Drama “Roda Kehidupan” – Episod 15

Semasa Aiman dan sahabat-sahabatnya sedang bersembang tentang program study group itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang kelihatan kelam kabut ke kelas 4 Ali.

Pak Cik Ismail: Aiman, ayah kamu ditimpa kemalangan.
Aiman: Apa? Biar betul pak cik.
Pak Cik Ismail: Mari pak cik bawa Aiman ke hospital.
Aiman: Baik, pak cik. Terima kasih banyak-banyak.

Lantas Aiman segera ke Hospital Umar Abdul Aziz untuk melihat keadaan ayahnya yang ditimpa kemalangan.

Aiman: Mak, bagaimana dengan keadaan ayah?
Mak Aiman: Entahlah..mak pun tak tahu.Sampai sekarang doktor masih belum keluar dari bilik pembedahan.
Aiman: Semoga ayah tak apa-apa.
Mak Aiman: Insya ALLAH, mudah-mudahan begitulah.

Tiba-tiba keluar doktor dari bilik pembedahan.

Aiman: Doktor, bagaimana dengan keadaan ayah saya?
Doktor Azmi: Ayah adik mengalami kehilangan agak banyak darah akibat berlaku pendarahan yang agak serius.Jadi kami perlukan penderma darah.
Aiman: Oh, bolehkah kalau saya menderma darah saya?
Doktor Azmi: Berapa umur adik?
Aiman: 16 tahun.
Doktor Azmi: Tak bolehlah adik. Hal ini kerana adik masih berada di bawah umur.
Aiman: Tolonglah doktor, berilah peluang kepada saya untuk berbakti kepada ayah saya.
Doktor Azmi: Baiklah kalau begitu. Kalau apa-apa yang tidak baik pada adik, kami tidak akan bertanggungjawab ok.
Aiman: Ok, tak ada masalah. Mak, doakan Aiman tak apa-apa ek.

Semasa Doktor Azmi memeriksa jenis darah Aiman, dia berasa pelik kerana darah Aiman tidak sama dengan darah ayahnya. Namun begitu, dia merahsiakannya daripada pengetahuan Aiman.
Namun begitu, sampel darah Aiman diambil olehnya.

Doktor Azmi: Adik, kami tak mahu mengambil risiko ke atas adik. Jadi kami rasa baik abang ayah adik sahaja yang menderma darah untuk ayah adik.
Aiman: Tapi doktor…
Doktor Azmi: Saya faham adik risau akan keadaan ayah adik tapi janganlah sampai membahayakan diri sendiri pula.
Aiman: Baiklah, doktor.

Doktor Azmi kemudiannya memanggil Encik Ismail iaitu bapa saudara Aiman untuk menderma darah bagi ayahnya.

Doktor Azmi: Encik, adik encik tu memang ayah Aiman ke?
Pak Cik Ismail: Ya, kenapa doktor?
Doktor Azmi: Begini. Saya dapati darah Aiman dan darah adik encik tak sama.Tapi itu belum pasti la kerana belum buat ujian DNA.
Pak Cik Ismail: Kalau begitu, doktor jalankanlah ujian DNA untuk mengetahui sama ada Aiman tu memang anak saudara saya ataupun tidak.

Selepas proses pendermaan darah selesai, Doktor Azmi telah menjalankan ujian DNA bagi mengetahui sama ada Aiman merupakan anak kandung Encik Abu Bakar dan Puan Asma’ ataupun tidak dan hasilnya mendapati Aiman bukan anak kandung mereka.

Mak Aiman: Doktor, biar betul Aiman tu bukan anak kandung saya sedangkan memang saya yang lahirkan dia?
Doktor Azmi: Entahlah..saya pun pelik.Dimanakah Aiman dilahirkan?
Mak Aiman: Aiman dilahirkan dihospital inilah.
Doktor Azmi: Saya fikir mungkin ada berlaku kecuaian oleh jururawat yang menyebabkan berlakunya pertukaran bayi.
Mak Aiman: Takkan jadi begitu pula.
Doktor Azmi: Buat masa ini, pihak hospital akan menjalankan siasatan tentang perkara ini dan sebarang maklumat saya akan hubungi puan.
Mak Aiman: Baik, doktor.
Doktor Azmi: Saya rasa buat masa ini baik puan rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Aiman kerana kita masih tak tahu siapakah ayah dan ibu kandungnya.
Mak Aiman: Insya ALLAH, doktor.

Sejurus selepas mak Aiman keluar dari bilik Doktor Azmi, Aiman terus pergi kepada maknya.

Aiman: Mak cakap apa dengan doktor tu?
Mak Aiman: Tak ada apa-apalah.
Aiman: Ala…takkan dengan Aiman pun mak nak berahsia.
Mak Aiman: Aiman tak perlu tahu.Oleh sebab itulah mak tak beritahu.
Aiman: Oklah kalau macam tu.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah, sahabat-sahabat Aiman selalu bertanya tentang keadaan ayahnya yang ditimpa kemalangan.

Amar: Bagaimana dengan keadaan ayah hang?
Aiman: Alhamdulillah so far baik-baik saja.Kalau tak aku nak dermakan darah aku tetapi doktor tu tak benarkan.
Afiq: Memanglah tak boleh kerana kita masih di bawah umur. Kalau kita berumur 18 ke atas barulah kita boleh derma darah kalau tak silap aku la.
Faiz: Baguslah ayah hang tak apa-apa.Mesti berkat doa anaknya yang soleh.
Aiman: Ish..apalah yang hang merepek pula.

Tiba-tiba datang Ustaz Mohd Asri ke kelas mereka….

Ustaz Mohd Asri: Korang mentor tingkatan 4 usahlah teruskan study group ni. Program ni cuma buat kalian sakit hati saja.
Akmal: Ustaz, saya memang dah tak teruskan program ini memandangkan ramai para pelajar tingkatan 3 dalam kumpulan saya yang tidak menghadirkan diri semasa study group.
Aiman: Tapi ustaz…saya mungkin nak teruskan kerana saya tak mahu menghampakan semangat ahli-ahli kumpulan saya yang tetap hadir tatkala ramai pelajar tingkatan 3 yang tidak menunjukkan minat dengan program itu.
Ustaz Mohd Asri: Terpulang pada kamulah asalkan kamu tak mengabaikan pelajaran kamu.
Amar: Aiman, tak payahlah teruskan study group tu. Kita sekarang ni memang dah terlalu sibuk dengan banyak hal.Dahlah kerja rumah pun bertimbun menggunung tinggi.
Aiman: Insya ALLAH kalau kita pandai menguruskan masa, kita takkan hadapi masalah.

Bersambung……….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: