Drama “Roda Kehidupan” – Episod 10

Hari ini tanggal 27 Disember 2007, keputusan peperiksaan PMR 2007 akan diumumkan. Pada hari ini, Aiman dan sahabat-sahabatnya ke sekolahnya untuk mengambil keputusan PMR yang didudukinya pada bulan Oktober yang lalu. Hati semua calon PMR termasuk mereka begitu berdebar sambil jantung yang berdengup kencang memikirkan keputusan yang akan mereka peroleh.
Setibanya di sekolah, Aiman berjumpa dengan sahabat-sahabatnya di perkarangan Dewan sekolah. Dia bersembang dengan sahabat-sahabatnya sementara menunggu kehadiran guru penyelaras tingkatan 3 tiba di Dewan Al Faizin.

Amar: Hang agak-agak nak dapat berapa A?
Faiz: Ala..dia ‘sure’ dapat 9A. Pelajar cemerlang dikatakan.
Aiman: Hmm..entahlah,aku pun tak tau nak kata. Dalam hati aku, kadang-kadang rasa macam dapat 9A, kadang-kadang rasa macam tak dapat 9A pula. Tapi tak mengapalah, kita tunggu dan lihat jelah kejap lagi.

Tepat jam 11.00 pagi, kelihatan Ustaz Mohd Asri selaku guru penyelaras tingakatan 3 berjalan menuju ke dewan sekolah untuk sesi penyerahan keputusan. Semua calon PMR berasa bertambah berdebar melihat kelibat beliau yang mana slip keputusan PMR berada di tangannya.

Aiman: Tahniah atas kejayaan hang dapat 9A.Kan aku dah kata hang mesti 9A.
Afiq: Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Tahniah jugalah kat hang.
Aiman: Hmm..terima kasihlah atas ucapan tu.Eh..Akmal dapat 9A juga kan? Malam tadi aku ada bermesej la dengan dia.
Afiq: Ya.Dia pun seperti hang jugalah, calon yang memang dah diagak dan pasti akan dapat 9A.

Tatkala Afiq dan Aiman sedang bersembang datang Amar dan Faiz kepada mereka.

Aiman: Ha..ni pelajar cemerlang yang tak disangka-sangka.Tahniah!
Amar: Inilah dia satu-satunya pelajar yang mendapat 9A yang tidak termasuk dalam calon harapan 9A.
Faiz: Alhamdulillah, bersyukur sangat ke hadrat ALLAH.Ini semua berkat doa dari semua orang.
Aiman: Baguslah hang dapat 9A juga. Walaupun tak termasuk dalam senarai calon yang diletakkan sebagai calon harapan 9A tapi dapat juga.

Sementara itu Adam dan sahabat-sahabatnya sedang bersembang sesama mereka tentang keputusan yang mereka peroleh.

Hazwan: Ha..baguslah hang tak dapat 9A.Ini bermakna hang takkan berhenti merokoklah kan.
Adam: Hmm..tak ada rezeki nak dapat 9A macam mana.Dapat 8A pun kira oklah.
Hakimi: Kejap lagi jomlah pergi merokok pula.
Hazwan: Jom-jom pergi. Nak tunggu apa lagi di sini.Dah dapat keputusan lepas tu belahlah.

Hari tersebut sememangnya merupakan hari yang menggembirakan bagi semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.Bagi mereka, kejayaan yang mereka peroleh itu adalah untuk dihadiahkan kepada ibu bapa mereka dan guru-guru mereka yang telah mendidik mereka selama ini serta mendoakan kejayaan mereka.
Selama beberapa hari berlalu, kini tahun 2008 menjelma tiba dan pada tahun ini Aiman dan sahabat-sahabatnya akan naik ke tingkatan 4.

Akmal: Wei..kita masuk kelas terakhir la.
Aiman: Apa? Hang serius ke ni?
Afiq: Taklah..kita masuk kelas 4 Ali tetapi mulai tahun ni kelas Ali jadi kelas pertama pula.
Aiman: Idea siapa tu? Tak ketahuan agaknya dia.
Akmal: Idea siapa lagi..mestilah idea tuan pengetua yang disayangi tu.Nak bagi orang kata dia berfahaman syiah bolehlah.
Aiman: Ish..syiah pula.Tapi memang boleh nak kata macam tu juga.Huhu.. Entah apa rasional buat perubahan tu.

Kemudian datang Faiz turut menyertai perbualan ‘hangat’ yang sedang memperkatakan tentang perubahan itu.

Faiz: Huh..nampaknya kita dah jadi pelajar menengah atas ek.Cepat sungguh masa berlalu.
Akmal: Tulah..rasa seperti tak percaya saja.
Aiman: Akmal, hang tinggal di asrama ke sekarang ini ataupun hang tinggal di rumah?
Akmal: Mak aku mana bagi aku tinggal di rumah.Nanti aku dan adik aku tak pergi ke sekolah pula kerana bangun lewat.
Aiman: Oh, yeke. Haha..tak rindu ke akan keluarga di Putrajaya tu?
Akmal: Kalau tak ada rasa rindu bukan manusia namanya.Haha..

Pada akhir bulan Januari, semua pelajar yang memohon untuk ke sekolah berasrama penuh(SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) boleh menyemak status permohonan mereka secara online.

Afiq: Hang nak pindah ke KISAS tak?
Akmal: Insya ALLAH aku nak pergilah. Memang aku berhajat nak pergi ke sana pun.
Aiman: Oh, tak bestlah kalau macam ni. Hilang seorang kawan baik aku.Huhu..
Akmal: Tak mengapalah, kita masih boleh berhubung walaupun aku berpindah ke sana.
Aizat: Hmm…susah juga ek pelajaran tingkatan 4 terutamanya Matematik Tambahan. Bab ‘Function’ entah apa-apa.
Aiman: Dah hang kurang faham memanglah kata entah apa-apa.
Faiz: Mentang-mentang dia faham mengata pada orang lain pula.
Aiman: Eh..siapa kata aku faham semuanya.Ada juga yang aku kurang faham.Tapi memang pening juga belajar Matematik Tambahan.
Akmal: Di KISAS mesti sistem pembelajaran agak berbeza dengan sini.
Faiz: Oh..mestilah berbeza.Maklumlah SBP dikatakan.
Aiman: Aku ada la buat rayuan untuk ambilan kedua kemasukan ke SBP.Tapi buat rayuan pun saja-saja je.
Faiz: Eh..aku pun ada buat rayuan juga.
Aiman: Hmm..aku nak tengok nak dapat sekolah mana nanti tapi insya ALLAH takkan pergi la walaupun dapat sekolah paling bagus dalam dunia.
Aizat: Yeke? Kalau macam tu baik tak payah buat rayuan.
Aiman: Ish..macam aku kata la.Aku saja je buat rayuan tu.
Akmal: Wei..Sir Ahmad Tarmizi dah datang tu.
Faiz: Mana? Tak nampak pun.
Akmal: Tu nun di sana.
Afiq: Aku seronoklah cara Sir Ahmad Tarmizi ajar, suka buat lawak juga. Ingatkan dia garang dah guru disiplin.
Aiman: Ala..dia taklah garang seperti yang orang sangka.

Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: