Sunnah Dalam Persoalan Ziarah Kubur

Oleh: Nawawi Bin Subandi

Dalil Disunnahkan (disyari’atkan) menziarahi kubur:

عن بريدة بن الحصيب رضي الله عنه قال: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إني كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروها

Maksud: Dari Buraidah B. Al-Hushaib radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kuburan, tetapi sekarang ziarahilah. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Jana’iz, no. 1623)

فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يَزُورَ فَلْيَزُرْ وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا

Maksud: Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak menziarahi kubur, hendaklah dia melakukannya, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang batil. (Hadis Riwayat an-Nasa’i, Bab ziarah Kubur, no. 2006. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan an-Nasa’i, no. 2033)

إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ ثَلَاثٍ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَلْتَزِدْكُمْ زِيَارَتُهَا خَيْرًا

Maksud: Dulu aku melarang kamu dari tiga perkara (iaitu) menziarahi kubur, tetapi sekarang, ziarahilah ia dan hendaklah ziarah yang kamu lakukan itu menambah kebaikan… (Hadis Riwayat an-Nasa’i, Kitab adh-Dhohaya, no. 4353. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan an-Nasa’i, no. 5653)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمْ الْآخِرَةَ

Maksud: Dari Abi Hurairah, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Menziarahi kubur, dengannya dapat mengingati akhirat. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab Ziarah Kubur, no. 1558. Ahmad, Musnad Ahmad, 3/179, no. 1173. Dinilai Shahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Ibnu Majah, no. 1569 dan Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, no. 7829)

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّ فِيهَا عِبْرَةً

Maksud: Dari Abi Sa’id al-Khudri, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur, tetapi sekarang, kamu sudah boleh berziarah kerana sesungguhnya di dalamnya terdapat ‘ibrah (pelajaran). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 22/466, no. 10901. al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 4/77. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/414, no. 1335. Dan beliau menyatakannya Sahih di atas syarat Muslim. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Targhib wa at-Tarhib, no. 3543)

زِيَارَةِ الْقُبُورِ ثُمَّ بَدَا لِي أَنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ فَزُورُوهَا وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا

Maksud: Menziarahi kubur itu melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Dan janganlah kamu berkata-kata dengan perkataan yang batil. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 27/47, no. 13000. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/421, no. 1342. Hadis daripada Anas B. Malik)

Sunnah Ziarah Kubur Adalah Umum Sama ada Kubur Kaum Muslimin Atau Orang Kafir:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِامْرَأَةٍ عِنْدَ قَبْرٍ وَهِيَ تَبْكِي فَقَالَ اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي

Maksud: Dari Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang berada di perkuburan dan sedang menangis. Maka beliau pun berkata kepadanya:

Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah… (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab Ziarah Kubur (Kitab al-Jana’iz), 4/476, no. 1174)

Syaikh al-Albani menukilkan:

وقال العيني في (العمدة) (3 / 76): وفيه جواز زيارة القبور مطلقا، سواء كان الزائر رجلا أو امرأة: وسواء كان المزور مسلما أو كافرا، لعدم الفصل في ذلك

Maksud: Dan telah berkata al-‘Aini di dalam (kitab) Syarahnya iaitu al-‘Umdah (3/76): Di dalam hadis tersebut memiliki pengertian yang membolehkan perbuatan menziarahi kubur secara mutlak, sama ada lelaki mahu pun perempuan, atau yang diziarahi itu Muslim atau pun kafir disebabkan tiadanya penjelasan berkenaan dengannya. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz’iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i, Cet. 2 September 2006)

Imam an-Nawawi juga turut menjelaskan bahawa perbuatan menziarahi kubur adalah umum (dibolehkan secara mutlak) sama ada kubur orang Islam atau orang kafir:

قال النووي: وبالجواز قطع الجمهور، وقال صاحب الحاوي: لا تجوز زيارة قبر الكافر وهو غلط

Maksud: Berkata imam an-Nawawi: Secara pasti bahawa jumhur ulama membolehkan ziarah kubur. Penulis kitab al-Haawii (Abul Hasal al-Mawardi) berkata: “Tidak dibolehkan menziarahi kubur orang kafir”. Dalam perkara ini, dia telah salah (gholath). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz’iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i, Cet. 2 September 2006)

Juga terdapat hadis yang menjelaskan bolehnya menziarahi kubur orang yang matinya di dalam keadaan tidak memeluk Islam. Di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Maksud: Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya lalu beliau mengangis, maka orang-orang di sekelilingnya pun turut menangis. Beliau pun bersabda:

Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memberikan keampunan untuk ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia memberi izin kepadaku. Oleh kerana itu, ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Jana’iz, no. 1622)

Tujuan Menziarahi Kubur:

Pertama:

انتفاع الزائر بذكر الموت والموتى، وأن مآلهم إما إلى جنة وإما إلى نار وهو الغرض الاول من الزيارة

Maksud: Orang yang berziarah dapat mengambil manfaat dengan mengingati kematian orang-orang yang telah meninggal dunia dan bahawasanya tempat kembali mereka hanya Syurga atau Neraka. Demikianlah tujuan pertama menziarahi kubur. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana’iz, m/s. 188, Maktabah Syamilah)

Di antara lain, daripada hadis-hadis di atas dapat kita fahami bahawa menziarahi kubur dapat:

1 – Mengingati akhirat,

2 – di dalamnya terdapat ‘ibrah (pelajaran), dan

3 – dapat melembutkan hati.

Kedua:

نفع الميت والاحسان إليه بالسلام عليه، والدعاء والاستغفار له، وهذا خاص بالمسلم

Maksud: Memberikan manfaat kepada si jenazah (si mati) sekaligus sebagai bentuk perbuatan baik kepadanya dengan memberi salam, mendoakannya, dan memohon keampunan baginya. Yang demikian itu khusus bagi Muslim sahaja. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana’iz, m/s. 189, Maktabah Syamilah)

Sunnah Mendoakan Ahli Kubur (Apabila Menziarahi Kubur):

عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَدْعُو لَهُمْ فَسَأَلَتْهُ عَائِشَةُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَدْعُوَ لَهُمْ

Maksud: Dari ‘Aisyah (beliau berkata):

Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah pergi ke tanah perkuburan Baqi’. Kemudian, beliau mendoakan para penghuninya.

‘Aisyah bertanya kepada beliau berkenaan perkara tersebut, maka beliau menjawab:

Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mendoakan mereka. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad ahmad, 52/110, no. 24952. Sanadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih sebagaimanya dinyatakan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana’iz, m/s. 189)

Doa Ketika Menziarahi Kubur:

Dari sebuah hadis yang agak panjang:

كَيْفَ أَقُولُ لَهُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟

قَالَ: قُولِي:

السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاَحِقُونَ

Maksud: (‘Aisyah bertanya) Bagaimana harus aku katakan (doakan) kepada mereka (ahli kubur) wahai Rasulullah?

Beliau menjawab, katakanlah:

Semoga keselamatan dilimpahkan kepada kamu semua, wahai para penghuni kubur, dari kalangan orang Mukmin dan Muslim. Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang telah meninggal dunia terdahulu atau terkemudian. Sesungguhnya, insyaAllah kami akan menyusul bertemu kamu semua. (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana’iz, no. 1619)

Disunnahkan (atau dibolehkan) mengangkat tangan ketika mendoakan ahli kubur berdasarkan dari hadis yang sama:

فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ انْحَرَفَ فَانْحَرَفْتُ

Maksud: (Ketika di perkuburan Baqi’) Beliau berdiri cukup lama dan kemudian mengangkat kedua tangannya tiga kali. Dan beliau pun kemudiannya terus pulang… (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana’iz, no. 1619)

Ketika berdoa tidak boleh menghadap ke arah kubur, tetapi hendaklah menghadap ke arah kiblat. Ini adalah kerana terdapat larangan bersolat dengan menghadap ke arah kubur. Dan terdapat pula hadis yang sahih menjelaskan bahawa doa itu adalah ibadah. (Untuk penjelasan lanjut, rujuk: al-Albani, Ahkamul Janai’z)

Disunnahkan Membuka Selipar/Kasut:

Adalah disunnahkan supaya membuka kasut/selipar ketika menziarahi kubur. Ini berdasarkan hadis berikut:

(بينما أماشي رسول الله (ص)…أتى على قبور المسلمين…فبينما هو يمشي إذ حانت منه نظرة، فإذا هو برجل يمشي بين القبور عليه نعلان، فقال: يا صاحب السبتيتين ألق سبتيتيك، فنظر، فلما عرف الرجل رسول الله (ص) خلع نعليه، فرمى بهما

Maksud: Ketika aku menemani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di ketika melalui perkuburan kaum Muslimin… Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berjalan, tiba-tiba pandangannya tertumpu kepada satu arah. Ternyata beliau melihat seorang lelaki berjalan-jalan di antara kubur dengan mengenakan sepasang terompah, maka beliau pun bersabda:

Wahai orang yang memakai dua terompah, celaka kamu, lepaskanlah kedua terompahmu itu.

Maka orang tersebut pun memandang dan ketika orang itu mengetahui bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan keduanya. (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 4/80. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 13/334, no. 3237. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/407, no. 1328)

Berkenaan hadis ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:

والحديث يدل على كراهة المشي بين القبور بالنعال

Maksud: Dan hadis ini menunjukkan dimakruhkannya berjalan di antara kubur dengan memakai sandal (kasut/selipar/terompah). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana’iz, m/s. 199, Maktabah Syamilah)

Manakala Syaikh al-Albani berkata:

والاقرب أن النهي من باب احترام الموتى، فهو كالنهي عن الجلوس على القبر

Maksud: Yang lebih dekat dengan kebenaran adalah bahawa larangan tersebut sebagai sebuah tindakan menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia. Ia sama juga seperti larangan duduk-duduk di atas kuburan. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana’iz, m/s. 200, Maktabah Syamilah)

Menziarahi Kubur Di Waktu Malam:

Terdapat juga contoh dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau menziarahi kubur di waktu malam.

Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang agak panjang, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar menziarahi perkuburan Baqi’ di waktu malam dan mendoakan untuk penghuninya. (Rujuk: Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana’iz, no. 1619)

Kesimpulan/Ringkasan:

1 – Disunnahkan menziarahi kubur bagi umat Islam sama ada yang lelaki atau wanita.

2 – Ziarah kubur tidak terhad kepada kubur-kubur yang tertentu dan khusus. Tetapi ia adalah bersifat umum kepada mana-mana kubur umat Islam (yang terdekat). Juga tidak dikhususkan kepada kubur ahli keluarga semata-mata.

3 – Dibolehkan menziarahi kubur orang kafir.

4 – Disunnahkan memberi salam ketika sampai ke kuburan, kemudian mendoakan kebaikan dan keampunan bagi si mati. Ini adalah khusus jika menziarahi perkuburan umat Islam.

5 – Menziarahi kubur memiliki beberapa faedah seperti dapat mengingati kematian dan melembutkan hati.

Beberapa Contoh Tokok Tambah dan Salah Faham Masyarakat Terhadap Sunnah Menziarahi Kubur:

1 – Menziarahi perkuburan tertentu sahaja. Seperti mengkhususkan kepada kubur ahli keluarga tertentu.

2 – Berpendapat bahawa haram hukumnya menziarahi kubur orang kafir.

3 – Membacakan al-Qur’an di perkuburan. Sedangkan di kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Qur’an.

4 – Mensedekahkan/menghadiahkan bacaan al-Qur’an atau Surah al-Fatihah kepada si mati di setiap kali menziarahi kubur.

5 – Melakukan safar (perjalanan jauh) kerana untuk menziarahi kubur-kubur tertentu. Sedangkan perbuatan tersebut adalah termasuk larangan.

6 – Mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya.

7 – Bertahlil. Sedangkan amalan tahlilan itu adalah bid’ah, maka apatah lagi jika ia dilaksanakan di perkuburan. Maka, yang batil akan menjadi lebih batil lagi.

9 – Berdoa kepada si mati (memohon hajat kepada si mati/penghuni kubur). Seperti memintah berkat atau meminta nombor ramalan.

10 – Mengirimkan salam kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui orang yang menziarahi kubur Rasulullah.

11 – Membina binaan tertentu di atas perkuburan. Seperti tembok atau malah ada yang sehingga membina seakan-akan rumah.

12 – Menjiruskan air mawar ke atas kubur.

13 – Meratap dan menangis teresak-esak di atas kubur.

Wallahu a’lam…

2 Responses to “Sunnah Dalam Persoalan Ziarah Kubur”

  1. susuh nk fhm hukum ziarah kubur bg wanita..i dont get the fact fr yhe link…boleh jelaskan sikit x?

  2. assalamualaikum…
    bina tembok atau kepung kubur xboleh buat la kalau mcm tu sebab mcm menghias kubur eh??….knp xboleh siram air mawar(tp pelik knp ada org yg buat)..?kalau slh tlg betulkan..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: