Drama “Roda Kehidupan” – Episod 22

Selepas kejadian yang berlaku pada hari jumaat lepas, hubungan Aiman dan Amar menjadi renggang sehinggakan mereka tidak tegur menegur antara satu sama lain selama 2 hari.

Faiz: Hmm..aku tak tahulah apa yang sepatutnya aku kata pada hang.

Aiman: Kalau tak tahu nak cakap apa, so tak perlulah cakap.

Faiz: Aku tak sangka sampai begini jadinya.

Aiman: Apa maksud hang?

Faiz: Yelah…hang bergaduh dengan Amar sampai dua hari dah tak cakap.Ingat hadis nabi pasal tak tegur menegur lebih 3 hari tu.

Aiman: Hmm..dalam situasi sekarang, siapa yang cari pasal? Aku atau dia?

Faiz: Janganlah keras kepala atau masing-masing bersikap ego pula dalam hal ni.Ala..hang mengalah la dengan dia.takkan hang nak terus bermusuh dengan dia..

Aiman: Memang aku nak tegur dia tapi bila tengok dia macam nak mengelak saja daripada aku, rasa malas pula aku nak tegur.

Faiz: Kalau sampai esok hang dan dia masih tak tegur menegur antara satu sama lain, semua ni memang salah Asyraaf dan aku akan pergi jumpa dia.

Aiman: Ni..Asyraaf tak ada kena mengena dalam hal ni.

Faiz: Tak ada kena mengena?Dialah punca segala punca terhadap konflik ni tau.Lagi satu, Amar ada kata hang tu lebih percayakan orang yang hang baru kenal 3 bulan daripada orang yang hangdah kenal 3 tahun.

Aiman: Bukannya begitu.Aku percayakan mengikut naluri aku mengikut situasi tertentu la.

Semasa Program Study Group pada petang itu, Aiman sempat bersembang dengan Asyraaf.

Aiman: Ha..baru ana teringat nak beritahu anta.

Asyraaf: Beritahu apa?

Aiman: Esok..anta pergi ke pondok depan makmal biologi pukul 11.30 pagi selepas rehat.

Asyraaf: Untuk apa?

Aiman: Untuk meleraikan konflik yang sedang melanda sekarang ni.

Aiman: Oh..ok.

Ketika Aiman sedang bersembang dengan Asyraaf, pengawas tingkatan 5 lalu di hadapan kelas 4 Ali.

Aiman: Shah..Shah.

Shah: Ada apa, Aiman?

Aiman: Macam ni.Esok aku nak minta hang dan shamila pergi ke pondok depan makmal biologi pukul 11.30 pagi selepas rehat.

Shah: Buat apa?

Aiman: Untuk meleraikan konflik yang sedang melanda sekarang ni antara kita.

Shah: Oh, begitu…

Aiman: Tolong la beritahu Shamila sama tau dan panggi Amar juga tau..

Shah: Ok.

Keesokan harinya, Faiz tidak hadir ke sekolah kerana tidak berapa sihat.Tepat jam 11.30 pagi loceng pun berbunyi menandakan berakhirnya waktu rehat.Aiman yang berada di dalam kelas melihat Amar keluar dari kelas.Beberapa minit kemudian, datang Shah ke kelasnya.

Shah: Hang ni nak selesaikan konflik ni ke tak?

Aiman: Sudah semestinyalah…

Shah: Semua orang pakat tunggu hang lama dah di situ.Dahlah pondok tu belakang tandas, berbau busuk pula.

Aiman: Oh, yeke.Semua yang berkenaan dah ada di situ ke?

Shah: Ya.

Lantas Aiman pergi ke pondok di hadapan makmal biologi tersebut.Namun dia berselisih dengan Amar yang dilihatnya pulang ke kelas.

Shah: Hang tu la..lambat sangat.Amar pun malas nak tunggu.

Aiman: Hmm..hang tolong panggil dia balik boleh tak?

Shah: Hmm..ok.

Lalu Amar datang kembali ke pondok tersebut.Semua yang berada di situ melihat antara satu sama lain.

Aiman: Siapa pengerusi majlis ni?

Shah: Orang yang merancang persidangan tergempar ni la.

Aiman: Oh..yeke.Usul yang pertama, dipersilakan Shamila untuk mengemukakan perkara yang ingin dikatakan.

Shamila: Hmmm..Amar, aku nak tanya satu soalan sahaja.Amar ke yang sebar-sebarkan pasal aku pinjam talefon bimbit Asyraaf dan kemudian hilangkannya?

Amar: Hmm..macam ni.Aku tak tahu apa yang korang kata dah semua tu tuduhan semata-mata.

Shamila: Kalau begitu, kenapa Amar lari semasa kami pergi jumpa Amar hari tu?

Amar: Aku memang tengah bengang masa tu.Lagipun yelah..ada orang yang lebih percayakan orang yang dia baru kenal 3 bulan daripada orang yang dia dah kenal 3 tahun.

Aiman: Hang mengata pada aku ke?Ok..aku minta maaf tetapi aku tak bermaksud begitu ok.Kepercayaan aku kepada hang ke Asyraaf sama saja.Cuma dalam situasi tertentu aku ikut naluri aku la.Sekarang hang pula diberi pula untuk meluahkan rasa tak puas hati hang.

Amar: Asyraaf, mana ‘memory card’ yang hang keluarkan daripada talefon bimbit hang?

Asyraaf: Kan ana dah beritahu bahawa ‘memory card’ ana dah hilang..takkan tak faham-faham lagi.

Amar: Kalau kita keluarkan ‘memory card’ daripada talefon bimbit kita, ‘theme’ dalam talefon bimbit tu akan berubah.Oleh sebab itulah aku kata hang ada keluarkan ‘memory card’ daripada talefon bimbit hang.

Asyraaf: Memang betul apa yang anta kata tetapi secara jujurnya ana tak ada keluarkan ‘memory card’ daripada talefon bimbit ana hari tu.

Amar: Hang tak payahlah berdolak-dalih pula..

Asyraaf kemudiannya dilihat sudah hilang sabar dan dia bangun serta memegang bahu Amar.Aiman, Shah dan Shamila cuba menenangkan mereka berdua.

Amar: Ni yang dikatakan baik?Kurang ajar dengan senior..

Aiman: Sabarlah wei..kita nak berdamai bukan nak mengeruhkan lagi keadaan.

Asyraaf: Ana tau anta tak sukakan ana tapi janganlah sampai memburuk-burukkan ana pula.Ana tak berdendam pun dengan anta..kenapa anta nak berdendam dengan ana?

Amar terdiam tanpa bicara.Masing-masing di situ melihat Aiman.

Aiman: Kenapa korang pandang aku?Selagi ktia semua tak berbaik semula, persidangan belum selesai ok.Amar, Asyraaf buanglah rasa marah atau dendam dalam hati tu.Kita semua ada melakukan kesalahan.Semua antara kita bersalah dalam hal ini kerana kita terlalu ikutkan perasaan.

Kemudian Amar dan Asyraaf bersalaman dan tergambar wajah mereka yang senyum ketika bersalaman itu.

Aiman: Amar, aku minta maaf atas apa yang berlaku.Aku bukannya tak percayakan hang tetapi biasalah kita kadang-kadang leka dan melakukan kesilapan.

Amar: Tak mengapalah, Aiman.Setiap insan tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.Aku pun nak minta maaf juga kerana ada mengata pada hang.

Aiman: Ala..tak mengapa.aku pun ada mengata juga pada hang..

Bersambung………

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: