Drama “Roda Kehidupan” – Episod 39

Aiman berasa amat terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Zahid.Oleh sebab itu, dia menjadi leka ketika melintas jalan.Malang tidak berbau, sebuah kereta yang memandu laju datang dan melanggarnya.Asyraaf yang sedang duduk di pondok hadapan sekolah dan pelajar-pelajar yang berada di hadapan kawasan sekolah terkejut melihat kejadian itu sementara Zahid hairan kerana Aiman tidak berkata apa-apa selepas dia memberitahu hal sebenar kepada Aiman.

Lantaran itu,Aiman dikejarkan ke Hospital Umar Abdul Aziz.Sahabat-sahabat Aiman sememangnya terkejut mendengar berita tersebut.Di Hospital Umar Abdul Aziz, Asyraaf mendapati ibu bapanya turut datang ke hospital sejurus selepas berita tersebut tersebar.

Asyraaf: Eh…Mak buat apa di sini?

Mak Asyraaf: Hmmm..Mak dengar kata Abang Aiman ditimpa kemalangan.Tu yang mak datang.

Asyraaf: Rajinnya mak datang….

Kemudian datang Amar, Faiz, Afiq dan Adam ke hospital setelah mendapat tahu berita tersebut.Amar yang ternampak Asyraaf terus pergi kepadanya lantas dia menarik baju Asyraaf dan ingin menumbuknya.

Amar: Hang ni tak habis-habis membawa sial kepada orang lain..tak reti ke nak jauhkan diri hang tu daripada Aiman.Hang tu cuma memberikan kepada dia masalah dan suka mengambil kesempatan ke atasnya.Pembawa sial!!!

Faiz: Amar,sabarlah sikit.Kita berada di hospital jadi janganlah timbulkan kekecohan pula di sini.

Mak Asyraaf: Apa nama kamu, Amar ek? Janganlah menuduh orang sesuka hati..fikirlah perasaan orang lain sama.Kamu takkan kata begitu pada Asyraaf kalau kamu tahu hal yang sebenar.

Amar: Hal sebenar?Apa bendanya, mak cik?

Asyraaf: Hal sebenarnya apa ni mak?

Mak Aiman: Sebenarnya Asyraaf merupakan adik kandung Aiman.Kamu kena tahu tu..

Asyraaf: Apa?Apa yang mak cakap ni?Asyraaf tak faham….

Asyraaf berasa bingung dengan apa yang diberitahu oleh emaknya bahawa Aiman merupakan abang kandungnya.

Mak Asyraaf: Mak minta maaf, Asyraaf.Sebab mak rahsiakan hal ini daripada pengetahuan kamu.Abang Aiman memang merupakan anak kandung mak dan abang kandung kamu.

Asyraaf: Mak dah tahu perkara ini lama la dan rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Asyraaf.Kenapa mak tak beritahu dari dulu lagi?

Mak Asyraaf: Mak rasa belum tiba masanya untuk kamu tahu.

Asyraaf: Mak rasa masanya tiba apabila Abang Aiman ditimpa kemalangan?Asyraaf kecewa sangat…

Asyraaf kemudiannya lari meninggalkan tempat tersebut dan emaknya memanggil-manggilnya tetapi dia tidak mengendahkannya.

Ayah Asyraaf: Biarkan dia pergi.Dia sudah semestinya terkejut dan perlukan masa untuk tenangkan diri.

Amar: Tak sangka Asyraaf merupakan adik kandung Aiman…

Faiz: Itulah..aku pun macam tak percaya saja.Mak cik, Aiman dah tahu ke tentang hal ini?

Mak Asyraaf: Belum lagi….

Adam: Bagaimana Aiman boleh jadi abang kandung Asryaaf pula?

Ayah Asyraaf: Sebenarnya Asma’ dan Aiman dilahirkan pada hari dan masa yang hampir dan perbezaan waktu hanya lebih kurang 2 jam.Asma’ dilahirkan pada pukul 9.30 malam manakala Aiman pula dilahirkan pada pukul 11.45 malam.Namun akibat kecuaian jururawat mereka berdua telah tertukar dan Asma’ dikatakan anak kami.

Afiq: Oh..begitu..tapi bagaimana pula hal ini boleh terbongkar?

Mak Aiman: Dulu kan Ayah Aiman ditimpa kemalangan dan kehilangan banyak darah.Oleh sebab itu Aiman merelakan diri untuk mendermakan darahnya pada ayahnya tapi doktor mendapati DNA Aiman berbeza dengan ayahnya.Dari situlah mulanya terbongkar kebenaran.

Afiq: Oh, begitu rupanya.

Asyraaf pula sedang termenung di pondok berdekatan kantin hospital.Dia ditakdirkan bertemu dengan Khairul yang kebetulan pergi ke hospital untuk melawat kawan ayahnya yang masuk hospital.

Khairul: Eh..Asyraaf.Apa hang buat di sini?Kenapa hang sedih ni?

Asyraaf: Hang tahu tak Abang Aiman tu abang kandung aku..

Khairul: Apa??Macam mana boleh jadi macam tu pula?Pelik tetapi benar…

Asyraaf: Entahlah.. aku pun tak tahu.. mak aku tak jelaskan lagi tentang itu.

Khairul: Huh..tak sangka ya abang angkat rupanya abang kandung..

Asryaaf: Aku macam tak percaya saja…tapi nak buat macam mana tapi itulah hakikatnya.Tapi yang sedihnya aku mengetahui kebenaran apabila Abang Aiman ditimpa kemalangan.

Khairul: Jadi Abang Aiman la yang ditimpa kemalangan depan sekolah tadi?

Asyraaf: Ya…

Selepas itu Asyraaf pun kembali ke wad kecemasan.

Mak Asyraaf: Mak minta maaf banyak-banyak sebab rahsiakan hal tu daripada Asyraaf.

Asyraaf: Tak mengapalah, mak.Asyraaf tahu mak buat semua ni mesti ada sebabnya.

Mak Asyraaf: Asyraaf juga kena tahu bahawa Kak Asma’ bukannya kakak kandung Asyraaf.

Asyraaf: Apa?Biar betul….

Mak Asyraaf: Sebenarnya Kak Asma’ dan Abang Aiman dilahirkan pada masa yang hampir dan akibat kecuaian jururawat mereka berdua telah tertukar.

Asyraaf: Oh…begitu rupanya.

Beberapa minit kemudian, Doktor Azmi keluar dari bilik kecemasan.

Asyraaf: Doktor, bagaimana dengan keadaan abang saya?

Doktor Azmi: Keadaannya boleh dikatakan masih kritikal dan dia masih lagi koma.

Mak Asyraaf: Bagaimana harapan untuk anak saya selamat, doktor?

Doktor Azmi: Yang itu saya tak berani kata apa-apa..berdoa sajalah pada ALLAH Yang Maha Berkuasa atas segalanya..anak puan kami akan pindahkan ke wad ICU..

Asyraaf: Boleh tak saya tengok abang saya, doktor?

Doktor Azmi: Boleh..tapi hanya ahli keluarganya sahaja yang boleh masuk melawatnya buat masa ini..

Bersambung….

One Response to “Drama “Roda Kehidupan” – Episod 39”

  1. muhammad siraj Says:

    theme ni lbih smart dri yg dlu

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: