Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 13

Ketika Aiman sedang berjalan bersama Faiz pulang ke kelas mereka,kelihatan kelibat seorang pelajar tingkatan 3 berjalan ke arah mereka sambil membawa makanan.
“Abang Aiman..Abang Aiman.Ini makanan yang diberikan oleh para pelajar tingkatan 3 Abu Bakar untuk abang”,kata Hakimi.
“Hmm..tidak mengapalah.Berikan semula makanan ini pada diorang.Ana tidak layak menerima makanan ini selepas apa yang telah ana lakukan kepada para pelajar tingkatan 3.Dan yang paling penting ana tidak mahu menerimanya bukan kerana ana bencikan mereka”,kata Aiman.
“Kalau tidak benci maka ambil dan makan sajalah”,kata Hakimi sambil meletakkan makanan tersebut di atas meja di dalam kelas 4 Ali.

Aiman tidak menjamu selera makanan yang diberikan oleh pelajar tingkatan 3 Abu Bakar biarpun dia berasa agak lapar pada ketika itu.Dia membiarkan pelajar tingkatan 4 dari kelas lain mengambil dan makan makanan itu.

Pada suatu hari, seorang sahabat Aiman bernama Fitri ternampak Aiman yang sedang duduk termenung sendirian di sebuah taman rekreasi ketika dia sedang bersiar-siar di situ lantas pergi mendekati Aiman.
“Dari riak wajah hang, aku tahu hang sedang bersedih mengenangkan apa yang telah berlaku dalam hidup hang pada tahun ini kan.Aku nampak dan akui terlalu banyak cabaran dan perkara yang terpaksa hang hadapi selain dugaan dan tohmahan.Cuma aku pelik dengan sebahagian sahabat hang yang tidak memahami hang.Hang ada tolong mereka mengajar subjek Matematik Tambahan sebagai contoh, tetapi apa balasan diorang?Aku tengok diorang tidak memberikan sokongan dan dorongan kepada hang bahkan kadang-kadang mereka mempertikaikan tindakan hang”,kata Fitri dengan tegas.
Wajah Aiman yang kelihatan bertambah sayu mendengar apa yang dikatakan oleh Fitri lantas berkata, “Aku tidak tahu hendak memberikan komen apa terhadap apa yang hang katakan.Cuma aku berharap agar aku diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang menimpaku, itulah doa yang sering ku pinta kepada Yang Maha Mendengar doa hamba-hamba-NYA”.
“Aku rasa hang perlu sentiasa berwaspada dengan semua orang.Bukannya apa, ia bagi mengelakkan hang akan dipermainkan oleh orang lain lagi.Diorang memang bodoh kerana tidak menghargai kepercayaan hang pada diorang dan membiarkan nafsu dan dendam menguasai diri diorang.Sesungguhnya insan yang terbaik ialah seorang insan yang pastinya akan terdapat banyak orang tidak berpuas hati dengannya dan menyimpan dendam dan akan memastikan insan tersebut melakukan apa yang dia inginkan”, kata Fitri.
“Hang bersabarlah menghadapinya.Aku tahu hang tabah dan mampu menghadapi semua dugaan yang menimpa diri hang.Biarkan saja orang lain tidak menghargai diri hang asalkan hang cuba laukukan yang terbaik untuk orang lain.Orang yang paling menerima ujian itulah yang dikasihi dan disayangi oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla”,tambahnya lagi.
“Terima kasih atas dorongan dan sokongan yang hang berikan dan aku amat menghargainya.Apabila aku memikirkan saat kematian, bertemu dengan ALLAH ‘Azza Wa Jalla dan menjalani kehidupan yang abadi di akhirat kelak selain akan meninggalkan kehidupan dunia yang penuh dengan unsur kejahilan dan kemungkaran, aku berasa tenang dan bahagia saja untuk melaluinya”,kata Aiman.
“Hang biarkan saja orang hendak kata hang ni kaki bodek cikgu ke, berlagak baik ke, perangai pelik ke dan sebagainya.Lagi satu hang jangan pernah serik untuk laporkan sebarang salah laku pelajar kepada guru-guru walaupun terus diugut dan dikecam”,kata Fitri.
“Aku tidak kisah apa orang hendak kata pada aku.Lagipun kadangkala tu memang betul pun.Hmm.. memang aku tidak akan pernah serik.Aku sebagai seorang pengawas sekolah perlulah menjalankan tugas aku.Kalau ada yang hendak belasah aku, belasah sajalah.Itu hak diorang hendak buat apa yang diorang inginkan.Tetapi aku perlulah bertindak mempertahankan diri aku kalau diserang”,kata Aiman.

Kini hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.Hari ini para pelajar akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun yang telah diduduki baru-baru ini.

Bagaimanakah keputusan peperiksaan Ahmad Aiman?
Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: