Bicara Hatiku: Antara Kita Dan Orang Lain

Assalamualaikum….

Rasa teringin lagi nak berbicara pasal hati aku ni. Haha.. Kali ni soal antara kita dan orang lain pula. Ada orang tanya aku kenapa orang suka mengata pasal dia. Jawapan aku pada dia ‘simple’ je. Kalau tak ada orang mengata tu bukan kehidupan namanya. Lumrahnya orang memang akan sentiasa ada orang mengata pasal kita sama ada kita sedar ataupun tidak.

Cuma kadarnya yang berbeza. Ada yang kena mengata dengan hebat, ada yang sikit2 je. Itu bergantung pada sejauh mana penampilan dan keperibadian dia. Kalau dia seorang yang terkenal dan popular di tambah pula bagus berbanding orang lain, maka lebih hebatlah kritikan dan kata2 yang dilemparkan oleh orang lain. Cuma kata2 yang lahir daripada mulut orang tu sama ada kritikan yang membangun atau rasa tak puas hati pada dia.

Sesetengah orang agak sensitif pasal orang mengata pada dia ni. Bagi insan yang tak suka ataupun tak nak orang mengata pada dia, dia tak perlulah hidup di dunia ni. Sebabnya selagi mana dia hidup di dunia ini, selagi itulah orang akan bercakap tentangnya. Bahkan kadang2 orang yang sudah meninggal dunia pun tetap ada orang mengata padanya.

Kita perlu ingat bahawa kata-kata dan kritikan orang yang menyakitkan hati kita itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita, yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang kita diduduki, maka akan semakin pedas pula kata-kata dan kritikan itu.Kita harus bersikap laksana batu karang, ia tetap kukuh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran ombak yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya.

Dan apabila kita ingin diterima oleh semua pihak, dicintai oleh semua orang dan terhindar dari celaan, beerti kita telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan.Tak mengapalah..aku bukan kaunselor nak bagi motivasi pada orang sebabnya aku sendiri pun bermasalah sampai kadang2 tu rasa tak terdaya aku nak mengawalnya.

Aku juga tak terlepas daripada kritikan, tohmahan dan umpatan orang lain. Kadang2 aku buat tak tahu je kadang2 kata2 orang lain tu menyakitkan hati juga ibarat jarum menusuk kalbu. Oleh sebab itulah sejak akhir2 ni aku seringkali termenung mengenangkan hidupku yang bergelora. Tapi aku sedar, setakat merintih atas apa yang dihadapi saja tak guna jika tak ada usaha untuk bangkit berubah menjadi insan yang lebih baik.

Aku risau juga sebabnya aku bakal menduduki SPM tahun ni. Aku dah terlepas banyak juga pelajaran gara2 tak hadir ke sekolah selama 12 hari. Entah apa nak jadi dengan pelajaran aku. Tapi insya ALLAH aku akan cuba buat yang terbaik la demi memastikan keputusan yang cemerlang untuk SPM nanti. Buat masa ni nak kena tumpukan perhatian pada exam yang sedang dihadapi dululah. Masa school break nanti nak kena cover up betul2 apa yang tertinggal.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerna semangatku untuk belajar sedikit sebanyak dah naik balik walaupun taklah banyak. At least aku taklah malas nak ulangkaji untuk exam. Nasihat aku untuk ingatan kita bersama, sentiasalah kita bermuhasabah diri kita dan seringkali ‘berinteraksi’ dengan ALLAH dalam usaha kita berubah ke arah menjadi insan yang lebih baik. Insya ALLAH kita akan sentiasa dekat denganNYA dan kita akan sentiasa tenang dan tabah dalam menyusuri bahtera kehidupan yang bergelora ni…Doakan agar aku sentiasa kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ni..Salam pejuangan untuk semua….

2 Responses to “Bicara Hatiku: Antara Kita Dan Orang Lain”

  1. lily92_ Says:

    Salam….
    How are you…??
    Hopefully u are in the pink as well…

    Dlm khidupan ni perkara sebegitu
    memang selalu terjadi, jadi tabahlah
    menghadapi apa-apa rintangan yg dihadapi…

    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan dalam kehidupan…

    Most enviable eight letters ‘JEALOUSY’-distance it,
    Most powerful nine letters ‘KNOWLEDGE’-acquire it,
    Most divine ten letters ‘FRIENDSHIP’-maintain it…:)

  2. ya ! good !
    ganbatte akh!

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: