Drama “Roda Kehidupan” – Episod 23

Selepas pertemuan mereka yang terlibat dalam konflik tersebut bagi meleraikannya, akhirnya keadaan dilihat menjadi seperti sediakala.Pada malam itu, Faiz menghubungi Aiman bagi mengetahui perkembangan semasa.

Faiz: So bagaimana?Hang dan Amar dah berbaik ke?

Aiman: Sudah..pagi tadi semua yang terlibat dalam konflik tu dah berdamai dan ia telahpun berakhir.

Faiz: Alhamdulillah..baguslah.Amar dengan Asyraaf pula bagaimana?

Aiman: So far diorang pun dah berdamai.Yang aku nak ketawa apabila tengok diorang tersenyum semasa bersalaman.

Faiz: Oh..ruginya aku tak ada masa tu.Kenapa tak rakam masa berdamai tu?

Aiman: Aku manalah bawa talefon bimbit ataupun kamera.Tetapi diorang sempat bertengkar sebelum berdamai tu.

Faiz: Oh..tak mengapalah.Yang penting sekarang semuanya sudah kembali seperti biasa.

Selepas Aiman bersembang dengan Faiz, tiba-tiba Zahid pula menghubunginya.

Aiman: Ada apa pula dah ni?

Zahid: Ada satu perkara sahaja yang ingin aku beritahu hang.

Aiman: Apa dia?

Zahid: Aku nak hang menjauhkan diri hang daripada Asyraaf.Kalau hang enggan melakukannya, tunggulah lihat Asyraaf cedera dibelasah.

Aiman: Hang nak ugut aku la ni?

Zahid: Terpulang pada hang la nak kata ugut ke mengecam ke..kalau hang masih nak rapat dengan dia..itu hak hang la..

Aiman: Hang ingat hang tu siapa? Tuhan ke yang menentukan kehidupan orang? Aku bukannya mainan yang boleh dipergunakan ikut suka.

Zahid: Huh..terasa diri seperti mainan ke?Haha..

Aiman: Woi..aku tak ada masa nak layan hang.Bye…..

Sejurus selepas itu, Aiman bersembang pula dengan Asyraaf melalui mesej.

Aiman: Ana nak tanya sikit boleh tak?

Asyraaf: Ala..tanya sajalah.

Aiman: Ada tak sesiapa yang tak dikenali ganggu anta dan ugut apa-apa?

Asyraaf: So far tak ada la..kenapa?

Aiman: Hmm..tak ada apa-apa.Saja tanya.

Asyraaf: Ala..berahsia pula anta ni.

Pada suatu hari, ketika Aiman dan Adam sedang berjalan berdekatan bilik kaunseling, Cikgu Khairul Anwar telah memanggil Aiman.

Adam: Aiman, tu Cikgu Khairul Anwar nak jumpa hang la.

Aiman: Oh..yeke? Ok.

Adam: Aku balik ke kelas dulu ok.

Aiman: Ok..Hmm..Kenapa cikgu nak jumpa saya?

Cikgu Khairul Anwar: Begini..kamu kan sudah melalui program lepasan PMR tahun lepas.Jadi cikgu rasa kamu mesti tahu apa pengisian yang perlu ada dalam program tersebut.Jadi cikgu nak mintalah pendapat kamu untuk program lepasan PMR tahun ni..

Aiman: Oh, kenapa cikgu tak tanya diorang saja?Kalau macam tu, ok.Tapi tak mengapa kan kalau saya minta cadangan daripada diorang?

Cikgu Khairul Anwar: Boleh..terpulang pada kamulah.Nanti selepas kamu dapat cadangan tu kamu tapis cadangan yang relevan dan sesuai untuk dikemukan kepada cikgu.

Aiman: Baik, cikgu.

Semasa Aiman dalam perjalanan pulang ke kelasnya,dia berselisih dengan Asyraaf.

Aiman: Ha..baguslah ana berjumpa dengan anta.Nak minta tolong sikit boleh tak?

Asyraaf : Boleh..apa dia?

Aiman: Balik kelas nanti..beritahu rakan-rakan anta kata tolong berikan cadangan untuk program lepasan PMR nanti..lepas tu bagi pada ana secepat mungkin ok.Maaflah menyusahkan anta.

Asyraaf: Tak mengapa..adik kenalah tolong abang..

Sementara itu, ibu Aiman yang berada di rumah menerima panggilan daripada Hospital Umar Abdul Aziz.

Doktor Azmi: Assalamu’alaikum, ini Puan Asma’ ke?

Mak Aiman: Ya..saya. Doktor Azmi ke ni?

Doktor Azmi: Ya..saya.Begini puan.Berkenaan siasatan tentang kes tersebut, hasilnya kami mendapati ada seorang bayi yang dilahirkan di hospital kami yang mana ayahnya bernama Rahman dan anak beliau dilahirkan 2 jam sebelum Aiman dilahirkan.

Mak Aiman: Oh..begitu.Kalau begitu, apa tindakan pihak hospital selanjutnya?

Doktor Azmi: Kami akan cuba menghubungi beliau untuk meminta beliau tampil bersama anak yang dilahirkan pada hari tersebut untuk kami menjalankan ujian DNA bagi mengetahui sama ada anaknya itu merupakan anak kandung puan ataupun anak kandungnya.

Mak Aiman: Oh, begitu.Kalau macam tu, saya tunggu keputusan ujian tersebut ya doktor.

Doktor Azmi: Ok..sebarang maklumat nanti saya hubungi puan ok

Mak Aiman: Baik, doktor.

Pada waktu rehat, Aiman dan Adam bersembang di kelas 4 Umar.

Adam: Kenapa Cikgu Khairul Anwar nak jumpa hang tadi?

Aiman: Ada la..

Adam: Ala..janganlah berahsia.Hang ni suka sangat berahsia.

Aiman: Ok..ok.Cikgu minta cadangan aku untuk program lepasan PMR tahun ni.

Adam: Oh..memang patut pun.Hang kan pelajar cemerlang PMR.

Aiman: Yelah tu..

Kemudian tiba-tiba datang seorang pelajar tingkatan 3 bernama Yazid Imtiyaz telah menemui Aiman di kelas tersebut.

Aiman: Eh…Apa benda ni?

Yazid Imtiyaz: Hmm..ini daripada pelajar tingkatan 3 Ali.

Aiman: Ada apa dalam ni?

Yazid Imtiyaz: Ana pun tak tahu..anta tengoklah.Ana cuma tolong diorang serahkan benda ni pada anta.

Aiman: Oh..ok.Syukron jazilan ya akhi.

Yazid Imtiyaz: ‘Afwan..

Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: