Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 3

Asyraaf berasa hairan menerima mesej daripada seorang perempuan yang tidak dikenalinya itu.Lantas dia membalas mesej tersebut untuk mengetahui siapakah perempuan itu.

Asyraaf: Salam…siapa ni?Malas la nak teka-teka..
Afifah: Ala..malas betul nak teka eh..ni Afifah la..ingat lagi tak?
Asyraaf: Oh..Afifah..ingat..ingat..
Afifah: Study awak macam mana?Ok ke?
Asyraaf: Alhamdulillah so far so good..awak?
Afifah: Saya pun sama..emm..tak mengapa ke saya mesej dengann awak ni?
Asyraaf: Kenapa tak boleh pula?
Afifah: Yelah…mana la tau nanti kekasih awak marah pula..
Asyraaf: Ish..saya mana ada kekasih la..pandai-pandai saja..
Afifah: Oh..tak ada ke?Sori la buat awak marah..
Asyraaf: Eh..tak marah la..mana ada..emm..tak mengapalah saya ada hal sikit ni ya..

Keesokan harinya di sekolah, Anwar dan Syukri pergi ke kelas 4 Ali untuk berjumpa dengan Arif.

Anwar: Wei Arif..dengar kata Asyraaf ada bawa ‘something’ ke sekolah..
Arif: Bawa ‘something’? Apa bendanya?
Syukri: Entahlah…tapi katanya sesuatu yang terlarang la.
Arif: Apa benda yang korang merepek ni ha? Aku tau la korang tak suka dia tapi tak payah la menuduh dia yang bukan-bukan..
Anwar: Bukannya kami nak menuduh dia tapi kami kata apa yang orang beritahu kami..kami tak la sanggup nak menyelongkar beg dia pula kan..tapi hang kan pengawas so boleh la selongkar beg dia..
Syukri: Kalau hang nak kepastian buat la macam tu.
Arif: Hmm..tak mengapalah nanti aku tengok.
Anwar: Ha..bagus la macam tu..baru dikatakan pengawas berkaliber..tak macam dia..
Arif: Ish..korang ni boleh tak berhenti mempersendakan dia..
Syukri: Kami cuma cakap apa yang sememangnya suatu kebenaran..
Arif: Ceh..kebenaran konon..tahun lepas..korang yang membuatkan dia gagal dilantik menjadi pengawas kan..don’t ever forget about it..
Anwar: Amboi..speaking pula dah pengawas seorang ni..you think I cannot speaking English too ke?
Syukri: Hang ni nak buat aku tergelak ada la..grammar pun tak betul..sepatutnya Do you think I can’t speak English..
Anwar: Apa-apa sajalah..

Selepas menyelongkar beg Asyraaf, Arif berasa aneh apabila dia mendapati terdapat beberapa VCD yang mencurigakan.Kemudian dia terus ke bilik guru untuk berjumpa Sir Ahmad Tarmizi.

Arif: Sir, ni saya nak serahkan ‘something’ saya dapati dalam beg seorang pelajar.
Sir Ahmad Tarmizi: Hmm…apa bendanya ni?
Arif: Ni VCD yang tidak diketahui kandungannya.Saya selongkar begnya atas maklumat pelajar lain.
Sir Ahmad Tarmizi: Hmm..baguslah kebetulan saya tengah menggunakan komputer..boleh la saya check apa kandungan CD ni..

Selepas memasang CD tersebut didalam komputernya, Sir Ahmad Tarmizi dan Arif amat terkejut melihat aksi lucah yang dimainkan.

Sir Ahmad Tarmizi: Kamu ambil dari beg siapa ni?
Arif: Asyraaf, sir.
Sir Ahmad Tarmizi: Asyraaf?! Hmmm..kamu pergi panggil dia sekarang juga..

Kemudian Arif pun kembali ke kelasnya untuk memanggil Asyraaf.Namun dia terserempak pula dengan Anwar dan Syukri.

Anwar: Hai..marah semacam je pengawas ni.kenapa ha?
Syukri: Hang dah selongkar ke beg Asyraaf?
Arif: Sudah..aku dapati ada VCD lucah dalam beg dia dan Sir Ahmad Tarmizi nak jumpa dia sekarang..
Anwar: Oh..bagus-bagus..jalankan tanggungjawab dengan baik..

Kemudian Arif pun pergi meninggalkan mereka berdua.

Anwar: Hahaha…aku macam nak gelak terbahak-bahak saja..
Syukri: Aku tak sabar nak tengok apa tindakan yang akan dikenakan terhadap Asyraaf..
Anwar: Silap-silap..Abang Faiz ketua pengawas tu pecat terus dia apa…hahahaha..
Syukri: Kalau macam tu lagi bagus…biar padan muka dia..

Di kelas 4 Ali, Asyraaf hairan melihat riak wajah Arif yang seakan marah kepadanya.

Asyraaf:  Kenapa ni, Arif?Lain macam saja aku tengok…
Arif: Sir Ahmad Tarmizi nak jumpa hang sekarang di bilik guru…

Bersambung……

5 Responses to “Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 3”

  1. wa’alaikumussalam..
    erm..terima kasih sbb baca.
    huhu..
    kisah hidup yg diceritakan dan ada diolah sikit.
    huhu..

  2. umi dilaila Says:

    em…lupe nk ckp…thanx kasi bace crite nie….

  3. umi dilaila Says:

    assalamualaikum…emm….pandai btol awak wat crite nie….x sabar rasenya nk tngk smbungan nye…huhuhu..k…asslamualaikum…

  4. ala..kena pandai uruskan masa.
    kalau asyik study saja tension la.
    biar study smart bkn study hard.
    hidup ni bkn nak belajar semata2.
    huhu..
    kena la buat secara brsambung sbb panjang.

  5. awak rajin menulis yer…
    wlupun bz ngan exam…
    tp crite asik smbg jer….hehe
    sye ni jenis yg x sabar skit….
    malas nk bce sekual2 ni..
    gudluck spm nnt

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: