Drama “Roda Kehidupan” – Episod 21

Selepas Faiz memberitahu Asyraaf bahawa Aiman ingin berjumpa dengannya, lantas Asyraaf masuk ke dalam dewan untuk berjumpa dengan Aiman yang sedang duduk termenung keseorangan.

Asyraaf: Kenapa anta nak jumpa ana?

Aiman: Anak tanya nak sikit boleh?

Asyraaf: Tanya sajalah….

Aiman: Betul ke anta ber’couple’ dengan Shamila, pengawas tingkatan 5 tu?Tolong jawab dengan jujur..

Asyraaf: Eh…mana ada.siapa yang beritahu anta ni?

Aiman: Siapa yang beritahu tak penting, yang penting benda tu betul ataupun tak.

Asyraaf: Tak…ana tak ada ber’couple’ dengan sesiapapun……

Aiman: Kalau begitu tak mengapalah.Jangan berbohong dengan ana pula..

Asyraaf: Eh..takkan ana nak berbohong dengan anta pula.

Selepas Asyraaf pergi meninggalkan Aiman, Faiz datang kembali kepadanya.

Faiz: Hang cakap apa pada Asyraaf?

Aiman: Aku tanyalah pada dia pasal apa yang hang kata tadi dan dia menafikannya.

Faiz: Oh..dan hang percayakan dia?

Aiman: Rasanya begitulah..aku pun tak tahu nak kata.Amar ke yang beritahu hang pasal ni?

Faiz: Eh..taklah.Bukan dia yang beritahu aku.Kenapa?

Aiman: Aku geram juga dengan Amar tu.Kadang-kadang rasa nak tumbuk je dia.

Faiz: Kenapa pula ni?

Aiman: Aku cukup sakit hati dengan apa yang telah dia kata.Tuduh Asyraaf macam-macam la.

Faiz: Dia bukan nak sakitkan hati hang tetapi dia Cuma ambil berat tentang hang.

Aiman: Ambil berat apa macam tu…ingat tak dia kata apa semasa aku dan Asyraaf nak jumpa cikgu pasal hari tu..jangan sibuk urusan orang lain.Takkan tu dikatakan ambil berat?

Faiz: Entahlah…hang bersabar sajalah.Nanti korang bermusuh pula.

Aiman: Tak mengapa kalau dia nak bermusuh dengan aku.

Faiz: Eh..janganlah cakap macam tu.Tak baik bermusuhan sesama muslim.

Aiman: Aku sudah bersabar lama dah….

Sehari selepas berakhirnya hari anugerah kecemerlangan, Aiman pergi berjumpa Asyraaf di kelas 3 Ali.

Aiman: Ana nak tanya sikit pasal Shamila pinjam talefon bimbit anta dan hilangkannya.apa halnya tu?

Asyraaf: Ana pun tak tahu..tak mengapa..masa balik kejap lagi ana dan shamila nak jumpa Abang Amar pasal perkara tu.

Aiman: Eh..kenapa nak jumpa dia pula?Nanti korang bergaduh apa pula…

Asyraaf: Ana bukannya nak pergi bergaduh dengan dia.Cuma nak tanya pasal tu saja.

Aiman: Hmmm…konflik kita ni nampaknya semakin menjadi-jadi…..

Tepat jam 12.05 tengah hari, loceng pun berbunyi menandakannya berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Aiman: Asyraaf beritahu aku bahawa dia dan Shamila nak jumpa hang kejap lagi.Diorang nak datang ke kelas kita la..

Amar: Tak..aku tak mahu jumpa diorang.

Aiman: Kenapa pula? Jumpa sajalah….

Akhirnya Asyraaf dan Shamila pun pergi ke kelas 4 Ali untuk berjumpa dengan Amar.

Asyraaf: Assalamu’alaikum..Abang Amar ada tak?

Aiman: Wa’alaikumussalam..ada.Kejap..ana pergi panggil dia.Amar, ni diorang pun dah sampai.

Shamila: Hmm..kami cuma nak tanya sikit saja.

Aiman: Hang janganlah lari pula..

Amar: Huh…mana boleh tiga lawan satu…

Asyraaf: Kami bukan nak berlawan dengan anta…kami cuma nak minta penjelasan anta saja.

Amar tidak mempedulikan kata-kata mereka lantas keluar dari kelas tersebut.Ia membuatkan Asyraaf naik geram.

Asyraaf: Woi..pengecut.Jangan lari la..gemuk..

Aiman: Anta bersabarlah…Amar tu memang agak keras kepala sikit.

Asyraaf kemudiannya bertindak jalan dengan agak laju meninggalkan kelas 4 Ali dan situasi tegang tersebut disaksikan oleh beberapa orang tingkatan 4.

Afiq: Apa halnya ni?

Aiman: Aku pun tak tahu nak kata..pening kepala aku dibuatnya.

Adam: Tengok suasana tadi agak tegang juga.

Aiman: Tulah..aku pun tak tahu nak buat apa tadi.

Adam: Apa punca yang sampai jadi begitu?

Aiman: Entahlah….aku pun buntu sangat dah ni.tak sangka sampai nak jadi begini.

Pada malam tersebut, Faiz telah menghubungi Amar untuk bersembang tentang kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi.

Faiz: What’s going on?

Amar: Aku memang cukup bengang dengan Aiman dan Asyraaf.

Faiz: Kenapa pula ni?

Amar: Aku memang tak sangka Aiman tu lebih percayakan orang yang dia baru kenal 3 bulan daripada orang yang dia dah kenal 3 tahun.Aku kecewa sangat la…

Faiz: Aku pun pening dengan konflik korang ni..

Amar: Tak mengapa..hang tak perlu masuk campur dalam hal ni.

Faiz: Mana boleh…hang dan Aiman kan sahabat baik aku.Mana aku boleh biarkan korang berdua bermusuhan pula.

Sementara itu, Aiman dan Asyraaf juga sedang berbual melalui talian talefon.

Aiman: Anta bersabarlah..ana minta maaf atas kejadian tengah hari tadi.

Asyraaf: Anta tak perlu minta maaf..ana memang geram sangat tadi.

Aiman: Ana faham anta marah sangat kerana Abang Amar tak layan apa yang anta cakap kan.

Asyraaf: Tulah..tak sangka dia macam tu..

Aiman: Tapi anta tak sangka anta melepaskan kata-kata kesat juga pada dia…

Asyraaf: Yeke?Ana pun tak ingat…

Aiman: Anta kata dia gemuk la pengecut la..

Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: