Drama “Roda Kehidupan” – Episod 32

Ketika Aiman sedang berjalan bersama Faiz pulang ke kelas mereka, kelihatan kelibat seorang pelajar tingkatan 3 berjalan ke arah mereka sambil membawa makanan.

Helmi: Abang Aiman..Abang Aiman….

Aiman: Ada apa?

Helmi: Ini makanan yang diberikan oleh para pelajar tingkatan 3 Ali untuk abang…..

Aiman: Hmm..tidak mengapalah.Berikan semula makanan ini pada diorang.Ana tidak layak menerima makanan ini selepas apa yang telah ana lakukan kepada para pelajar tingkatan 3.Dan yang paling penting ana tidak mahu menerimanya bukan kerana ana bencikan mereka……..

Helmi: Kalau tidak bencikan mereka maka ambil dan makan sajalah………

Helmi meletakkan makanan tersebut di atas meja di dalam kelas 4 Ali lantas pergi meninggalkan mereka.Aiman tidak menjamu selera makanan yang diberikan oleh pelajar tingkatan 3 Ali itu biarpun dia berasa agak lapar pada ketika itu.Dia membiarkan pelajar tingkatan 4 dari kelas lain mengambil dan makan makanan itu.

Faiz: Makan sajalah pemberian budak-budak tu..

Afiq: Entah-entah diorang letak racun dalam spageti tu.

Aiman: Ish..hang ni la..janganlah berfikiran negatif.Tak adalah diorang sampai kejam macam tu.

Amar: Manalah tahu kan…Afiq saja kata begitu..

Faiz: Eh..esok kan kita dapat tahu keputusan penuh peperiksaan akhir tahun.

Adam: Entah..agaknya begitulah.

Aiman: Risau juga dengan keputusan aku..

Afiq: Insya ALLAH keputusan hang mesti baik punya.

Aiman: Harap-harap begitulah…

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.Hari ini para pelajar akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun yang telah diduduki baru-baru ini. Aiman bersyukur ke hadrat ALLAH ‘Azza Wa Jalla kerana dia memperoleh keputusan 8A 1B 1C 1D dan menduduki tempat ke-7 dalam ‘ranking’ kelasnya.

Afiq: Wah.. tahniah atas kejayaan hang tu….

Aiman: Kejayaan? Keputusan aku yang agak teruk itu dikatakan berjaya?

Afiq: Eleh..merendah diri pula. Aku tabik hormat la pada hang kerana hang masih mampu memperoleh keputusan seperti itu walaupun tidak mengulangkaji pelajaran dengan banyak akibat gelora dugaan yang terpaksa hang hadapi..

Aiman: Apa-apa sajalah….

Amar: Tahniahlah sebab dapat markah 100 untuk Matematik Tambahan.

Aiman: Ala..dapat 100 pun sebab cara cikgu kira pun entah apa-apa..huhu…

Pada hari terakhir persekolahan,Aiman memanggil seorang pelajar Tingkatan 3 bernama Zakuan untuk menemuinya.

Aiman: Ana hendak minta tolong sikit.Anta ambil duit RM1 ini selain tolong berikan duit RM1 ini kepada Arif, Asyraaf,Izzat, Fahri dan Haziq.Masing-masing ada sebab tersendiri mengapa ana bagi.Tapi tolong beritahu diorang kata ada cikgu yang berikan duit raya pada diorang dan jangan sebut langsung nama ana ok…

Zakuan: Baik, abang.Apapun terima kasih atas duit yang diberikan…..

Aiman: Ala..RM1 saja.Sikit saja kan, bukan banyak pun….

Selepas itu datang Faiz dan Amar kepada Aiman sejurus selepas Zakuan pergi meninggalkannya.

Amar: So bagaimana hang jadi ke letak jawatan sebagai pengawas?

Aiman: Entahlah..aku belum buat keputusan lagi.Aku nak fikir semasa cuti sekolah nanti…

Faiz: Tak payahlah letak jawatan, Aiman.Susahlah kami kalau hang letak jawatan..

Aiman: Apa yang susahnya?

Faiz: Tak susah apanya..nanti pengawas tingkatan 5 lelaki cuma ada 5 orang sajalah..cikgu bukannya nak lantik pengawas baru untuk tingkatan 5..

Aiman: Tengoklah macam mana nanti…

Cuti persekolahan akhir tahun pun bermula.Aiman menghantar mesej kepada Asyraaf dan bertanya kepada Asyraaf sama ada Asyraaf mahu dia meletakkan jawatan sebagai pengawas sekolah ataupun tidak sebagai menunaikan janjinya itu.

“Assalamualaikum..sori la mengganggu anta.Ana nak tanya sikit pada anta ni.Ana pernah janji pada anta yg ana akan resign as pengawas kalau anta x jadi pengawas kan..so ana nak tanya anta nak ana resign pengawas ke x?”

Namun setelah hampir sebulan dia menunggu, Asyraaf masih tidak membalas mesejnya.

Arif: Risau juga aku keputusan PMR akan diumumkan tak lama lagi.

Asyraaf: Hmm..aku pun risau..dengar khabar keputusan akan diumumkan pada 30 Disember nanti.

Arif: Ye ke? Tak lama dah la tu…risaunya..bagaimana hang dengan Abang Aiman?

Asyraaf: Tak ok pun..hari tu dia tanya aku sama ada dia patut letak jawatan sebagai pengawas ke tak.

Arif: Kenapa dia tanya hang pula?

Asyraaf: Dulu Abang Aiman pernah berjanji dengan aku bahawa dia akan pastikan aku akan dilantik sebagai pengawas sekolah.Kalau dia gagal, dia akan letak jawatan sebagai pengawas.

Arif: La…Oh..so lepas tu apa hang jawab pada dia?

Asyraaf: Aku tak balas pun mesej dia..aku tak mahu Abang Aiman buat keputusan ikut aku..biar dia buat keputusan ikut kemahuan dia..

Arif: Macam-macalah korang ni..

Asyraaf: Ada pula orang beritahu aku bahawa Abang Aiman nak upah orang belasah aku.

Arif: Really? Huh..macam tak percaya aku mendengarnya..

Asyraaf: Tapi aku rasa aku tak percaya la….aku yakin Abang Aiman takkan tergamak dan kejam nak buat begitu pada aku.

Sementara itu Faiz menghubungi Aiman untuk mengetahui pendirian Aiman sama ada dia meletakkan jawatan sebagai pengawas ataupun tidak.

Faiz: Bagaimana keputusan hang?Hang tetap teruskan tugas hang ataupun hang nak meletakkan jawatan sebagai pengawas?

Aiman: Aku dah tanya Asyraaf tapi dia tak jawab…bila aku fikir balik demi markah merit kokurikulum aku tak jadilah letak jawatan..

Faiz: Alhamdulillah baguslah kalau macam tu..

Aiman: Aku rasa aku nak pegang jawatan bendahari la tahun depan..

Faiz: Hang pasti ke ni?Bukan mudah tugas bendahari..

Aiman: Aku bukannya bagi sumbangan apa sangat pun pada badan pengawas tahun ni so aku nak berubah la tahun depan.

Faiz: Oh..terpulanglah pada hang.Aku dan Amar dah berbincang nak tukar nama badan pengawas SMKA Ibnu Taimiyah kepada Jam’iyyatul Muraaqib SMKA Ibnu Taimiyah .

Aiman: Wow…hebat nama..dalam Bahasa Arab.. Jam’iyyatul Muraaqib bermaksud badan pengawas ek?

Faiz: Ya..kita kan belajar di sekolah agama so lebih baik namakan dalam Bahasa Arab.

Aiman: Ikut suka korang la..aku ikut saja…lagipun hang kan jadi ketua pengawas tahun depan.

Faiz: Amboi..sedap mulut cakap..aku dah beritahu cikgu kata aku tak mahu jadi ketua pengawas.

Aiman: Kenapa pula?Lepas tu siapa jadi ketua pengawas?

Faiz: Siapa lagi..Amar la..

Aiman: Oh..sorilah..aku pasti akan meletakkan jawatan sebagai pengawas kalau Amar jadi ketua pengawas.

Faiz: Kenapa pula?

Aiman: Hang faham-faham sajalah perangai dia..aku tak boleh bayangkan kalau dia jadi ketua pengawas….

Bersambung….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: