ini.Hmmm..Aku pun tidak dapat membayangkan siapa dia itu kerana sudah banyak orang yang aku laporkan kepada Sir Ahmad Tarmizi dan Teacher Amelia tapi tidak kisahlah siapa dia.Ia Cuma membuatkan aku pening kepala sahaja”,balas Aiman.

“Dia tidak berapa waras agaknya kerana kata hang kaki bodek cikgu.Huhu..Kira hebatlah dia kerana turut mengugut untuk membelasah hang.Aku rasa hang patut memberitahu Sir Ahmad Tarmizi tentang ‘Katak Pisang’ ini”,kata Faiz.
“Sudah semestinya.Bukan aku sahaja hang pun samalah.Aku tahu dia tidak akan bertindak sedemikian.Kalau dia hendak membelasahku, dia akan terus membelasahku tanpa mengugutku atau mengecam aku terlebih dahulu.Aku memang mengetahuinya kerana aku sudah mempunyai pengalaman”,kata Aiman.
“Ada pengalaman?Apa maksud hang?Hang pernah dibelasah ke?”,tanya Faiz kehairanan.
“Ya,betul.Baru-baru ini aku dibelasah oleh sekumpulan insan yang tidak kenali tetapi Alhamdulillah aku tidak dibelasah teruk jadi aku tidak membuat laporan polis kerana aku tidak mahu membesar-besarkan hal ini.Tetapi aku memang terkejut kerana mereka ada menyebut nama Asyraaf”,kata Aiman.
“Hmm..mesti adik angkat hang yang sudah meluat dengan hang tu dalangnya.Tapi aku hairanlah dengan perwatakan hang ini.Aku tidak tahu bagaimana cara hang berfikir.Hang patut buat laporan polis sajalah, mana kita tahu nanti hang akan dibelasah lagi pula.Dan hang kena bertiahu Sir Ahmad Tarmizi juga”,kata Faiz.
“Jangan tuduh Asyraaf dengan melulu pula.Walaupun diorang ada menyebut nama dia, tetapi itu tidak bermakna dialah dalangnya.Lagipun aku yakin 100% bahawa dia tidak kejam begitu sekali untuk bertindak sedemikian”, bidas Aiman dengan tegas.

Selain itu, Aiman turut menceritakan tentang gelora kehidupannya kepada sahabat baiknya, Kamil Akmal yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) di Klang. Akmal melahirkan rasa simpatinya kepada Aiman terhadap apa yang dilalui oleh Aiman.Beberapa hari sebelum Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan diadakan, Cikgu Khairul Anwar memanggil Aiman.
“Cikgu rasa bengkel tersebut mungkin perlu dibatalkan atau ditunda ke hari lain.Hal ini kerana karnival kokurikulum akan diadakan pada hari tersebut di dewan sekolah.Selain itu terdapat juga pelajar tingkatan 3 yang akan terlibat”,kata Cikgu Khairul Anwar.
“Oh, begitu.Tidak mengapalah kalau bengkel tersebut tidak dapat diadakan.Mesti ramai pelajar tingkatan 3 yang gembira dengan pembatalan bengkel ini.Hmm..Kita hanya mampu merancang, ALLAH ‘Azza Wa Jalla yang menentukan”,kata Aiman.
“Walau bagaimanapun, apa-apa hal kamu berhubung dengan Cikgu Suzana kerana cikgu tidak akan berada di sekolah sekolah selama beberapa hari pada minggu hadapan”,kata Cikgu Khairul Anwar.
“Baik, cikgu”,jawab Aiman.

Di kelasnya, Aiman memberitahu sahabat-sahabatnya tentang apa yang diberitahu oleh Cikgu Khairul Anwar.
“Adakah ini bermakna aku dan Afiq tidak perlu menjadi fasilitator?”,tanya Syazwan.
“Nampaknya begitulah jadinya”,jawab Aiman.
“Baguslah bengkel tersebut dibatalkan.Jadi hang tidak perlu bersusah payah membantu para pelajar tingkatan 3”,balas Khairul.
“Aiman, jom pergi jumpa Sir Ahmad Tarmizi berkenaan si ‘Katak Pisang’ itu”,ajak Faiz.
“Baiklah”,jawab Aiman.

Lantas Aiman dan Faiz pergi ke bilik guru untuk berjumpa Sir Ahmad Tarmizi dan mereka berdua menceritakan tentang perbuatan insan bernama ‘Katak Pisang’ itu.

Adakah Ahmad Aiman akan memberitahu Sir Ahmad Tarmizi bahawa dia telah dibelasah?
Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: