Drama “Roda Kehidupan” – Episod 33

Hari ini hari Selasa, tanggal 30 Disember 2008, pada hari ini keputusan PMR bakal diumumkan.Semua calon PMR pergi ke sekolah masing-masing bagi mengetahui keputusan yang mereka peroleh.

Asyraaf: Arif, bagaimana keputusan hang?

Arif: Alhamdulillah, aku dapat 9A. Syukur sangat ke hadrat ALLAH..hang pula bagaimana?

Asyraaf: Aku pun sama..alhamdulillah..memang gembira sangat.

Khairul: Tahniahlah kepada korang berdua sebab dapat 9A..

Asyraaf: Orang yang ucapkan tahniah ni dapat berapa A?

Khairul: Alhamdulillah aku pun dapat 9A juga.

Arif: Eh..cara dia cakap macam dia tak dapat 9A.

Sementara itu Aiman, Faiz, Amar, Adam dan Afiq berada di perpustakaan sedang mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Amar: Emm..hang tahu tak Asyraaf dapat berapa A?

Aiman: Entah….aku tak tahu..aku bukannya berhubung dengan dia pun sekarang ni.

Adam: Oh..yeke..bergaduh ke?

Aiman: Tak adalah…emm..aku nak call Teacher Amelia la nak tanya pasal keputusan PMR bagi sekolah kita.

Afiq: Ha..call jangan tak call….

Lantas Aiman pun menghubungi Teacher Amelia yang sedang sibuk membuat analisa keputusan PMR 2008.

Aiman: Assalamu’alaikum, teacher.Bagaimana dengan keputusan PMR sekolah kita?

Teacher Amelia: Wa’alaikumussalam..Seperti yang teacher jangkakan, bilangan calon yang dapat 9A berkurang..tahun ni 15 orang dapat 9A.

Aiman: 15 orang? Oh..berkurang seoranglah daripada tahun saya tahun lepas.Teacher tahu tak siapa 15 orang tu?

Teacher Amelia: Memang berkurang seorang..tapi calon tahun ini lebih kurang 170 orang berbanding tahun lepas 143 orang.Entah..teacher pun tak tahu siapa 15 orang tu.

Aiman: Nak buat macam mana kan..diorang dapat keputusan atas usaha yang diorang la.

Teacher Amelia: Buat perangai tak ketahuan sangat diorang tu.Tak mengapalah teacher dengan cikgu-cikgu sedang sibuk membuat analisa keputusan diorang ni.

Aiman: Oh..ok.maafkan saya la sebab mengganggu..

Teacher Amelia: Tak mengapa..

Selepas itu Teacher Amelia pun kembali meneruskan tugasnya membuat analisa keputusan PMR 2008.

Faiz: So bagaimana keputusan PMR sekolah kita?

Aiman: Teacher Amelia beritahu aku 15 orang dapat 9A.

Faiz: 15 orang je?Siapa 15 orang tu?Kurang seorang daripada tahun kita tahun lepas…diorang bukan ke pandai-pandai macam mana boleh kurang pula..

Aiman: Aku tak tahulah siapa 15 orang tu.Nantilah aku nak tanya diorang.

Amar: Sebab perangai diorang yang kurang ajar la punca keputusan tu merosot.

Aiman: Apa yang hang cakap ni pula?

Amar: Buat tanya pula..hang ni takkan dah lupa apa yang diorang dah buat pada hang..

Aiman: Ala…bukan semua daripada pelajar tingkatan 3 yang buat perangai pun..hanya segelintir kecil saja.

Sejurus selepas itu, Aiman menghantar mesej kepada seorang pelajar tingkatan 3 bernama Khairul.

Aiman: Assalamu’alaikum..macam mana result?

Khairul: Wa’alaikumussalam..Alhamdulillah ana dapat 9A.Abang mesti nak tahu result Asyraaf kan..dia pun dapat 9A juga..

Aiman: Betul ke? Alhamdulillah baguslah tu..siapa lagi yang dapat 9A?

Khairul: Yang saya tahu Asyraaf, Arif, Farhan, Fikri dan Raimi.

Aiman: Oh…ok…thanks for the information..apapun tahniahlah atas kejayaan anta tu..

Khairul: Terima kasih banyak-banyak..ana juga nak ucapkan terima kasih pada anta atas segala tunjuk ajar anta pada ana selama ni..ia turut membantu ana dapat capai kejayaan ni.

Aiman: Sama-sama..

Selepas menghubungi Khairul,Aiman tersenyum keseorangan menyebabkan sahabat-sahabatnya hairan akan kelakuannya.

Adam: Kenapa hang ni sampai tersenyum keseorangan ni ha?

Aiman: Aku baru tanya seorang pelajar tingkatan 3 bernama Khairul.

Amar: Oh..so apa katanya?

Aiman: Dia dapat 9A..begitu juga Asyraaf, Arif, Farhan, Fikri dan Raimi.

Afiq: Oh…patutlah kawan kita ni tersenyum rupanya adik dia dapat 9A.

Adam: Tu la..ingatkan teringat akan gadis yang dia jatuh hati tu…haha..

Aiman: Ish..apalah yang korang cakap ni ha.

Sepulangnya ke rumah, Aiman berasa hairan melihat riak wajah emaknya yang tersenyum sambil memandangnya.

Aiman: Kenapa Aiman tengok mak lain macam saja?

Mak Aiman: Aiman mesti gembira kan Asyraaf dapat 9A..

Aiman: Eh..macam mana mak tahu Asyraaf dapat 9A?Memang Aiman gembira sangat pun dia dapat 9A..

Mak Aiman: Ala..kalau Aiman nak tahu, mak kenallah ibu bapa Asyraaf.

Aiman: La..mak kenal ke ibu bapa Asyraaf?Kenapa tak beritahu?

Mak Aiman: Sajalah mak tak beritahu..mak nak ke rumah Asyraaf lepas solat Asar kejap lagi, nak ikut tak?

Aiman: Err…tengoklah dulu..

Mak Aiman: Eh..kenapanya macam berat saja nak ikut?Takkan tak mahu jumpa Asyraaf?

Aiman: Bukannya tak mahu..tapi….

Mak Aiman: Tapi apa?

Aiman: Aiman dah lama tak berhubung dengan dia..

Mak Aiman: Kenapa?Aiman bergaduh dengan Asyraaf ke?

Aiman: Taklah…ada la sebab-sebab lain..

Mak Aiman: Berahsia betul anak mak ni..

Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: