Drama “Roda Kehidupan”- Episod 9

PMR baru saja berakhir dan semua pelajar tingkatan 3 pastinya bergembira dengan berakhirnya peperiksaan PMR.

Aiman: Apa perancangan hang sementara menunggu keputusan PMR?
Faiz: Entahlah..Aku pun tidak rancang apa-apa lagi.Hehe..hang?
Aiman:Aku pun lebih kurang.Cuma yang pasti, aku akan menghadiri kelas intensif Matematik Tambahan semassa cuti sekolah nanti.
Faiz: Wah..bagus tu.Boleh aku ikut sama.Agak-agak bagaimana subjek Matematik Tambahan tu ek? Selama ini aku dengar orang kata subjek tu susah.
Aiman: Sebenarnya tiada subjek yang susah.Cuma diri kita yang nak untuk faham dan rajin ulangkaji ataupun tak.Aku pun tak tahu nak komen pasal subjek tu.Aku belum pernah belajar lagilah tetapi aku turut selalu dengar apa yang hang dengar itu.
Faiz: Wah..pandai berkata-kata betul.Di mana hang nak hadiri kelas intensif Matematik Tambahan tu?
Aiman: Insya ALLAH di Institut Kecemerlangan Insan(IKIN).Mak aku beritahu kakak dan abang aku pun belajar di situ juga dulu. Katanya cikgu di situ bagus.

Faiz: Tuisyen yang bangunan dalam tu nampak lain macam dan buruk tu? Siapa cikgu yang mengajar subjek tu.
Aiman: Jagalah mulut tu sikit.Tempat tak begitu penting, yang penting komitmen dan pengajaran itu.La..aku ingatkan hang tahu, Cikgu Abdul Halim.Dia guru pakar dan terkenal juga di Perlis tetapi ada la juga yang tak kenal walaupun dia terkenal.Hahahaha…
Faiz: Amboi, menyindir aku nampak. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.
Aiman: La..aku tak berniat pun nak menyindir hang tetapi aku cuma cakap saja.

Sementara itu, Amar dan Akmal sedang bersembang sesama mereka.

Amar: Hang bercadang nak pindak ke sekolah lain tak tahun depan?
Akmal: Mungkin.Aku bercita-cita nak ke Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS).Hang?
Amar: Oh, bagus sekolah itu.Aku pula tak bercadang nak pindah ke sekolah lain.Aku kekal jelah di SMK Agama Ibnu Taimiyah yang biasa ini.Itupun kalau tidak ditendang keluar selepas keputusan PMR nanti.
Akmal: Eh..takkanlah nak kena tendang keluar pula. Insya ALLAH hang akan dapat 9A punya.
Amar: Insya ALLAH..mudah-mudahan. Hang pun samalah.Rasa seperti hendak pengsan sahaja apabila memikirkan tentang keputusan PMR.
Akmal: Tak payahlah fikir. Tunggu malam sebelum hari keputusan diumumkan tu baru fikir.Biar pengsan malam tu.Hahaha..
Amar: Malam tersebut bukan setakat pengsan, koma terus.

Kemudian datang Aiman dan Faiz setelah melihat Akmal dan Amar ketawa memanjang.

Faiz: Hai..seronok nampak dua orang pelajar harapan 9A sekolah kita ini.
Amar: Memang tak sayang mulut betul.Dia itu calon harapan kata orang lain pula.
Aiman: Sudah-sudahlah.Kenapa korang berdua seronok sangat sampai ketawa memanjang?
Akmal: Tiada apa-apa.Cuma kami bersembang pasal sekolah tahun hadapan.Ha..hang nak pindah sekolah tak tahun depan?
Aiman: Aku akan tetap berada di sekolah ini sehingga tamat SPM. Tapi bukan sepanjang masa la.Masa kena balik rumah aku baliklah.
Faiz: Takut orang loyar buruk ke? Hahaha…
Aiman: Saja kata seperti itulah.

Masa berlalu begitu pantas sekali.Kini, cuti persekolahan akhir tahun 2007 akan bermula.

Syazwan: Kenapalah program lepasan PMR tahun ini cukup membosankan?Tiada aktiviti menarik pun.Setiap hari datang sekolah hanya bermain di perpustakaan, kemudian balik.
Aiman: Setiap hari datang sekolah? Huh..bagusnya hang datang sekolah pada hujung minggu sama.
Syazwan: Hai..loyar buruk pula dah dia ni.Ok..ok la.Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat datang sekolah kecuali hari cuti umum datang sekolah hanya bermain di perpustakaan, kemudian balik.Susah betullah nak bercakap dengan hang.
Aiman: Kalau susah tak perlulah cakap.Hahaha.. Relaks ok.Aku melawak saja.
Akmal: Semua cikgu sibuk, sebab itulah banyak aktiviti yang dicadangkan tidak diadakan pun.
Amar: Tetapi aku masih geram tentang lawatan hari itu.Kita bukan main bersemangat nak ke Padang Besar nak beli macam-macam, tengok-tengok lepas pergi ke kilang gula terus balik.
Akmal: Hang tau tak mak aku siap ada bagi senarai barang yang dia pesan suruh beli.
Aiman: Yeke? Hahaha.. kesian hang. Pasti mak hang geram kerana hang pulang dengan tangan kosong hari itu.

Semasa cuti sekolah, Aiman dan Faiz menghadiri kelas intensif Matematik Tambahan.

Faiz: Huh..pening kepala juga aku belajar Matematik Tambahan ini.Sampai berasap kepala.
Aiman: Tak nampak pun asap. Huhu.. Aku pun sama tetapi biasalah kita baru mula belajar.Insya ALLAH rajin berusaha nanti mesti mampu menguasainya.
Faiz: Betul cakap hang tu. Huh..bestlah Cikgu Halim ajar.Aku suka cara dia ajar.
Aiman: Aku pun sama.

Hari ini hari Rabu, 26 Disember 2007.Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia kerana esok akan diumumkan keputusan peperiksaan PMR.

Aiman: Aku dengar kata Akmal dan keluarganya telah berpindah ke Putrajaya. Betul ke?
Afiq: La..hang tak bermesej dengan dia ke? Ya, betul.
Aiman: Ada. Tetapi aku terlupa nak tanya lagipun aku pun baru tahu tentangnya. Rasa seperti tidak percaya esok kita akan memperoleh keputusan PMR.
Afiq: Aku pun sama.Agak-agak hang rasa boleh dapat 9A tak?
Aiman: Janganlah tanya soalan seperti itu.Buat aku risau saja.Hmm..aku ada la cerita kepada seorang insan ini, hang pun kenal tapi aku tak mahu beritahu siapa dia bahawa aku memang sering berdoa kepada ALLAH agar aku akan dapat 9A.Jika aku ditakdirkan untuk tidak dapat 9A, aku yakin kuasa ALLAH dapat mengubah apa yang ada di atas slip keputusan itu dan dalam data Lembaga Peperiksaan selagi mana aku tak pegang slip itu.Tapi ‘si dia’ tu kata mana boleh begitu.Entahlah,keyakinan semua hamba kepada ALLAH bukan sama.Hang pun berdoalah begitu.Tetapi aku tidaklah lupa untuk mendoakan untuk kejayaan sahabat-sahabat aku juga.
Afiq: Oh, betul juga kata hang ek.Kita tunggu dan lihat saja esok.Huhu..

Bersambung….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: