Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 11

Semasa Aiman hendak pulang ke rumah,Aiman dimaklumkan oleh sahabat-sahabatnya bahawa Cikgu Suzana ingin menemuinya.Lantas dia pergi ke bilik kaunseling untuk berjumpa Cikgu Suzana sambil memikirkan sebab dia dipanggil.

“Akhirnya datang juga kamu.Cikgu hendak tanya kamu sama ada kamu boleh memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan 3 ataupun tidak tentang subjek Matematik Tambahan esok?Hal ini kerana Ceramah Titian Kasih tidak dapat diadakan kerana penceramahnya tidak dapat hadir”,kata Cikgu Suzana.
“Hmm…boleh rasanya.Saya memang tahu bahawa sebahagian pelajar tingkatan 3 kata saya hendak mengganggu hidup diorang apabila saya bakal memberikan ceramah kepada diorang.Walau bagaimanapun tidak mengapalah diorang kata sedemikian.Lagipun Insya ALLAH ini merupakan kali yang terakhir saya mengganggu hidup diorang”,kata Aiman.
“Oh..ok.Terima kasih banyak-banyak atas kerelaan kamu.Esok pagi-pagi kamu datang ke sekolah dan letakkan bahan dalam peti surat bilik kaunseling untuk diperbanyakkan untuk diedarkan semasa bengkel”,kata Cikgu Suzana.
“Baik,cikgu”,kata Aiman.

Selepas Aiman berjumpa Cikgu Suzana, sahabat-sahabat Aiman bertanya kepadanya tentang apa yang dikatakan oleh Cikgu Suzana lantas Aiman memberitahu mereka.
“Hmm..bengkel tersebut akan diadakan esok?Eh..tiba-tiba jadi pula.Minggu lepas cikgu kata ia sudah dibatalkan”,tanya Faiz.
“Sebenarnya begini, Cikgu Khairul Anwar kata pada aku bengkel tersebut mungkin dibatalkan atau ditunda.Jadi dalam situasi sekarang, ia ditundalah dan bukannya dibatalkan”,jawab Aiman.
“Oh, begitu.Jadi aku dan Syazwan perlu hadirlah esok untuk menjadi fasilitator”,kata Afiq.
“Sudah semestinya.Lagipun bukan korang berdua sahaja, Hanani dan Fasihah pun perlu hadir juga”,kata Aiman.

Pada malam tersebut, Aiman menghabiskan banyak masanya untuk menyemak kertas soalan Matematik Tingkatan 2 yang diamanahkan oleh Ustaz Mohd Asri kepadanya.Aiman tetap terus menyemaknya walaupun dia berasa badannya seakan tidak sihat.Aiman berharap dia dapat menghabiskan tugasan tersebut pada malam tersebut namun dia gagal menyiapkannya.Aiman harus menyiapkannya esok sama ada dia mahu ataupun tidak kerana markah tersebut perlu segera diserahkan kepada unit peperiksaan & penilaian.

Keesokan harinya, Aiman tetap menghadirkan diri ke sekolah biarpun dia tidak berapa sihat dan berasa agak tertekan selain berasa letih selepas bertungkus lumus menyemak kertas peperiksaan pada malam tadi yang masih belum habis.Keadaan Aiman itu menyebabkan ‘mood‘ dirinya tidak berapa baik.

Pada awal pagi di sekolah, Aiman meneruskan tugasannya sebelum pergi ke dewan sekolah untuk memberikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 3.
“Wow..tengok hang semak kertas peperiksaan ini bagai seorang gurulah”,kata Aizat.
“Gaya pun memang seperti seorang guru.Ada apa-apa yang kami boleh tolong?”,tanya Syazwan.
“Hmm..tolong terbalikkan kertas yang aku sudah semak ke muka surat sebelah lagi bolehlah”,jawab Aiman.
“Aiman, bila kita nak pergi ke dewan sekolah”,datang Fasihah seraya bertanya kepada Aiman.
“Kita ke sana lambat sikit.Dekat-dekat pukul 10.Biar diorang tunggu kita.Nanti diorang kata kita beria hendak ganggu hidup diorang pula”,kata Aiman.
“Nampak hang seperti geram semacam saja”,tanya Afiq.
“Hari ini ‘mood’ aku kurang baik.Ada dalam kalangan diorang kata sedemikian menyebabkan aku jadi ‘bad mood’ pula dengan diorang”,jawab Aiman.
“Aku memang sokong hang kalau hang hendak mengata pada diorang semasa bengkel nanti tetapi janganlah melampau sangat pula”,kata Syazwan.
“Entahlah..ia bergantung pada ‘mood’ aku di sana nantilah.Kalau diorang buat ‘mood’ aku jadi kurang baik, mungkin aku akan bertindak dengan mengata pada diorang tetapi bukan untuk melepas geram tapi hendak mengajar diorang sikit”,kata Aiman.

Semasa di dewan, Aiman sememangnya mengata pada para pelajar tingkatan 3 namun dia tetap mengawal dirinya daripada melampaui batas atas kerenah mereka.Sebelum memulakan ceramahnya tentang Matematik Tambahan, Aiman menanya pendapat salah seorang pelajar tentang sebab ramai pelajar gagal dalam peperiksaan bagi subjek Matematik Tambahan namun pelajar tersebut berkata sesuatu yang mengejutkan semua orang di dalam dewan tersebut termasuk Aiman.

Apakah yang dikatakan oleh pelajar tersebut kepada Aiman?
Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: