Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” – Bahagian 14

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.Hari ini para pelajar akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun yang telah diduduki baru-baru ini Aiman bersyukur ke hadrat ALLAH ‘Azza Wa Jalla kerana dia memperoleh 8A 1B 1C 1D dan menduduki tempat ke-7 dalam ‘ranking’ kelasnya.

Ini bermakna Aiman melepasi had minima yang ditetapkannya dalam perjanjian yang dibuat dengan dirinya dan dia tidak perlu berhenti menggunakan talefon bimbit dan ‘Friendster’ sehingga tamat SPM.
“Wah.. tahniah atas kejayaan hang tu”,kata Afiq.
“Kejayaan? Keputusan aku yang agak teruk itu dikatakan berjaya?”, kata Aiman.
“Eleh..merendah diri pula. Aku tabik hormat la pada hang kerana hang masih mampu memperoleh keputusan seperti itu walaupun tidak mengulangkaji pelajaran dengan banyak akibat gelora dugaan yang terpaksa hang hadapi”,kata Afiq.
“Apa-apa sajalah”,kata Aiman.

Pada hari terakhir persekolahan,Aiman memanggil seorang pelajar Tingkatan 3 bernama Adi untuk menemuinya.
“Ana hendak minta tolong sikit.Enta ambil duit RM1 ini selain tolong berikan duit RM1 ini kepada Arif, Asyraaf,Izzat, Fahri dan Hisham.Masing-masing ada sebab tersendiri mengapa ana bagi.Tapi tolong beritahu diorang kata ada cikgu yang berikan duit raya pada diorang dan jangan sebut langsung nama ana ok”,kata Aiman.
“Baik, abang.Apapun terima kasih atas duit yang diberikan”,kata Adi.
“Ala..RM1 saja.Sikit saja kan, bukan banyak pun”,jawab Aiman.

Aiman tidak mahu pelajar-pelajar tersebut tahu bahawa dia yang memberikan duit tersebut kerana dia khuatir pelajar tersebut tidak akan menerimanya dan akan menyerahkan kembali padanya selain dia berasa duit yang diberikannya itu terlalu sedikit.Aiman tidak berniat untuk berbohong namun baginya dia lebih suka sekiranya dia melakukan sesuatu kebaikan kepada seseorang itu tanpa orang itu mengetahuinya.Namun selepas itu Aiman mengaku bahawa dia yang memberikan duit tersebut kepada salah seorang daripada pelajar tersebut dan pelajar tersebut mengatakan dia memang tidak suka orang berbohong kepadanya.

Apabila Aiman mengenangkan rentetan kehidupannya,dia menyedari ramai orang yang telah mengambil kesempatan ke atas dirinya dengan mempermainkannya untuk kepentingan mereka.
“Hang kena ada sikit rasa curiga juga terhadap sebarang kata-kata orang supaya hang tidak mudah ditipu dan dipermainkan.Bukan hendak hang jadi jahat”,nasihat seorang sahabat Aiman bernama Irfan.
“Bukannya aku terlalu mudah percaya pada orang lain bahkan aku memang tidak sangka ada orang yang rapat juga dengan aku yang amat aku percayai pun sanggup mempermainkan aku.Sampai aku rasa aku seperti mainan saja apabila sering dipermainkan oleh ramai orang”,kata Aiman.
“Orang baik seperti hang memang selalu diuji dengan banyak dugaan.Bersabar jelah”,kata Irfan.
“Baik?Mana ada.Biasa sajalah.Aku bukannya baik dan bukan juga jahat.Tengah-tengah la”,kata Aiman.

Pada suatu hari, Aiman menerima sepucuk surat yang diposkan ke rumahnya.Ia membuatkan Aiman hairan dan terfikir-fikir apakah kandungannya.

Apakah kandungan surat yang diposkan kepada Ahmad Aiman itu?
Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: