Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 10

Aiman dan Faiz pergi ke bilik guru untuk berjumpa Sir Ahmad Tarmizi dan mereka berdua menceritakan tentang perbuatan insan menggunakan nama ‘Katak Pisang’ itu.Aiman mengingatkan pada dirinya agar tidak sesekali terlepas cakap dengan memberitahu Sir Ahmad Tarmizi bahawa dia telah dibelasah.

“Kamu tolong saya dapatkan maklumat tersebut dan mencetaknya kemudian berikan kepada saya.Saya memang sibuk sejak kebelakangan ini sampai tiada masa untuk melayari internet”,kata Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman dan Faiz.
“Hmm.. ‘insan’ tersebut siap kata sesuatu kepada saya yang nampaknya seperti mengugut hendak membelasah saya pula”,kata Aiman.
“Kalau dia hendak membelasah kamu, sudah tentu dia terus bertindak tanpa mengugut kamu.Kalau mengugut, nampak sangat dia itu penakut dan cuma hendak menggertak kamu”,kata Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman.

Peperiksaan akhir tahun telahpun tamat dan kini merupakan masa untuk menunggu keputusannya pula.Pada suatu malam, Aiman mendapat panggilan daripada Ustaz Mohd Asri yang meminta pertolongan Aiman supaya tolong menyemak kertas peperiksaan bagi kelas yang diajarnya kerana dia berada di dalam wad di Hospital Tuanku Fauziah akibat sakit jantung.Aiman berjanji akan membantu Ustaz Mohd Asri menyemak kertas peperiksaan tersebut.Bahkan Aiman menyemak hampir semua kertas peperiksaan Matematik bagi para pelajar tingkatan 2.

Pada suatu malam,Aiman bersembang dengan seorang pelajar tingkatan 3 bernama Arif ketika di dalam bas yang mana mereka dalam perjalanan pulang dari jamuan tahunan badan pengawas.
“Ana rasa macam tak boleh dapat 9A la PMR ni.Masa nak PMR dulu, tok ana meninggal dunia.Memang rasa sedih sangat”, kata Arif.
“Hmm.. Ana yakin enta akan dapat 9A punya. Lagipun enta pernah dapat 9A untuk peperiksaan pertengahan tahun dulu kan dan 8A untuk peperiksaan percubaan PMR.Hmm..Itu semua dugaan daripada ALLAH.Kalau ana dulu sebelum keputusan PMR keluar, ana memang sering berdoa kepada ALLAH agar ana akan dapat 9A.Jika ana ditakdirkan untuk tidak dapat 9A, ana yakin kuasa ALLAH dapat mengubah apa yang ada di atas slip keputusan itu dan dalam data Lembaga Peperiksaan selagi mana ana tak pegang slip itu.Tapi ada sahabat ana yang kata mana boleh begitu.Entahlah,keyakinan semua hamba kepada ALLAH bukan sama.Enta pun berdoalah begitu”, kata Aiman dengan panjang lebar.

Selain itu Aiman, Faiz dan Khairul dan beberapa orang pengawas turut sibuk menguruskan sesi temu duga bagi pengambilan pengawas baru bagi tahun 2009.Pada mulanya Aiman berasa tidak mahu melibatkan diri dalam sesi temu duga tersebut.Namun atas rasa tanggungjawab, Aiman tetap melibatkan diri meskipun dia turut sibuk dengan pelbagai urusan lain selain keadaan kesihatannya yang kurang baik sejak akhir-akhir ini.

Ketika Aiman bersiap untuk pulang ke rumah selepas dia selesai menunaikan Solat Zohor, sahabat-sahabat Aiman memanggil-manggilnya pula dan memberitahunya bahawa Cikgu Suzana ingin berjumpa dengannya di bilik kaunseling.

Mengapakah Cikgu Suzana ingin berjumpa Ahmad Aiman?
Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: