Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 5

Semasa Amar dan Faiz kehairanan melihat Asyraaf dan Arif, Anwar dan Syukri pun meninggalkan tempat tersebut dan pulang ke kelas mereka.Asyraaf juga turut kembali ke kelasnya pada ketika itu.

Amar: Arif, apa hal sebenarnya ni ha?
Faiz: Ya..Arif..apa yang sedang berlaku ni? Kami pelik sangat tengok gelagat anta dengan Asyraaf.
Arif: Sebenarnya begini..ana silap sebab tuduh Asyraaf bawa VCD lucah ke sekolah dan maklumkannya kepada Sir Ahmad Tarmizi.
Amar: Apa? Asyraaf bawa VCD lucah ke sekolah? Biar betul!!
Arif: Memang tak betul pun…Anwar dan Syukri la yang beritahu ana pasal tu..ana dengan mudah percaya kata-kata diorang dan kemudian selongkar beg Asyraaf..tengok-tengok memang ada..
Faiz: Siapa punya kerja yang letak VCD tu dalam beg Asyraaf?
Arif: Siapa lagi kalau bukan diorang la..kan diorang memang tak puas hati dengan Asyraaf dari dulu lagi..
Amar: Ish…teruk betul la diorang tu..
Faiz: Hmm..patutlah tengok Asyraaf macam marah saja..
Amar: Anta pun satu..yang percayakan diorang tu siapa suruh..Asyraaf kan kawan baik anta jadi sepatutnya percayakan dia daripada diorang..
Arif: Tu la…ana silap..memang perkara ni jadi satu pengajaran bermakna kepada ana..
Faiz: Tak mengapalah..anta tunggu sajalah..nanti dia ok la tu..sekarang mesti la dia masih marah.

Asyraaf dan Arif tidak bertegur sapa sehinggalah tamat waktu persekolahan.

Hafiz: Kenapa hang dengan Asyraaf nampak lain macam saja?
Arif: Hmmm…tak ada apa-apa la..
Hafiz: Hai..korang berdua bergaduh ka?? Macam-macam betul korang ni….

Di rumahnya, Asyraaf baring sambil termenung memikirkan arwah abangnya, Aiman kerana rindu pada abangnya itu.Emaknya melihat kelibatnya itu lantas menegurnya.

Mak Asyraaf: Kenapa ni, Asyraaf?
Asyraaf: Hmm..Asyraaf rindu la pada Abang Aiman la..
Mak Asyraaf: Oh..mak tahu Asyraaf sangat sayangkan abang kan..jadi Asyraaf kena la selalu doakan kesejahteraan abang..tapi Asyraaf tak rindu pada ALLAH?
Asyraaf: Hmm..betul juga tu..

Tiba-tiba kedengaran lagu Titian Kejayaan nyanyian Rast yang merupakan nada dering talefon bimbit Asyraaf.Rupanya Arif menghubungi Asyraaf.

Arif: Assalamu’alaikum..Asyraaf.
Asyraaf: Hmm..Wa’alaikumussalam..apa hal ni?
Arif: Err..aku nak minta maaf la atas apa yang berlaku hari ni..aku sepatutnya percayakan hang sebab hang kawan baik aku, bukan Anwar dan Syukri..aku minta maaf banyak-banyak…
Asyraaf: Tak mengapalah..biasa la kita sebagai insan biasa..tak pernah lari daripada melakukan kesilapan..aku pun nak minta maaf juga sebab terlalu ‘emotional’ pagi tadi.
Arif: Tak mengapa…memang patut pun hang marah dengan aku..tak mengapalah aku tak mahu ganggu hang study maklum la mid-year exam dah dekat..
Asyraaf: Eh..mana ada..hang tak mengganggu pun..bukan tengah study..tapi tengah teremenung.
Arif: Hai..termenung apa ni? Teringatkan abang kesayangan hang ke?
Asyraaf: Err…macam tau-tau je..memang pun..huhuhu..
Arif: Okla..tak mengapalah..Assalamu’alaikum…
Asyraaf: Wa’alaikumussalam..

Sejurus selepas Asyraaf bersembang dengan Arif, dia menerima satu mesej daripada Afifah.

Afifah: Assalamu’alaikum..apa khabar?
Asyraaf: Wa’alaikumussalam..khabar baik..Alhamdulillah sihat..awak?
Afifah: Saya pun sama..alhamdulillah sihat..awak tengah study ke?
Asyraaf: Eh..tak la..tengah termenung..
Afifah: Termenung? Termenung pasal apa ni?
Asyraaf: Emm..tak ada apa-apa la..rahsia la..
Afifah: Eh..berahsia la pula dia ni..hmmm..tak mengapalah..
Asyraaf: La..jangan la kecil hati..okla..okla..saya teringat pada arwah abang saya..
Afifah: Abang awak dah meninggal dunia ke?
Asyraaf: Ya..abang Aiman dah meninggal dunia sebulan yang lalu..
Afifah: Abang Aiman? Aiman yang tampan tu abang awak ka?
Asyraaf: Ya..kenapa?
Afifah: Tak sangka pula..tak sangka dia abang awak..tapi tak mengapalah..adik dan abang sama-sama tampan..
Asyraaf: Apa awak cakap ni? Mana ada la..mengarut jelah..
Afifah: Saya cakap betul apa..memang ramai perempuan pun suka pada awak dan abang awak..
Asyraaf: Yeke? Tak payah mengarut la…
Afifah: Sebenarnya…saya memang sangat sukakan awak..Asyraaf. Semasa sekolah rendah dulu, apa yang orang katakan dulu pasal saya dan awak tu memang betul..

Bersambung…..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: