Ulasan: Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH kerana saya diizinkan untuk mengikuti Kursus Motivasi Alihan Pelajar yang diadakan di Alor Star. Secara jujurnya, saya betul-betul teruja dan kagum dengan pengisian dan pendekatan yang digunakan dalam kursus tersebut iaitu pendekatan emosi.

Banyak perkara yang saya peroleh sepanjang dua hari kursus tersebut yang selama ini saya tak tahu dan saya tak terfikir. Namun itulah yang dinamakan insan. Kita sering terlalu merendah diri sehingga mengatakan diri kita bodoh, kita tak boleh berjaya sedangkan yang menentukan kita akan berjaya atau gagal itu adalah diri kita sendiri!

Jika kita pilih kejayaan, insya ALLAH kita akan mencapainya begitulah sebaliknya.Sikap merupakan aspek terpenting dalam usaha menuju kejayaan.Berdasarkan apa yang saya peroleh, 85% daripada kejayaan itu adalah hasil daripada sikap manakala hanya 15% datang daripada kecerdasan.

Hendak seribu daya, hendak berjaya berjuta cara. Hendak seribu daya, tak mahu belajar & berjaya berbilion alasan.Itulah persepsi & mentaliti yang perlu kita ubah sebagai langkah bagi menuju ke arah kecemerlangan dalam hidup.

Saya berterima kasih kepada Yang Mulia Dr Tengku Asmadi Bin Tengku Mohammad, Cikgu Rosidi dan Ustaz Hakimin atas ilmu dan tips yang diberikan kepada saya untuk dijadikan pedoman dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.Insya ALLAH saya akan sentiasa ingat apa yang saya peroleh daripada kursus tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Bagi yang belum pernah menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar, saya mengesyorkan anda untuk menyertainya. Kursus ini bukannya untuk orang yang bermasalah, bukan juga untuk orang yang tiada masalah tetapi kursus ini untuk sesiapa yang ada matlamat hidup yang ingin dicapai!

Saya berazam untuk menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa. Selain itu saya bertekad untuk menjadi seorang anak yang soleh kepada kedua ibu bapa saya dan akan menghadiahkan kejayaan dalam SPM dengan keputusan 11A1 kepada mereka.

Doakan saya agar dapat berubah menjadi insan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dan cemerlang dalam pelajaran seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.

Ingatlah tiada sesiapa yang mampu mengubah diri kita melainkan ALLAH dan diri kita sendiri.Kepercayaan pada diri sendiri adalah rahsia utama kecemerlangan dalam hidup….

Salam perjuangan untuk semua…

One Response to “Ulasan: Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP)”

  1. semoga terus berjaya kamil!
    semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu n ayah, n berjaya dunia akhirat..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: