Drama “Roda Kehidupan” – Episod 27

Aiman berasa bersalah kerana dia telah menghampakan Ustaz Azwan yang mahu dia turut hadir ke bengkel para pelajar tingkatan 3 tersebut. Namun, pada masa yang sama dia tidak mahu membuatkan para pelajar tingkatan 3 tidak senang hati dengan kehadirannya. Pejam celik pejam celik akhirnya cuti persekolahan sudahpun berakhir.

Aiman: Assalamualaikum, cikgu. Saya nak serahkan rumusan daripada cadangan-cadangan para pelajar tingkatan 3 yang relevan dan sesuai berkenaan program lepasan PMR tu.

Cikgu Khairul Anwar: Waalaikumussalam. Ok, terima kasih.Bagaimana cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pelajar tingkatan 3 tu?

Aiman: Boleh tahanlah. Cuma majoriti cadangan daripada pelajar perempuan ialah cadangan berkenaan lawatan ke pelbagai tempat

Cikgu Khairul Anwar: Oh, begitu. Cikgu hendak tanya kamu ni. Kamu boleh tak beri ceramah kepada para pelajar tingkatan 3 berkenaan subjek Matematik Tambahan dalam program bernama Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan? Kamu kan ‘best student’ bagi subjek tersebut.

Aiman: Hmm.. Boleh tu Insya ALLAH memang boleh . Tetapi saya terfikir-fikir ramai dalam kalangan diorang akan kata saya cuba hendak mengganggu hidup diorang pula.

Cikgu Khairul Anwar: Kenapa kamu hendak peduli akan kata-kata diorang pula? Kita memang tidak boleh hidup tanpa orang mengata pada kita.

Aiman: Memanglah. Tetapi saya khuatir dengan adanya rasa tidak senang hati tu, ramai yang akan tidak hadir semasa Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan tu. Jadi apa gunanya kita adakan program tersebut.

Cikgu Khairul Anwar: Cikgu yakin ramai juga yang akan jadir ke program tersebut. Kalau ada yang berfikiran kolot seperti itu, itu hanya dari golongan minoriti.

Aiman: Kalau begitu saya bersetujulah untuk memberikan ceramah kepada diorang. Kalau saya ajak beberapa orang sahabat saya untuk menjadi fasilitator, boleh tak?

Cikgu Khairul Anwar: Boleh, tiada masalah. Nanti sekiranya ada apa-apa hal cikgu panggil kamu lagi ok.

Kemudian selepas itu Aiman pulang ke kelas dan mengajak Afiq dan Amran untuk menjadi fasilitator bagi program tersebut dan mereka berdua pun setuju.

Amar: Lepas satu..satu lagi.Sudah-sudahlah tu..buat apa nak bagi ceramah pada diorang pula pasal Matematik Tambahan pula?

Aiman: Cikgu Khairul Anwar la yang tanya aku.Aku pun setuju sajalah untuk tak menghampakan dia.

Amar: Takkan hang sudah lupa apa yang sudah berlaku antara hang dan pelajar tingkatan 3 tu?

Aiman: Memanglah aku tak lupa tetapi apa yang sudah berlalu biarkan sajalah…..

Lantas Aiman keluar dari kelasnya menuju ke bilik guru.

Amar: Aku pelik la dengan sikap Aiman tu..dah macam-macam jadi dia masih nak bagi ceramah pada budak-budak tu..

Faiz: Biarkan sajalah dia…dah itu yang dia mahu..sepatutnya kita sokong sajalah..

Amar: Aku tengok macam bagi dia semua tu tak pernah berlaku…

Faiz: Entahlah…aku pun tak tahu nak kata apa…

Di bilik guru Aiman berjumpa Ustaz Mohd Asri.

Ustaz Mohd Asri: Ha.. dah lama ustaz cari kamu. Kenapa kamu tidak datang jumpa ustaz?

Aiman: Saya minta maaf banyak-banyak, ustaz.Saya memang sibuk sampai tidak sempat untuk datang berjumpa ustaz.

Ustaz Mohd Asri: Oh, tidak mengapa. Ustaz faham.Bagaimana, kamu boleh tolong ustaz tak gubal kertas soalan peperiksaan Matematik Tingkatan 2 untuk peperiksaan akhir tahun nanti?Ini kira ustaz upah kamu la, bukan buat kerja kosong sahaja..

Aiman: Insya ALLAH, boleh. Tiada masalah. Eh.. tak payahlah upah. Ustaz pernah mendidik saya jadi ini merupakan peluang saya untuk membalas jasa ustaz pada saya. Boleh tak saya letak soalan selain daripada dua buku ini?

Ustaz Mohd Asri: Boleh, tiada masalah.Asalkan solan tersebut ada dalam sukatan Matematik Tingkatan 2.Kalau boleh tolong serahkan pada ustaz selewat-lewatnya hari Rabu nanti. Hal ini kerana ustaz perlu segera semak dan serahkannya kepada unit peperiksaan & penilaian.

Aiman: Baiklah, insya ALLAH..

Sementara itu Doktor Azmi telah menghubungi ayah Asyraaf iaitu Rahman supaya membawa anaknya yang juga merupakan kakak Asyraaf iaitu Asma’ ke hospital bagi menjalankan ujian DNA bagi mengetahui sama ada Asma’ merupakan anak kandung Rahman ataupun anak kandung Abu Bakar, ayah Aiman.

Encik Rahman: Bagaimana keputusan ujian DNA itu doktor?

Doktor Azmi: Keputusan ujian tersebut menunjukkan Asma’ bukan anak kandung tuan bahkan anak kandung tuan ialah seorang yang bernama Aiman yang mana ibu bapanya telah menjalankan ujian yang sama tak lama dahulu.Dan Asma’ pula merupakan anak kandung mereka yang sebenar.Insya ALLAH saya akan panggil mereka berdua untuk berjumpa encik dan isteri encik.Tetapi sebaiknya perkara ini dirahsiakan daripada pengetahuan Asma’.

Encik Rahman:Baik, doktor.

Mak Asyraaf iaitu Razazah terkejut mendengar apa yang diberitahu oleh suaminya bahawa Asma’ bukan anak kandung mereka bahkan Aiman yang merupakan anak kandung mereka.Doktor Azmi kemudiannya menghubungi ayah Aiman iaitu Abu Bakar.

Doktor Azmi: Assalamualaikum..encik.

Encik Abu Bakar: Wa’alaikumussalam..doktor.Ada apa-apa perkembangan ke tentang hal tersebut?

Doktor Azmi: Ya..kami telah berjaya menemui anak kandung tuan yang bernama Asma’ dan Aiman pula merupakan anak kandung kepada ibu bapanya.

Encik Abu Bakar: Alhamdulillah, baguslah kalau begitu.

Doktor Azmi: Jadi saya minta tuan bersama isteri untuk datang ke hospital esok bagi berjumpa Encik Rahman dan isterinya.

Encik Abu Bakar: Baiklah..doktor.Terima kasih..

Doktor Azmi: Sama-sama….

Keesokan harinya, ibu bapa Asyraaf hendak ke hospital untuk berjumpa Encik Abu Bakar dan isterinya.

Asyraaf: Mak dan Abah nak ke mana?

Encik Rahman: Mak dan Abah ada hal sikit.

Asma’: Kenapa abah masih tak jelaskan pada adik pasal kenapa kita ke hospital kelmarin?

Puan Razazah: Ala..nak check la sama ada kamu ada talasemia ataupun tak.Kan dulu ada ceramah pasal tu dan kamu kena la check.

Asma’: Oh..begitu..kenapa tak beritahu awal-awal?buat adik tertanya-tanya je.So apa keputusannya?

Encik Rahman: Doktor cakap kalau tiada panggilan daripada pihak hospital maka kamu normal la.

Bersambung……….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: