Drama “Roda Kehidupan” – Episod 14

Selepas Aiman berjumpa dengan Ustaz Mohd Asri bagi mengemukakan cadangannya, Aiman pulang ke kelasnya untuk bersembang dengan sahabat-sahabatnya tentang cadangannya itu. Beberapa orang sahabatnya seperti Faiz dan Afiq bersetuju untuk turut serta dalam program tersebut sebagai mentor.Namun begitu, terdapat juga sahabat Aiman yang berpandangan negatif terhadap cadangannya itu.

Amar: Aiman.. kenapa kita harus bersusah payah untuk melibatkan dalam program tersebut sedangkan mana ada senior yang bimbing kita tahun lepas pun. Kalau ada yang buat seperti itu tak mengapalah.
Aiman: Takkan kalau ada orang berbakti dengan kita baru kita nak berbakti dengan orang lain.Sepatutnya kita kena berbakti dengan orang lain tanpa harapkan balasan, kalau kita harapkan balasan memang akan kata macam hang tu la.
Aizat: La..kenapa yang hang kalut sangat nak tolong budak-budak tu. Biar diorang usaha sendiri.Macam kita yang berusaha sendiri.
Aiman: Malaslah aku nak kata apa-apa.
Aizat: Daripada hang tolong budak-budak tu, baik hang tolong kami dengan buat kelas Matematik Tambahan untuk kami.
Aiman: Kalau korang nak insya ALLAH boleh, pernah ke aku kata aku tak ingin tolong korang?
Aizat: Memanglah tak pernah tapi macam budak-budak tu lebih penting daripada kami.
Aiman: Hei…ni bukan soal siapa penting ka apa la.

Semasa Aiman sedang termenung di rumahnya, tiba-tiba dia menerima panggilan daripada Zahid iaitu orang yang menghantar mesej menyatakan dia suka kepada Aiman.

Zahid: Hai..dengan Asyraaf boleh pula hang rapat kononnya adik angkat tapi dengan aku buat tak tau pula.
Aiman: Buat apa aku nak layan hang pula? Aku rasa aku tak perlu layan hang.
Zahid: Huh..sombong nampak.Wei..Hang ingat hang dapat 9A dalam PMR baru-baru ni hang rasa pandai sangat? Ingat hang pengawas jadi bagus sangat ke? Boleh belah la..
Aiman: Aku rasa aku tak pernah kata aku ni pandai atau bagus. Mungkin dalam mimpi hang saja agaknya. Ok. Assalamualaikum…

“Kurang ajar punya budak. Aku takkan biarkan benda ni berterusan.Hang jagalah Aiman..”,kata Zahid dalam hatinya.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah, beberapa orang sahabat Aiman berbicara tentang program yang Aiman ilhamkan itu.

Amar: Aku peliklah dengan perwatakan Aiman sejak akhir-akhir ni.Kenapalah dia rajin sangat nak tolong budak-budak form 3 tu?
Faiz: Ala…kenapa yang hang risau sangat.Bukannya mengganggu hang pun kan.Biarlah dia nak buat dah tu yang dia suka.Lagipun baguslah dapat tolong orang kan.
Amar: Memanglah tak mengganggu aku tapi aku sebagai sahabat dia yang ambil berat juga pasal dia tengok dia macam terlalu suka tolong orang sampai mengabaikan diri sendiri.
Faiz: Entahlah..aku pun tak tau nak kata apa.Kita tengok sajalah keputusan peperiksaan dia untuk peperiksaan pertengahan tahun nanti, selepas itu baru kita komen ok.
Amar: Ok, fine.Lagi satu aku bukannya apa tapi aku tengok adik angkat dia tu macam tak berapa baik saja.
Faiz: Hoi..hang dah lupa ke bahawa Asyraaf tu la yang dah tolong Aiman masa Aiman cedera dulu.
Amar: Memang aku ingat tapi takkan oleh sebab itu sahaja kita nak kata dia baik.
Faiz: Setiap insan ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, itu hakikatnya.Cuma biasalah manusia ni lebih senang nampak kekurangan orang lain berbanding kekurangan diri sendiri.
Amar: Amboi..mengata pada aku nampak.
Faiz: Bukan mengata pada hang tapi sekadar peringatan untuk kita bersama la.
Amar: Ha..tu Aiman datang ke sini.Tukar topik..
Aiman: Hai..nampak macam tukar topik perbualan saja tatkala aku datang, aku mengganggu perbualan korang ke..kalau mengganggu tak mengapalah aku belah dulu.
Faiz: Eh..tak mengganggulah.Jangan cepat kecil hati.
Aiman: Mana ada kecil hati pun.

Akhirnya urusan pembahagian kumpulan dan mentor bagi program yang dicadangkan itu selesai. Bagi perjumpaan pertama kumpulan bagi program tersebut,Aiman telah bertanya kepada ahli kumpulannya yang tidak berminat dengan program tersebut boleh menarik diri daripada terlibat dalam program tersebut.

Hal ini kerana program tersebut bukan satu paksaan kepada semua pelajar untuk menghadirinya. Dia berharap semua ahli kumpulannya jujur dan memaklumkan kepadanya bahawa mereka ingin menarik diri jika mereka tidak berminat. Program itu hanya untuk pelajar yang mahukan bimbingan dan pertolongan daripada mentor-mentor yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 4. Selepas perjumpaan pertama itu, program tersebut mula berjalan.

Aiman: Macam mana dengan kehadiran ahli kumpulan hang?
Afiq: Sangat mengecewakan. Ada ke patut daripada ramai ahli kumpulan aku ada la 6 orang yang hadir kalau tak silap aku.
Amar: Wow..ramainya yang hadir. Haha..Aiman, kumpulan hang pula bagaimana?
Aiman: Apa yang aku nak kata agak panjang. Secara jujurnya aku memang cukup sakit hati dan kecewa dengan sikap sesetengah ahli kumpulan aku yang tidak jujur dengan tidak mengaku bahawa mereka tidak berminat dengan program itu dan apabila study group dibuat, diorang tidak hadir. Apabila study group diadakan, hanya sebahagian kecil sahaja daripada ahli kumpulannya yang hadir. Ramai juga dalam 15 orang tetapi aku tidak kisah walaupun kehadiran hanya sedikit kerana baginya program ini diadakan bagi sesiapa yang berminat sahaja dan bukannya satu paksaan.Ketika mengadakan study group juga, aku terpaksa berasa sakit hati lagi apabila ada ahli kumpulan aku yang hadir yang tidak memberikan tumpuan dan bersembang. Pada saat ini, memang aku dapat merasakan bagaimana perasaan seorang guru ketika mengajar di dalam kelas dan dia merasakan ia satu pengalaman baru bagi aku yang jarang-jarang diperoleh oleh orang lain.
Afiq: Wah..panjangnya ulasan hang.
Amar: Biasalah dah suka berkata-kata.
Aiman: Aku banyak memberikan penekanan pada diorang dalam subjek Matematik.Bukan sebab aku pandai Matematik atau apa, tapi asas Matematik semasa menengah rendah memang sangat penting untuk memastikan tak hadapi masalah besar semasa belajar Matematik Tambahan di Tingkatan 4.Aku nak cuba sedaya upaya tolong diorang supaya asas Matematik diorang baik dan kalau boleh mantap.
Amar: Oh, berpandangan jauh rupanya Cikgu Aiman ni.
Aiman: Cikgu apa pula hang ni.Merepek saja tak habis.
Afiq: Betullah apa yang dia kata.Guru muda yang berpandangan jauh.Haha..

Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: