Drama “Roda Kehidupan” – Episod 36

Asyraaf sedang duduk di pondok berdekatan Surau Al-Falah semasa waktu rehat.Khairul yang sedang berjalan ke kantin sekolah ternampak kelibat Asyraaf di situ.

Khairul: Kenapa ni Asyraaf?Ada apa-apa masalah ke?Boleh aku bantu?

Asyraaf: Entahlah..aku pun tak tahu nak kata.Aku rasa macam agak tertekan atas kata-kata orang pada aku.

Khairul Beginilah Asyraaf..aku nak bagi sedikit nasihat pada hang..nak dengar tak?

Asyraaf: Bagi sajalah..aku amat menghargainya..

Khairul: Sebenarnya kata-kata dan kritikan orang yang menyakitkan hati kita itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita, yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang kita diduduki, maka akan semakin pedas pula kata-kata dan kritikan itu.Kita harus bersikap laksana batu karang, ia tetap kukuh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran ombak yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya…

Asyraaf: Oh..begitu…tapi kenapalah ada orang tak puas hati dengan aku?

Khairul: Asyraaf, kalau kita kita ingin diterima oleh semua pihak, dicintai oleh semua orang dan terhindar dari celaan, beerti kita telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan…

Asyraaf: Oh..terima kasih banyak-banyak atas nasihat hang tu..ia amat berguna untuk aku.

Khairul: Sama-sama..dah aku kawan hang mestilah kena tolong..a friend in need is a friend indeed..

Selepas itu Asyraaf ternampak Aiman yang berjalan di hadapan pondok yang sedang dia duduki.

Asyraaf: Abang Aiman.Abang Aiman..

Aiman: Hmm…ada apa, Asyraaf?

Asyraaf: Err…anta free tak sekarang ni?

Aiman: Maafkan ana..ana ada hal sikit ni..nak kena pergi ke bilik guru untuk berjumpa Teacher Amelia..Assalamu’alaikum..

Asyraaf: Emm..okey.Wa’alaikumussalam..

Selepas itu Aiman terus berjalan laju meninggalkan Asyraaf.

Khairul: Berdasarkan pemerhatian aku la, Abang Aiman tu macam nak mengelak dari hang.

Asyraaf: Entahlah…kenapa Abang Aiman sanggup buat macam tu..sedangkan aku tak mahu dia jauhkan diri dari aku..

Khairul: Fikiran orang bukannya sama..nak buat macam mana kan..kalau dah Abang Aiman nak jauhkan diri dari hang..hang biarkan sajalah…tak payahlah pedulikan dia dah..

Asyraaf: Cakap mudah la tapi nak buat tu susah…

Kini keputusan permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh telah dikeluarkan dan Khairul mendapat tawaran untuk ke Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS).

Aiman: Tahniahlah sebab anta dapat tawaran ke KISAS..

Khairul: Terima kasih..tapi bagaimana anta tahu?

Aiman: Ala..ana check dalam internet di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia..ana tahu angka giliran pelajar sekolah kita so ana check la seorang demi seorang..

Khairul: Oh..begitu..pandai ye abang buat macam tu..hehe..

Aiman: Sajalah nak tahu..so anta terima ke tawaran tu?

Khairul: Entahlah..ana pun tak tahulah..rasa berbelah bahagi sama ada patut terima ataupun tak.Rasa sayang juga nak tinggalkan sekolah ni..ana nak minta nasihat anta boleh tak pasal ni?

Aiman: Boleh…Nasihat ana agak panjang ni.

Khairul: Tak mengapalah..lagi panjang lagi bagus..

Aiman: Apabila kita pergi ke sekolah baru, kita akan hadapi dua kejutan budaya.Pertama keadaan sekeliling dan kedua sistem pembelajaran di sana.Hakikatnya semua orang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan berlalunya masa namun tak semua orang boleh menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di sekolah baru apatah lagi sekolah itu lebih memerlukan pelajar itu berdikari dan tidak begitu bergantung pada guru.Yang paling penting sesungguhnya kejayaan seseorang pelajar tak bergantung pada sekolah tetapi bergantung pada usaha kita..sekolah cuma dapat mempengaruhi kita saja..

Khairul: Emm..betul kata anta tu..ana setuju 100%..tapi mak ana suruh ana pergi ke sekolah tu walaupun hati ana terasa berat untuk tinggalkan SMKA Ibnu Taimiyah..

Aiman: Itu anta kena pandai-pandai cuba fahamkan mak anta la..kalau kita belajar di sekolah paling teruk di dunia sekalipun kita masih tetap boleh berjaya tetapi kalau kita belajar di sekolah yang paling bagus di dunia sekalipun belum tentu kita akan berjaya tanpa usaha yang gigih.

Khairul: Ana sokong 120% kata-kata anta tu..huhu..

Keesokan harinya Aiman menerima mesej daripada mak Khairul yang membuatkan dia terkejut atas apa yang dikatakan oleh mak Khairul.

Mak Khairul: Tahniah kerana anta telah berjaya mempengaruhi Khairul..sebenarnya ibu bapa mahukan sesuatu yang baru untuk anak mereka..apapun terima kasih sebab memberikan gambaran awal kepadanya sebelum kami.

Aiman: Hmmm..saya tak berniat nak mempengaruhi dia sebaliknya saya cuma memberikan nasihat kepadanya dalam dia membuat keputusan yang terbaik demi masa depannya.

Mak Khairul: Tapi sebagai ibu bapanya, kami mahukan sesuatu yang baru buat Khairul.Kami tak mahu dunia dia hanya sekolah, tuisyen dan rumah sahaja.Biar dia mendapat pengalaman baru dengan berpindah ke KISAS.

Aiman: Saya faham akan kemahuan mak cik sebagai emaknya.Tapi mak cik pun kenalah cuba memahami Khairul akan apa yang dia mahukan.Sebab bagi saya dia lebih mengetahui apa yang terbaik buatnya.Memanglah dengan pergi ke KISAS dia akan mendapat pengalaman baru tetapi manalah tahu disebabkan dia pergi bukan sebab kemahuan dia, dia tak dapat menyesuaikan diri di sana.Kalau dia memang mahu pergi ke sana tak ada masalah..

Mak Khairul: Terima kasihlah atas nasihat anta pada Khairul..tetapi ingatlah ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya..salam..

Ketika Aiman sedang dalam perjalanan ke sekolah semasa hari cuti kerana ada kelas tambahan Biologi, dia menerima mesej daripada seorang pelajar tingkatan 4 bernama Haziq.

Haziq: Seronok tak kena marah dengan ibu bapa Khairul? Tu la hang..tak ada kerja lain..suka sangat sibuk dengan urusan orang lain..padan muka..

Aiman: Ana tak kisah kena marah ataupun apa saja asalkan apa yang ana buat tu betul…

Haziq kemudiannya tidak membalas mesej Aiman.Keesokan harinya di kelas 5 Ali, sahabat-sahabat Aiman bersembang tentangnya.

Adam: Wei..Aku kesian la juga pada Aiman sebab macam-macam benda jadi pada dia.Baru hari pertama sekolah dah timbul masalah folio kimia dia hilang.

Afiq: Banyak sungguh ujian yang menimpa dia..tapi orang kata sesungguhnya orang yang paling banyak diuji dan diduga ni memang sangat cekal dan tabah..

Faiz: Memang pun..aku tengok dia memang cekal dan tabah menghadapi gelora kehidupan.

Amar: Aku memang respect dan admire la pada dia..

Kemudian Aiman pun sampai di kelasnya.

Amar: Ha..dah sampai pun ‘the ordinary guy’ ni..

Aiman: ‘Ordinary guy’? Apa benda pula ni?

Amar: Ala..buat tanya pula.Kan dalam Friendster hang guna nama ‘Ordinary Guy’ begitu juga di blog hang.

Aiman: Hmm..macam-macam..Korang tengah sembang pasal apa ni?

Adam: Kami tengah bersembang pasal hang la..

Aiman: Sembang pasal aku?Mengutuk aku ke?

Amar: Taklah… Hmm.. Aku memang respect dan admire la pada hang sebab tetap tabah dan cool walaupun pelbagai dugaan menimpa hang..

Aiman: Kita memang kena tabahlah menghadapi dugaan dan ujian kehidupan kalau tak kita dikira gagallah dengan ujian yang ALLAH berikan pada kita.

Faiz: Ada seorang pelajar tingkatan 4 ni kata pada aku yang dia dah pun berbaik dengan semua pelajar tingkatan 5 kecuali seorang iaitu hang, Aiman…

Aiman: Aku tahu dia tu Haziq kan?\

Faiz: Pandai teka nampak..aku harap hang boleh muhasabah diri kenapa dia kata dia tak boleh nak berbaik dengan hang..

Aiman: Ok..aku akan cuba muhasabah diri aku..rasanya aku nak jumpa dia la kejap lagi semasa rehat..tapi hari tu dia ada mengutuk aku lepas mak Khairul hantar mesej pada aku..

Adam: Mak Khairul? Khairul mana pula ni?

Aiman: Khairul pelajar tingkatan 4 itulah..yang dapat 9A tu..dia dapat tawaran ke KISAS dan minta nasihat aku dan aku pun bagilah..lepas tu mak dia hantar mesej pada aku yang nampaknya berbunyi sindiran.

Amar: Berbunyi sindiran?Macam mana tu?

Aiman: Mak dia kata tahniah sebab aku berjaya mempengaruhi Khairul supaya tak pergi ke KISAS.Padahal setahu aku akhirnya Khairul terima juga tawaran ke KISAS walaupun dia pernah kata pada aku bahawa dia mahu stay di sini saja.

Faiz: Mungkin dia pergi ke sana sebab mak dia suruh agaknya..

Aiman: Entahlah..aku pun tak tahu nak kata..

Bersambung…….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: