Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 12

Semasa Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan, Aiman menanya pendapat salah seorang pelajar tingkatan 3 tentang sebab ramai pelajar gagal dalam peperiksaan bagi subjek tersebut.Pelajar tersebut secara tiba-tiba mengatakan bahawa dia memang bencikan Aiman dan para pelajar tingkatan 4 memang berlagak.Keadaan dewan tersebut menjadi agak riuh rendah semasa pelajar mengatakan sedemikian.

Aiman tidak membalas kata-kata pelajar tersebut selepas pelajar tersebut menyerahkan kembali mikrofon kepadanya sebaliknya dia mengucapkan terima kasih kepada pelajar tersebut atas keberaniannya meluahkan apa yang tersimpan dalam kalbunya. Walau bagaimanapun, selepas itu keadaan kembali reda dan bengkel tersebut berjalan dengan lancar sehingga ia berakhir apabila guru penyelaras tingkatan 5 datang untuk menguruskan hal susunan meja bagi para pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada minggu hadapan.

Semasa Aiman dalam perjalanan pulang ke kelasnya,dia bertemu dengan seorang pelajar tingkatan 3 bernama Fahri.
“Terima kasih kerana mengajar kami hari ini.Ana minta maaf kalau ada buat apa-apa silap kepada abang”,kata Fahri.
“Ala..apalah sangat yang ana ajar pun, memang sikit sangat.Eh..tiada sebab enta nak minta maaf pada ana”,kata Aiman.
“Bagaimana abang belajar Matematik Tambahan?”,tanya Fahri.
“Belajar seperti biasa saja.Cuma kita jangan sesekali mudah putus asa bila tidak faham sesuatu atau tidak dapat jawapan yang betul apabila membuat latihan.Itu lumrah bagi seorang pelajar.Tetapi ramai yang putus asa, jadi diorang pun tidak berminat untuk belajar dan akhirnya keputusan peperiksaan pun tidak berapa baik”,jawab Aiman.

Di kelasnya,sahabat-sahabat Aiman terkejut tatkala mereka diberitahu tentang kejadian yang tidak diduga tersebut sambil menasihati Aiman agar menjauhkan diri daripada para pelajar tingkatan 3.
“Kalau ikutkan aku, aku tidak mahu korang tahu tentang kejadian tersebut.Namun dah korang tahu juga, tidak mengapalah”,kata Aiman.
“Hang nak aku jumpa budak kurang ajar itu tak?”,tanya Faiz.
“Tidak perlu.Kurang ajar apanya?Memang hak dialah untuk meluakan rasa hatinya.Hang janganlah hendak cari pasal dengan dia pula”,jawab Aiman.
“Begitu hang kata tak kurang ajar?Memang tidak tahu hendak menghormati ‘senior’ betul”,kata Faiz dengan nada yang agak marah.
“Let by gone be by gone”,kata Aiman.
“Aku hairanlah dengan diorang tu.Dulu kita hendak tolong diorang semasa program study group dulu kata kita hendak ganggu hidup diorang sampai hantar surat kepada hang mengata macam-macam.Memang tidak sedar diri betul”,kata Afiq.
“Ish..tidak perlulah kita mengata pada diorang.Sudah-sudahlah.Aku sudah malas hendak membelenggu fikiranku dengan perkara ini.Ia cuma membuatkan aku tertekan.Hmm.Kita pernah mengharapkan pertolongan seperti ini tahun lepas namun harapan tidak tertunai pun.Jadi aku fikir diorang pun mungkin sama namun hakikatnya sebaliknya.Pemikiran setiap orang memang sukar diduga dan berbeza dengan orang lain”,kata Aiman.

Pada malam itu, Aiman mengenangkan kembali apa yang telah berlaku pada hari ini.Dia berasa bersalah kerana mengata pada para pelajar tingkatan 3 walaupun niatnya itu untuk mengajar mereka.Aiman turut menghantar mesej kepada beberapa orang pelajar tingkatan 3 bahawa dia memohon jutaan kemaafan atas tindakannya itu selain meminta mereka memberitahu juga kepada sahabat-sahabat mereka.

Pada hari-hari terakhir persekolahan sesi 2008, para pelajar tingkatan 3 mengadakan jamuan akhir tahun.Ketika Aiman sedang berjalan bersama Faiz pulang ke kelas mereka, kelihatan kelibat seorang pelajar tingkatan 3 memanggil-manggil Aiman.

Mengapakah pelajar tersebut memanggil Ahmad Aiman?
Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: