Drama “Roda Kehidupan” – Episod Akhir

Selepas Aiman dibawa ke wad ICU, Asyraaf pun masuk ke bilik berkenaan untuk melihat keadaannya.

Asyraaf: Abang….bangunlah abang…adik tak mahulah abang terus macam ini.
Mak Asyraaf: Sabarlah Asyraaf..kita berdoa saja pada ALLAH agar Abang Aiman cepat sedar.
Asyraaf: Abang Aiman…cepatlah sedar…kalau abang sayangkan adik, tolonglah cepat sedar.

Sementara itu, Amar dan Faiz berada di luar bilik wad sedang memerhatikan saja Asyraaf dan Aiman dari luar.

Amar: Aku rasa macam nak menitiskan airmata saja tengok mereka berdua.
Faiz: Kenapa pula?
Amar: Yalah..selama ni aku seringkali sakitkan hati Aiman berkenaan Asyraaf padahal rupanya Asyraaf tu adik kandungnya.Aku rasa bersalah sangat dengan mereka berdua.
Faiz: Diorang tak berdendamlah dengan hang..so hang tak payahlah berasa bersalah.

Selepas itu apabila Asyraaf keluar dari bilik Aiman ditempatkan, kelihatan Zahid turut berada di situ.

Zahid: Sebenarnya aku yang beritahu Aiman pasal korang adik beradik kandung tu..
Asyraaf: Siapa ni?Saya tak kenallah…
Zahid: Aku Zahid..aku yang menghubungi Aiman dan memberitahunya sebelum dia ditimpa kemalangan tengah hari tadi..
Asyraaf: Jadi abang la yang call Abang Aiman sebelum dia ditimpa kemalangan.
Zahid: Aku rasa bersalah dengan dia sebab akulah dia ditimpa kemalangan.
Asyraaf: Tak..bukan salah abang..memang ditakdirkan Abang Aiman ditimpa kemalangan..

Pada malam itu, Aiman pun sedarkan diri, dia mendapati Asyraaf tidur dipangkuannya sementara ibu bapanya berada di luar sedang bersembang dengan ibu bapa kandungnya.Asyraaf pun terbangun akibat pergerakan tangan Aiman.Namun keadaan Aiman masih agak kritikal.

Asyraaf: Alhamdulillah..baguslah abang dah sedar..adik gembira sangat..adik risau sangat kalau apa-apa jadi pada abang.Adik gembira sangat anta sebenarnya abang kandung adik..

Aiman tersenyum menandakan dia turut gembira.Kemudian ibu bapa Asyraaf pun datang.

Ayah Asyraaf: Asyraaf, jom balik ke rumah.Esok Asyraaf kena pergi ke sekolah.Alhamdulillah, Aiman dah sedar……
Mak Asyraaf: Alhamdulillah..syukur..
Asyraaf: Tapi Asyraaf nak jaga abang..
Ayah Asyraaf: Abang mesti nak adik pergi ke sekolah juga..

Aiman mengangguk tanda setuju akan kata-kata ayahnya.

Asyraaf: Oklah..oklah..tapi balik sekolah esok adik nak jaga abang ok.
Mak Asyraaf: Boleh..tak ada masalah…

Kemudian Asyraaf mengucup dahi Aiman yang membuatkan Aiman terharu.Selepas itu Asyraaf pun balik bersama ayahnya manakala emaknya tinggal di hospital untuk menjaga Aiman.Aiman berasa gembira sambil berdoa,

“Ya ALLAH, hamba-MU ini sangat gembira kerana apa yang aku harapkan selama ini menjadi kenyataan..aku tahu Ya ALLAH Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas segalanya”

Keesokan paginya, Aiman berasa sesak nafas dan hal tersebut menyebabkan emaknya memanggil doktor.Namun apabila ajal telah tiba, mahu ataupun tidak kita akan kembali kepada ALLAH.Aiman sempat mengucap “La Ilaha Illa ALLAH” sebelum dia menghebuskan nafas yang terakhir.

Ibu bapanya sedih sambil mengalirkan airmata atas pemergiannya namun mereka redha dan menerima takdir ALLAH.Ibu bapanya kemudiannya pergi ke sekolah dan berjumpa Ustaz Mohd Asri untuk memaklumkan berita sedih itu yang mana kebetulan perhimpunan harian sedang berjalan di Sekolah Menengh Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah.

Berita tersebut kemudiannya disampaikan oleh penolong kanan HEM yang sedang menyampaikan ucapan.Rata-rata warga sekolah terkejut dan sedih mendengar berita kematian Aiman itu.Asyraaf dilihat orang yang paling sedih mendengar berita pemergian abang kandungnya itu sehinggakan berlinangan airmatanya kerana kesedihannya tidak dapat ditahan lagi.Lalu dia lari pergi ke arah ibu bapanya yang dilihatnya berada di sekolah.

Asyraaf: Mak…Abang Aiman masih hidup kan..kan..
Ayah Asyraaf: Asyraaf..bersabarlah..hidup dan mati kita di Tangan ALLAH.Setiap yang hidup pasti akan menemui mati.DIA yang menentukan segalanya.Asyraaf kena terima ketentuan-NYA..
Asyraaf: Asyraaf bukannya tak boleh terima tetapi Asyraaf baru saja tahu Abang Aiman tu abang kandung Asyraaf…tengok-tengok Abang Aiman dah meninggal dunia..
Mak Asyraaf: Tak mengapalah..apa kita boleh buat..kita menangis airmata darah sekalipun takkan dapat hidupkan kembali Abang Aiman.Asyraaf pergilah balik kelas ambil beg dan jom balik.

Di kelas 5 Ali pula, berita pemergian Aiman disebut-sebut dalam kalangan pelajar kelas tersebut,

Faiz: Aku macam tak percaya bahawa Aiman sudah pergi meninggalkan kita.
Amar: Aku pun…Kita dikejutkan dengan dua perkara dalam tempoh dua hari berturut-turut.Semalam kita terkejut mendapat tahu bahawa Asyraaf merupakan adik kandungnya.Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergiannya pula.
Adam: Semoga rohnya sentiasa berada dalam rahmat ALLAH dan tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.
Afiq: Insya ALLAH..jom aku nak pergi jumpa Asyraaf ni.
Amar: Jom..aku pun nak jumpa dia.

Lantas mereka pun pergi ke kelas 4 Ali untuk bertemu dengan Asyraaf.

Afiq: Ana nak ucapkan takziah la atas pemergian abang anta…banyak-banyakkan bersabar ya.
Asyraaf: Insya ALLAH..terima kasih..
Amar: Aku nak minta maaf kerana dah menuduh hang dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Asyraaf: Tak mengapalah..ana tak kisah..macam arwah Abang Aiman kata, just let by gone be by gone.
Faiz: Kami juga nak ucapkan takziah atas pemergian abang anta tu.Bersabarlah ya.Mesti ada hikmah disebalik yang berlaku.
Asyraaf: Terima kasih.ana minta diri dulu..ana nak balik rumah dah ni dengan ibu bapa ana.
Adam: Ok…

Pemergian Aiman secara mengejut itu seolah-olah telah memberikan satu kesedaran kepada orang yang memusuhinya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.Bagi Adi pula, dia kesal atas apa yang telah dia lakukan pada Aiman tempoh hari dan pemergian Aiman telah mengingatkannya akan kata-kata Aiman kepadanya iaitu “Study comes first before love” dan dia akan terus mengingati kata-kata tersebut selain bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Di tanah perkuburan Islam Mukim Jejawi, Hazwan, Hakimi dan kawan-kawannya menziarahi kubur Aiman.Zahid turut berada di situ.

Hazwan: Aiman, walaupun hang sudah meninggal dunia..kami harap hang dengar apa yang kami cakap ni..kami minta sangat-sangat pada hang agar maafkan segala kesalahan kami.
Zahid: Korang ni ada buat salah pada Aiman juga ke?Aku pun sama..akulah punca kematian Aiman..kalau aku tak hubungi dia tentu dia takkan ditimpa kemalangan dan meninggal dunia.

Kebetulan Asyraaf pergi ke sana dan terdengar apa yang dikatakan oleh mereka.

Asyraaf: Antum tak perlulah minta maaf pada Arwah Abang Aiman..takkan anta tak tahu Abang Aiman pernah kata bagi dia tak ada sesiapapun dalam dunia ni ada buat salah padanya so tak ada sesiapa pun dalam dunia ni perlu minta maaf padanya.Yang penting antum berubah la ke arah positif…
Zahid: Betul ke dia pernah kata macam tu?Baiknya dia…..macam insan yang sempurna..
Hakimi: Betul tu…
Asyraaf: Antum kena tau la tak ada insan yang sempurna..setiap insan ada kelebihan dn kekurangannya yang tersendiri…
Hazwan: Hmmmm….Adiknya baik macam dia juga….

Bagi Asyraaf, kenangannya bersama insan bernama Ahmad Aiman Bin Rahman yang hakikatnya merupakan abang kandungnya tidak akan dilupakan selamanya.Malah dia ingin mencoretkan sebuah catatan kehidupan Aiman.

Apabila Asyraaf mengenangkan kisah suka duka yang Aiman lalui sepanjang kehidupannya, dia mengerti bahawa suka duka dalam kehidupan sebenarnya mewarnai kehidupan kita di dunia ini. Dia juga faham kehidupan di dunia ini ibarat roda.Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang berada di bawah.Begitulah putaran sebuah roda kehidupan………

:: TAMAT ::

7 Responses to “Drama “Roda Kehidupan” – Episod Akhir”

  1. emm..menarik?
    hehehe..thanks a zillion.
    ajak la kawan2 baca juga..haha.

  2. syahirah Says:

    dah habes bce🙂
    menarik!
    teruskan usaha anda!

  3. emm…
    Watak tu tak wujud dlm siri pertama la.
    dah x baca nak tanya je.
    hahahaha..

  4. alia apa cita??apa jdi kt aliya 2?

  5. Yang pentingnya apa yang baik jadikan contoh, yang tak baik jadikan pengajaran =)

  6. lily92_ Says:

    Sdihnya pnutup crita ni….:( Tp Aiman mmg insan yg mulia…=)

  7. muhammad siraj Says:

    ana sdey n trharu sgt tntang drama ney….

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: