Drama “Roda Kehidupan” – Episod 11

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Akmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah. Pada hari ini juga Faiz diminta oleh kaunselor sekolah iaitu Cikgu Khairul Anwar untuk memberikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 3 dalam Program Ikrar Gemilang PMR 2008.

Aiman: Lama juga hang bagi ceramah tadi ek.
Faiz: Tulah..aku pun tak sangka boleh cakap lama juga.
Akmal: Mestilah lama..maklumlah nak bercerita tentang kejayaannya tu.
Faiz: Ish..hang ni. Kalau bukan sebab Cikgu Khairul Anwar suruh, tak minatlah aku nak bagi ceramah pada budak-budak form 3 tu.
Aiman: Form 3 hang kata budak-budak? Diorang dah remajalah..
Faiz: Sajalah cakap diorang budak-budak.
Akmal: Rasa sedih juga nak tinggalkan bumi SMKA Ibnu Taimiyah ni.
Aiman: Rasa sedih ke gembira nak pergi ke sekolah yang lebih baik tu?
Akmal: Gembira tu gembiralah juga..sedih pun sedih juga.
Faiz: Nanti di sana jangan lupakan kami di sini pula ok.
Akmal: Insya ALLAH..korang pun jangan lupakan aku pula.
Aiman: Eh..kami takkan lupakan hang punya. Hang yang agaknya akan lupakan kami. Maklumlah nanti bersahabat dengan pelajar-pelajar pandai, maka lupalah akan kami di sini.
Akmal: Ish…mana ada. Whatever happens I will still remember all of you.
Faiz: Ok..baguslah kalau begitu.Jangan cakap saja.
Akmal: Ok…insya ALLAH my friend..

Maka pindahlah Akmal ke sekolah barunya iaitu KISAS. Beberapa orang rakan Aiman turut berpindah ke sekolah lain seperti ke MRSM.

Faiz: Rasa bosan juga bila Akmal dan sahabat-sahabat kita yang lain berpindah ke sekolah lain.
Afiq: Memang rasa bosan tetapi apa yang kita boleh buat.
Aiman: Biasalah tu..bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan.
Faiz: Yelah tu..huhu.
Amar: Pandai berkata-kata nampak..haha..
Aiman: Hang macam mana boleh terima ke berada dalam kelas 4 Umar?
Amar: Bolehlah terima juga..huhu..

Dua hari berlalu, tatkala Aiman sedang berehat pada petang hari tiba-tiba Amar menghubunginya.

Amar: Hang dah tahu tak Adam ditimpa kemalangan dengan Hakimi?
Aiman: Apa? Biar betul…Macam mana keadaan diorang?
Amar: Yang aku dengar kata Adam la yang kritikal, Hakimi cedera ringan je.
Aiman: Harap-harap tiada apa-apa yang tak diingini menimpa Adam.
Amar: Insya ALLAH, mudah-mudahan. Sama-samalah kita doakan.

Setelah menerima panggilan Amar tersebut, Aiman menjadi gelisah memikirkan keadaan Adam. Ketika dia sedang risau, Faiz pula mennghubunginya.

Faiz: Aku risaulah pasal Adam ni. Macam mana keadaan dia sekarang ni?
Aiman: Yang aku tahu dia masih belum sedar.Esok nak kena pergi ke hospital melawat dia la.
Faiz: Oh…aku pun nak pergi melawat dia esok. Hang tahu tak dia ditempatkan di wad mana?
Aiman: Tadi aku dah talefon ayah Adam tanya di wad mana Adam ditempatkan. Ayah dia la yang beritahu aku bahawa dia masih belum sedarkan diri.
Keesokan harinya di sekolah, berita tentang kemalangan itu menjadi tajuk perbualan orang terutama para pelajar tingkatan 4 dan guru-guru.Hari ini diadakan sukantara tahunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah.

Amar: Huh..tengok tu.Cikgu-cikgu tengah menyoalsiasat Hakimi.
Aiman: Jom curi-curi dengar.huhu..

Baru sahaja mereka berdua dekat dengan guru-guru yang sedang bertanya Hakimi tentang kejadian semalam, Hakimi pun beredar meninggalkan padang sekolah.

Amar: Cikgu tanya Hakimi tentang kemalangan semalam tu ke?
Cikgu Khairul Anwar: Ya..sudah semestinya.
Aiman: Kami bersimpati atas apa yang menimpa Adam. Ayah dia beritahu saya bahawa dia masih belum sedarkan diri. Harap-harap dia akan cepat sembuhlah.
Sir Ahmad Tarmizi: Ya..harap-harap begitulah.Kamu tahu tak di mana dia ditempatkan?
Amar: La..kenapa sir tak tanya Hakimi tadi?
Sir Ahmad Tarmizi: Sir terlupa nak tanya dia.
Aiman: Seingat saya, ayah dia beritahu saya bahawa dia ditempatkan di wad bangunan baru tu tingkat 5. Wad nama apa saya terlupa la.
Sir Ahmad Tarmizi: Oh..terima kasih atas maklumat tu.
Amar: Insya ALLAH, petang ni kami nak pergi melawat dia la.

Pada petang itu, ramai orang pergi melawat Adam di Hospital Umar Abdul Aziz termasuklah Aiman, Faiz dan Amar.

Amar: Pak cik, betul ke Adam mungkin hilang ingatan?
Ayah Adam: Setahu pak cik begitulah. Tetapi mungkin tak banyak sangat.
Aiman: Masya ALLAH..takkan sampai ada hilang ingatan pula.
Ibu Adam: Terima kasih banyak-banyak atas kesudian kamu semua datang melawat anak mak cik.
Aiman & sahabat-sahabatnya: Sama-sama, mak cik.

Selepas itu Aiman memanggil Amar dan Faiz yang sedang melihat keadaan Adam.

Aiman: Hmm..aku rasa simpati juga dengan apa yang menimpa Adam.
Faiz: Mesti ada hikmah daripada apa yang berlaku ni.
Amar: Ya, betul tu.Kita sebagai sahabatnya kenalah mendoakannya.

Bersambung…

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: