Solat Tarawikh Seperti Nabi SAW

Oleh : Nawawi Bin Subandi

Setiap amal ibadah yang dilakukan benar-benar berpandukan kepada sumbernya dan mengharap keredhaan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala akan sentiasa menjadi mudah.

Di dalam catatan ringkas ini, penulis cuba membawakan bagaimana melaksanakan solat tarawikh (qiyam ramadhan/solat malam di bulan ramadhan) yang bertepatan dengan sumber as-Sunnah yang sahih.

Definisi Solat Sunnah Tarawikh:

Solat Sunnah Tarawikh adalah merujuk kepada solat sunnah di malam hari yang dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan. Ia dilaksanakan di antara setelah selesainya solat fardhu Isya’ (bersama solat sunnah selepas Isya’) dan sebelum masuknya waktu Subuh.

Tuntutan Melaksanakan Solat Sunnah Tarawikh:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksud: Daripada Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Sesiapa yang mengerjakan Qiyam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang lepas-lepas. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Solat Tarawikh, 7/134, no. 1870)

Penjelasan as-Sunnah Berkenaan Solat Tarawikh Nabi:

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي

Maksud: Daripada Abi Salamah B. ‘Abdirrahman, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

(Beliau bertanya) Bagaimananakah solat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika di bulan Ramadhan?

(‘Aisyah menjawab) Apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sama ada di bulan Ramadhan mahu pun di bulan-bulan selainnya, beliau tidak pernah solat malam melebihi sebelas raka’at. Beliau solat empat raka’at, jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya. Kemudian beliau solat lagi empat raka’at, jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya. Kemudian beliau menutup dengan tiga raka’at solat (witr). Aku bertanya (kepada Rasulullah): Wahai Rasulullah, adakah engkau tidur terlebih dahulu sebelum melaksanakan solat witir?

Rasulullah menjawab: Wahai ‘Aisyah, mata aku tidur, tetapi hati aku tetap berjaga. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Solat Tarawikh, Bab: Kebaikan Ramadhan, 7/138, no. 1874)

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال : صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في شهر رمضان ثمان ركعات وأوتر ، فلما كانت القابلة اجتمعنا في المسجد ورجونا أن يخرج ، فلم نزل فيه حتى أصبحنا ، ثم دخلنا ، فقلنا يا رسول الله ، اجتمعنا البارحة في المسجد ، ورجونا أن تصلي بنا ، فقال : إني خشيت أن يكتب عليكم

Maksud: Dari Jabir B. Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersolat bersama-sama kami di bulan Ramadhan sebanyak lapan raka’at lalu beliau melaksananakan (solat) witir. Pada malam seterusnya (keesokkannya), kami pun berkumpul di masjid sambil berharap (menunggu) beliau akan keluar ke masjid. Kami terus setia menanti beliau di masjid sehingga datang waktu fajar. Kemudian kami pun menemui beliau dan bertanya:

Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami menunggumu tadi malam dengan harapan engkau akan bersolat bersam-sama kami.

Beliau menjawab: Sesungguhnya aku bimbang sekiranya solat tersebut menjadi wajib ke atas kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam ash-Shoghir, 2/127, no. 526. Abi Ya’la, Musnad Abi Ya’la, 4/370, no. 1762. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 10/289, no. 2450. al-Hafiz Ibnu Hajar mengisyratkan kesahihan hadis ini di dalam Fathul Bari, 4/108. al-Albani menghasankannya di dalam Kitab Solatut Tarawikh, 1/21)

Tuntutan Melaksanakannya Secara Berjama’ah:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنْ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ وَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْنَا لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ ثَلَاثٌ مِنْ الشَّهْرِ وَصَلَّى بِنَا فِي الثَّالِثَةِ وَدَعَا أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ فَقَامَ بِنَا حَتَّى تَخَوَّفْنَا الْفَلَاحَ قُلْتُ لَهُ وَمَا الْفَلَاحُ قَالَ السُّحُورُ

Maksud: Daripada Abi Dzar beliau berkata: Kami berpuasa bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada bulan Ramadhan, dan beliau tidak pernah sedikit pun mengerjakan solat malam bersama kami dalam bulan tersebut sehingga berbaki tujuh hari (pada malam ke-23). Kemudian beliau solat bersama-sama kami (sebagai imam) sehingga berlalu sepertiga malam. Kemudian beliau tidak solat bersama-sama kami pada malam yang keempat. Kemudian beliau kembali solat bersama kami pada malam yang berikutnya sehingga berlalu sebahagian malam. Kami pun segera bertanya:

Wahai Rasulullah, alangkah baiknya sekiranya engkau mengerjakan solat malam bersama-sama kami pada baki malam kami ini?

Beliau menjawab: Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama-sama imam sehingga selesai, dia akan memperolehi ganjaran (pahala) solat semalam penuh.

Kemudian beliau tidak keluar mengimami kami pada malam yang keenam, dan beliau mengimami kami lagi pada malam yang ketujuh. Beliau mengutus seseorang untuk membangunkan keluarganya dan orang-orang pun berkumpul. Lalu beliau solat mengimami kami sehinggalah kami risau akan terlewat al-Falah.

Aku bertanya (Jabir B. Nufair: perawi Abu Dzar): Apakah dia al-Falah itu?

Abu Dzar menjawab: Makan Sahur. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/299, no. 734. Dan beliau menyatakan bahawa hadis ini hasan sahih)

Umar Memerintahkan Solat Tarawikh Dengan 11 Raka’at:

عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ أَنَّهُ قَالَ: أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً قَالَ وَقَدْ كَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ بِالْمِئِينَ حَتَّى كُنَّا نَعْتَمِدُ عَلَى الْعِصِيِّ مِنْ طُولِ الْقِيَامِ وَمَا كُنَّا نَنْصَرِفُ إِلَّا فِي فُرُوعِ الْفَجْرِ

Maksud: Dari as-Sa’ib B. Yazid, bahawasanya beliau berkata:

Umar al-Khaththab memerintahkan Ubay B. Ka’ab dan Tamim ad-Dari untuk mengimami manusia solat tarawikh dengan sebelas raka’at. Beliau menjelaskan lagi:

Dan pada ketika itu, seorang qari (imam) biasanya akan membaca ratusan ayat sehingga kami terpaksa bersandar kepada tongkat kami kerana terlalu lama berdiri. Lalu kemudian barulah kami bersurai (selesai solat) ketika hendak masuk fajar. (Hadis Riwayat Imam Malik, al-Muwaththa’, 1/341, no. 232. Syaikh al-Albani menjelaskan bahawa hadis ini sanadnya sahih sekali (Sahih Jiddan), Solat Tarawikh, 1/53)

Bilangan Raka’at Solat Tarawikh:

Sebagaimana hadis di atas dijelaskan Solat malam Nabi sama ada pada bulan Ramadhan atau selainnya adalah tidak lebih dari sebelas raka’at. Dilakukan dengan dua raka’at dua raka’at.

Namun terdapat juga hadis (sebagaimana di atas) yang menjelaskan Nabi melaksanakannya dengan empat raka’at (satu salam) empat raka’at (satu salam) dan tiga witir.

Selain itu, ada juga solat malam Nabi yang bilangan raka’atnya kurang daripada itu (pelbagai) seperti tiga, lima, tujuh, atau sembilan raka’at. Ini telah dijelaskan sebagaimana di dalam artikel yang lalu:

“Menutup Malam Dengan Witir”.

Kesimpulan:

1 – Disunnahkan (sangat dituntut) supaya melaksanakan solat malam di bulan Ramadhan secara berjama’ah. Namun, boleh juga dilaksanakan secara individu.

2 – Nabi melaksanakan solat malam dengan tidak lebih dari sebelas raka’at. Begitu juga Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu memerintahkan dilaksanakan solat malam di bulan Ramadhan secara berjama’ah dengan sebelas raka’at.

Tokok Tambah (Bid’ah) Di Dalam Solat Tarawikh:

1 – Ditambah dengan selawat di antara selang dua raka’at solat. Sedangkan solat tarawikh yang tsabit daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dilaksanakan tanpa disyari’atkan selawat.

2 – Ditokok-tambah dengan selawat-selawat yang tidak tsabit dari Nabi. Bahkan selawat tersebut turut diperlagu-lagukan.

3 – Dikhususkan dengan lebih dari sebelas raka’at seperti contohnya mesti dilaksanakan dengan 20 raka’at bagi meraih lebih ganjaran. Sedangkan perkara tersebut sama sekali tidak disandarkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara sahih.

4 – Ditokok-tambah dengan doa secara berjama’ah pada setiap selang empat raka’at solat dan pada akhir witir. Sedangkan perkara ini juga tiada sandarannya daripada Nabi.

Perhatian:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksud: Katakanlah (Wahai Muhmmad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran, 3: 31)

Sumber: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Solat Tarawikh Seperti Nabi

http://an-nawawi.blogspot.com

Setiap amal ibadah yang dilakukan dengan benar-benar berpandukan kepada sumbernya dan dengan mengharap keredhaan Allah Subahnahu wa Ta’ala akan sentiasa menjadi mudah.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: