Drama “Roda Kehidupan” – Episod 24

Semasa Aiman sedang berbual dengan Adam ,datang seorang pelajar tingkatan 3 bernama Yazid Imtiyaz sambil memberikan kepadanya plastik seperti sampul surat yang berisi kertas.

Adam: Apa benda tu?

Aiman: Entah…katanya ia daripada pelajar tingkatan 3 Ali.

Adam: Eh..banyaknya kertas dalam tu..Boleh aku tengok?

Aiman: Mana boleh..nampak tak di depannya tertulis “kepada Ahmad Aiman, kelas 4 Ali”.

Adam: Ok..hang tak mahu buka ke plastik tu?

Aiman: Nantilah dulu…buat apa nak tergesa-gesa..aku tahulah hang nak curi tengok kan.

Adam: Eh..tak adalah..pandai sungguh tuduh orang.

Aiman: Aku taklah menuduh hang..melawak sajalah..

Sejurus selepas itu, Aiman pun pulang ke kelasnya lalu membuka plastik berisi kertas yang banyak itu.Dia terfikir-fikir apakah motif permberian kertas yang banyak tersebut.Oh, rupanya ia merupakan cadangan-cadangan daripada pelajar kelas itu berkenaan program lepasan PMR nanti.

Namun, selepas Aiman meneliti satu persatu kertas tersebut, dia mula ternampak dan terbaca surat-surat yang mengutuknya.Antara kata-kata yang terkandung dalam surat tersebut ialah “kalau abang ingin tahu,sumbangan abang untuk kejayaan kami cuma 3%. Jadi bubarkan study group!”, “kalau abang mempunyai cadangan aktiviti lepasan PMR untuk kami,simpan dan lupakan sajalah cadangan tersebut. Kami sudah merancang hidup kami sendiri”, “kami para pelajar tingkatan 3 memang tidak suka pada kamu”, “jangan ganggu hidup kami pelajar tingkatan 3”, “Adakah terdapat senior pada tahun lepas mengadakan program study group ini untuk abang? Kenapa abang sibuk sangat nak adakan program tersebut untuk kami” dan “wei..jangan lalu depan kelas kami dah dan tak payah la jaga tepi kain orang”.

Aiman sememangnya tersentak membaca surat-surat yang jelas mengutuknya itu lantas dia keluar dari kelas menuju ke bilik kaunseling.Namun Cikgu Khairul Anwar sedang sibuk lalu dia terus ke bilik guru untuk berjumpa Ustaz Mohd Asri.

Ustaz Mohd Asri: Ish…teruk betul diorang ni.

Aiman: Saya pun tak sangka diorang akan kata sampai macam tu.

Ustaz Mohd Asri: Kan saya dah beritahu kamu..usahlah teruskan program study group tu.Diorang memang tak puas hati dengan kamu.

Aiman: Betullah ustaz..petang ni saya akan berikan sedikit penjelasan pada ahli kumpulan saya dan petang ni merupakan perjumpaan yang terakhir.

Ustaz Mohd Asri: Bagi saya satu surat tu.Kejap lagi saya masuk kelas mereka..tahulah saya nak cakap apa pada mereka.

Sekembalinya ke kelas, Aiman melihat sahabat-sahabatnya seolah-olah menunggunya.

Aiman: Kenapa dengan korang ni?

Amar: Apa yang sedang berlaku?

Aiman: Apa maksud hang? Aku tak faham..

Faiz: Ala…pasal kandungan plastik yang hang sedang pegang tu la.

Aiman: Eh…tak ada apa-apa la.

Amar: Janganlah berahsia dengan kami.Bagilah kami tengok.

Adam: Ya..kami teringin nak tahu apa yang ada dalam tu.

Afiq: Bukannya kami nak menyibuk atau apa, tetapi aku tengok hang pergi merata tempat sambil membawa plastik tu.

Aiman: Oklah..nah tengok dah nak tengok sangat.

Faiz: Marah ke?

Aiman: Taklah…

Amar : Astagfirullah Al ‘Azim.Kurang ajar betul budak-budak ni.

Faiz: Diorang ni dah hilang akal ke?Asyraaf pun terlibat sama ke ni?

Aiman: Tak..hanya sebahagian daripada diorang yang tulis surat kutukan tu.

Adam: Hang banyakkan bersabar ok.Kesian aku juga tengok hang ditimpa macam-macam ujian dan masalah.

Aiman: Terima kasih..

Afiq: Hang tak payahlah teruskan study group tu..orang macam diorang tu memang tak reti menghargai.

Aiman: Memang petang ini aku akan berikan sedikit penjelasan pada ahli kumpulan aku dan petang ni merupakan perjumpaan yang terakhir.

Amar: Bagus..bagus…

Selepas loceng berbunyi menandakan berakhinya waktu persekolahan, datang pelajar bernama Yazid Imtiyaz ke kelas Aiman.

Yazid Imtiyaz: Abang, betul ke Ustaz Mohd Asri marah pada ana juga?

Aiman: Marah?Kenapa ustaz nak marah anta pula?

Yazid Imtiyaz: Ana dengar tadi Ustaz Mohd Asri memang naik bengang dengan pelajar 3 Ali dan ada yang kata ustaz marah pada ana juga.

Aiman: Anta cuma tolong hantar plastik tu saja, jadi anta tak ada kena mengena dengan diorang.Jadi jangan risau ok.

Pada petang itu Aiman menjelaskan segala-galanya dengan panjang lebar tentang hakikat sebenar kepada ahli kumpulannya dan dia mengakhiri kata-katanya dengan mengucapkan selamat berjaya dalam PMR kepada ahli kumpulannya.

Keesokan harinya, Aiman sekali lagi pergi ke bilik kaunseling untuk berjumpa Cikgu Khairul Anwar.

Cikgu Khairul Anwar: Kenapa nak jumpa cikgu?Dah siap ke tugasan yang cikgu berikan tu?

Aiman: Hmm..belum.tapi saya nak tunjukkan sesuatu kepada cikgu.Ini dia..

Cikgu Khairul Anwar: Kenapa diorang sampai mengarut kata macam-macam pula ni?

Aiman: Entahlah, cikgu.Saya pun terkejut juga.Mungkin mereka fikir saya yang akan mengendalikan program lepasan PMR nanti.

Cikgu Khairul Anwar: Kalau kamu yang kendalikan pun memang baguslah..

Aiman: Tak..saya tak mahu mengendalikannya.Cukuplah diorang geram dengan saya.Nanti bertambah geramlah diorang dengan saya.

Cikgu Khairul Anwar: Ni ada sebahagian daripada pelajar kelas tu bagi terus pada cikgu.Ketua tingkatan kelas tu berikan pada cikgu pagi tadi.Kamu tapislah cadangan ni sama.

Aiman: Baik, cikgu.

Cikgu Khairul Anwar: Sebelum cikgu terlupa, tolong berikan pada saya nama pelajar-pelajar yang tulis surat kutukan tu.

Aiman: Entahlah..saya pun tak tahu.Tak payahlah cikgu ambil nama diorang..biar diorang tumpukan nak duduki peperiksaan percubaan tak lama lagi.

Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: