Motivasi Tentang Pelajaran Untuk Teman-temanku

Assalamu’alaikum……..

Alhamdulillah kita masih diberikan peluang oleh Yang Maha Esa untuk terus hidup hinggalah ke saat ini.Mudah-mudahan semua dalam keadaan bahagia dan gembira dengan perjalanan kehidupan masing-masing terutamanya bagi yang bergelar pelajar.

Panjang karangan saya ni tau..nak baca pun bacalah..tak mahu sudah..saya tak paksa.hahaha..Sedar tak sedar kita sudah berada di hujung bulan Ogos. Hal ini bermakna peperiksaan awam bagi peringkat sekolah sudah kian hampir. Cepat sungguh masa berlalu! UPSR dan PMR sudahpun berlalu! Kini giliran calon SPM dan STPM pula untuk berjuang! SPM hanya tinggal 28 hari dan STPM 29 hari sahajaaaaa lagi.

Kenapa saya kata “sahajaaaaa”?Haih…sdulu kan sahaja sekarang bertambah la huruf  “a” tu…Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, bukannya 24 jam kita ulangkaji pelajaran.Macam-macam yang kita buat dalam tempoh tersebut.Mungkin masa kita bersama pelajaran dengan penuh tumpuan hanya sekitar 2 hingga 4 jam sahaja.Dalam tempoh yang singkat ini, biarlah kita manfaatkan waktu dengan belajar bersungguh2 & berikan tumpuan sepenuhnya ketika ulangkaji..jangan berkhayal dah semasa ulangkaji!!

Bagi yang masih belum mulakan ulangkaji korang, sesungguhnya korang makin kesuntukan masa…dan saat2 getir ni la akan ada pelajar yang hilang semangat akibat terlalu pulun sampai letih nak mampus..sebab tu kesihatan diri memang kena jaga betul2 dalam saat2 begini..Bagi mengulangi apa yang saya pernah kata la..Bagi saya, soal pelajar tak belajar bersungguh-sungguh ini bukannya apa.Pertama, mereka menganggap belajar itu adalah untuk peperiksaan. Bukan begitu!!hehe..tak marah..cuma bagi yang beranggap sedemikian.korang sememangnya 100% silap.mungkin 200%..hahaha.

Kita sebenarnya pergi ke sekolah dan menuntut ilmu adalah untuk menambahkan pengetahuan kita ke arah mematangkan diri kita dalam kita meningkat usia untuk menghadapi pelbagai keadaan dalam kehidupan kita sehinggalah kita mati.Itu hakikatnya la!!

Exam pula cuma untuk menguji tahap disiplin kita dan bagi saya ia bukan untuk mengukur kebijaksanaan seseorang.Siapa yang berdisiplin insya ALLAH pasti cemerlang bagi yang tidak berdisiplin terutama MALAS pasti tidak akan cemerlang.

Mungkin ada yang kata, “saya tidak mahu ulangkaji pelajaran kerana saya yakin ALLAH Maha Kuasa atas segalanya jadi saya akan berdoa kepada ALLAH ketika exam untuk memohon petunjuk dan ilham bagi menjawab dengan baik“.

Itu satu lagi pemikran yang tidak betul.Kita belajar bukan untuk peperiksaan la! Peperiksaan cuma nak uji kita sejauh mana disiplinnya kita dan sejauh mana pengetahuan kita yang akan digunakan sepanjang kehidupan kita .Tak faham lagi ke? hehe….saya akui memang ALLAH Maha Kuasa atas segalanya.Namun ALLAH akan berikan kepada kita apa yang kita USAHAKAN!

Sama sajalah nak dapat pahala.Kita nak dapat pahala tetapi tak mahu beramal.Nak berdoa..berdoa..berdoa saja.Nak dapat ke? Memang tak reti la kalau macam tu.

Mungkin ada juga yang kata, “saya tak pandailah…tak macam orang lain.Mereka tak mengapalah pandai..lagipun subjek yang saya belajar SUSAH..tak faham la….”

Untuk pengetahuan semua, kita sebagai manusia diciptakan SAMA.Memang kita ada kekurangan dan juga kelebihan masing-masing.Hei..nak tau ke orang yang dikatakan pandai tu sebenarnya rajin yang korang kata korang tak pandai tu malas..betul tak? Tak betul? Memang tak berapa betullah korang ni. Tak adalah kata saja…Sebenarnya tak ada orang pandai dan bodoh cuma yang membezakan seseorang dengan yang lain ialah MALAS atau RAJIN. Hei..ingat yang “pandai” tu lahir-lahir pandai terus ke ha? Diorang pun hadai masalah yang sama dalam belajar..tak faham dan sebagainya.Tapi yang membezakan diorang dengan korang ialah diorang RAJIN tanya cikgu atau sesiapa apabila tak faham dan RAJIN ulangkaji. Tak macam korang dah tak faham MALAS tanya orang lain, kadang-kadang boleh kata macam berlagak saja..hehe..lagi satu dahlah tak tanya lepas tu MALAS ulangkaji.Hei..ingat ilmu yang kita dapat ni masuk tanpa baca dan dengar ke? Nak minta daripada ALLAH? Hei..yang dalam buku tu ALLAH yang bagi la..ALLAH yang bagi ilham ilmu kepada orang yang mula-mula perkenal subjek tertentu dan kemudian diberikan ilham untuk dibukukan.Ingat manusia dapat idea dari mana ha?Bukan nak hentam korang tapi saja nak kata hal yang sebenar……

Sebagai bukti penyataan saya, dalam Al Quran Al Karim ALLAH berfirman yang mana maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian” (Surah At Tin ayat 4)

“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya” (Surah Al Baqarah ayat 286)

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah terlebih dahulu apa yang ada pada diri mereka”  (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

Ok.Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa apa yang kita lalui adalah apa yang sememangnya kita mampu laluinya! Dan kita akan dapat apa yang kita usahakan. Buat kebaikan dapat pahala dan jika buat maksiat dapat dosa. Kita sebenarnya hebat bukannya lemah tetapi kita yang memilih untuk MALAS dan sifat-sifat negatif yang sekumpulannya.

Kenapa jadi begini agaknya? Punca utama adalah SIKAP!! Yeke? huhu.. betul la..nak tahu tak 85% kejayaan dalam hidup ni hasil daripada sikap yang positif! Hanya 15% SAHAJA datang daripada kebijaksanaan.Maksud sikap tu kita rajin bertanya apabila tak faham, cikgu ajar kita bagi tumpuan 10o%, cikgu bagi kerja rumah kita siapkan, sentiasa ulangkaji pelajaran bukan ketika peperiksaan dah hampir saja dan sebagainya.

Maksud kebijaksanaan ni adalah mungkin ada orang yang memang kelebihannya ingatan kuat & mudah faham dan ada yang kekurangannya kurang sikit kuat ingatan & kurang mudah faham.Kedua-duanya boleh capai kejayaan tapi usaha yang diperlukan la berbeza.Yang pertama tadi kurang sikit la usaha daripada yang kedua tu.

Baik pertama mahupun yang kedua, kedua-duanya perlu sentiasa jagaaaa hubungan dengan ALLAH dengan beribadah.Sebab kan tadi kata ALLAH Maha Kuasa atas segalanya.So kalau kita rasa kita dah pandai, ingat ALLAH tak boleh tarik balik ke apa yang kita ada tu apabila kita tak jaga hubungan dengan-NYA..dan juga kalau kita yang rasa tak pandai, ingat ALLAH tak boleh bagi kekuatan pada kita untuk mudah faham dan sebagainya apabila kita jaga hubungan dengan-NYA.

Maksudnya di sini, di samping kita rajin berusaha dengan sikap yang positif kita kena la jaga hubungan dengan Tuhan kita..yang menciptakan kita.Tapi insya ALLAH kalau kita ada sikap positif memang la kita jaga hubungan denganNYA.tapi tak juga..ada yang positif bahagian ni bahagian tu tak positif pula.

Apa yang saya nak kata, sebenarnya kita kena tahu bahawa ibu bapa kita dah berkorban banyakkkk untuk kita selama kita hidup dan hadiah yang paling membahagiakan mereka ialah melihat anak mereka bersikap positif dan apabila bersikap positif sudah semestinya la berjaya dalam pelajaran.dah rajin kan……..yung positif la..bukan rajin tidur dalam kelas dan sebagainya.Heh..jangan buat tak faham ya..

Akhirnya saya nak kata…sebenarnya persoalan kita nak berjaya dalam pelajaran khususnya dan dalam kehidupan amnya, bukannya terletak pada kemampuan kita tetapi kemahuan kita.Kalau kita tak mampu boleh berdoa untuk bagi mampu.Dan kalau yang tak mahu berjaya tak payah kata apa la.Yang pentingnya kemahuan dahulu….kemampuan boleh berubah……..

Ingatlah..kalau kita tak berilmu pengetahuan kerana malas belajar kononnya susah..kemudian hidup kita mula susah kerana tak dapat menyambung pelajaran dan kelulusan akademik kita rendah jadi nak kerja pun susah kan..dan tengok-tengok jadi pencuri dan sebagainya..lepas tu mati tanpa sempat bertaubat..hei ingat selamat ke di akhirat yang KEKAL ABADI sana tu ha? Teringin masuk neraka ke? Hmmm..Tapi kalau tak jadi pencuri pun kita jadi peminta sedekah pula…kan salah meminta-minta daripada orang tanpa usaha sendiri..kecuali la kita lumpuh dan tak mampu bergerak…..eh..tak percaya ke salah kita buat macam tu?Tak percaya? Cuba baca sirah nabi S.A.W….hehehe..

Tips yang saya nak bagi cuma satu. Tumpuan dalam kelas adalah rahsia utama kejayaan dalam peperiksaan akademik. Dan tumpuan pula lahir daripada sikap yang positif.Dan sikap yang positif akan hadir apabila kita sedar implikasi dan kepentingan menuntut ilmu itu.

Saya berharap semoga kita menjadi seorang pelajar dan insan yang berdisipin..belajar setiap hari..bukan apabila peperiksaan sudah dekat saja..dan kena ingat seimbangkan semua perkara dalam kehidupan.jangan rajin belajar sampai tak berkawan dengan orang..tak berhibur langsung..dan sebagainya.,boleh semua tu tapi seimbang-imbangkan la masa tu untuk semua…supaya kebahagiaan dalam hidup ni dapat kita rasa..bukan jadi tak bahagia semacam je sebab asyik belajar je..macam la belajar adalah segalanya..

Kita kena tahu TIADA sesiapa pun dalam dunia ni yang mampu ubah diri kita melainkan ALLAH dan diri kita saja..kita dapat ubah pun dengan kekuatan daripada ALLAH..jadi berdoalah selalu kepadaNYA agar ALLAH bagi kekuatan dan kesedaran kepada kita untuk berubah ya…..apabila dah berubah sentiasalah berdoa pula untuk istiqamah atau lain kata konsisten kerana kita boleh berubah dari positif ke negatif atau negatif ke positif dalam sekelip mata saja tau tak.Tapi kita nak berubah ni asalnya adalah atas KEMAHUAN diri kita sendiri.Sebab tu orang selalu kata kita yang tentukan siapa diri kita bukan orang lain…..

Saya tak marah ke apa walaupun ada tanda seruan dan sebagainya cuma nada saya tegas bukan marah ya..hehehehe……mungkin ada yang tak berapa setuju dengan apa yang saya kata tapi tak mengapa la, “different body different opinion”.

Ingatlah…bagaimanakah diri kita di awal perjuangan adalah tidak penting sebaliknya di akhir pperjuangan itulah yang penting.maksudnya apa? maksudnya..kalau dulu kita langsung tak belajar…PEMALAS..tak mengapa kerana dah tak penting la..penting sekarang kita masih boleh berubah sebelum peperiksaan sebenar menjelma..kalau dulu kita rajin belajar tetapi sekarang dah jadi pemalas tak ada guna juga kan..kan?

Ikhlaskan diri belajar kerana ALLAH..kenapa pula? Ya a..matlamat hidup kita yang sebenar untuk cari keredhaan ALLAH..jadi kita perlu berilmu untuk menegakkan agamaNYA…fikirkan implikasi jika kita berilmu dan fikirkan juga kalau kita tak berilmu..insya ALLAH semangat untuk belajar akan lahir dengan kekuatan daripada ALLAH.

Apabila kita sudah lakukan yang terbaik, serahkan saja pada ALLAH Yang Maha Berkuasa atas segalanya kerana DIA yang tentukan apa ‘outcome’nya.Apapun result yang kita dapat, kita mesti terima dan redha.Sama ada capai target atau tak, kedua2nya ada hikmahnya…itu mesti ada dalam diri kita sebagai orang yang beriman kepadaNYA..Dan lepas tamat exam nanti, jangan la “merdeka” tak tentu hala pula sampai lupa habis ilmu yang dipelajari..ingat..ingat..belajar BUKAN untuk exam..jangan buat lupa pula..

Sebagai penutup, renung-renungkan kata-kata ini. “Hendak seribu daya, hendak berjaya berjuta cara dan usaha, tak mahu berjaya berbilion alasan diberikan…………………”

“Insan yang gagal dalam hidup ialah insan yang meyedari kesilapannya yang terdahulu namun tiada apa yang dilakukannya bagi mengelakkan dia mengulangi kesilapan yang sama”

SELAMAT BERJAYA DALAM SPM DAN STPM 2009!!!

5 Responses to “Motivasi Tentang Pelajaran Untuk Teman-temanku”

  1. roslah sariyon Says:

    aiwah…manfaat utk motivasikan rakan2 pelajar dari keikhlasan ilmu seorang pelajar

  2. Syukron jazilan liro’yiki.
    hehehe…

  3. aiwah…bizob keda…sy stuju…sesungguhnya Dia xkan merubah nseb sesuatu kaum melainkan kaum itu sndri mngubahnya…wallu’alam..
    trskn mnghntr postng2 yg lbh mnarik n bermanfaat buat tatapn semua…

  4. Syukron jazilan ya ukhti.
    Insya ALLAH..sama-samalah kita saling membantu antara satu sama lain =)

  5. syabas.. 1 usaha +ve dlm membri ksedaran dan motivasi wat smua.. smga trus sukses..!

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: