Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 7

Anwar dan Syukri yang gembira dengan penyebaran khabar angin mengatakan Asyraaf berpasangan dengan pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Faizuddin pergi berjumpa Faiz dan Amar di kelas 5 Ali untuk memaklumkannya.

Faiz: Korang ada apa hal nak jumpa kami ni?
Anwar: Hmm..abang dah dengar ke cerita pasal Asyraaf?
Amar: Haih..korang ni tak habis-habis lagi ke nak mereka cerita ke ha?
Syukri: La..serius la ni..bukan kami reka..memang betul la..dah tahu ke pasal Asyraaf bercouple dengan student SMS Tuanku Syed Faizuddin..
Faiz: Korang ni kan kalau tak fitnah orang boleh tak?!
Anwar: Abang Faiz…kali ni kami tak reka cerita la…betul..sumpah..orang lain juga yang beritahu kami..
Syukri: Cuba abang tanya kawan-kawan abang..mana la tahu ada antara diorang yang tahu..

Amar kemudiannya memanggil Adam yang sedang membuat latihan Matematik Tambahan.

Amar: Hang ada dengar cerita tak pasal Asyraaf bercouple dengan student SMS Tuanku Syed Faizuddin?
Adam: Hmm..ada la dengar..tapi tak tahu betul ke tak..student sekolah tu la yang ada beritahu aku.
Anwar: Ha..sekarang abang nak kata apa? Dah terbukti kan?
Faiz: Adam..kenapa hang tak beritahu kami pasal ni?
Adam: Aku tak berminat la nak cakap pasal benda macam ni..
Amar: Wei..hang minat ke tak bukan soalnya tapi ni soal nama baik Jam’iyyatul Muraaqib la.
Adam: Aku anggap korang dah pun tahu..sebab tu aku tak beritahu pun.
Faiz: Tak mengapalah..kalau begitu sekarang juga kita pergi jumpa dia..kalau dia mengaku suruh dia letak jawatan..
Syukri: Ha..macam tu la baru betul..nanti habis orang mengata pada pengawas..

Amar dan Faiz kemudiannya pergi ke kelas 4 Ali untuk berjumpa Asyraaf tetapi Asyraaf tidak berada di kelasnya.

Amar: Arif, kami nak tanya sikit boleh?
Arif: Yeah..sure..apa dia?
Faiz: Betul ke Asyraaf bercouple dengan student SMS Tuanku Syed Faizuddin?
Arif: Hmm…mana betul la..tu khabar angin saja..Asyraaf kata mengarut je semua tu.

Ketika itu Hafiz yang mendengar perbualan tersebut datang mencelah.

Hafiz: Abang, Asyraaf cerita pada saya kata perempuan tu luahkan perasaan pada dia tapi dia tak layan..mungkin sebab geram dengan dia la perempuan tu buat cerita bukan-bukan..
Amar: Amboi…famous benar Asyraaf ni sampai perempuan sekolah tu boleh kenal..
Hafiz: Tu ex-classmate dia masa sekolah rendah dulu..ana kenal sangat dengan Asyraaf..tak ada la dia nak couple ni..
Faiz: Hai..betul ke yang dia memang tak bercouple dengan perempuan tu?
Hafiz: Abang ni…takkan tak percayakan dia? Dia kan adik arwah Abang Aiman..dia tu lebih kurang macam abang dia jelah..

Asyraaf kemudiannya kembali ke kelasnya dan melihat kelibat mereka yang sedang berbual di depan kelasnya.

Asyraaf: Err..apa hal ni? Nak jumpa ana ke?
Amar: Ha! Memang nak jumpa anta pun..nak tanya ni..betul ke anta bercouple dengan student SMS Tuanku Syed Faizuddin?
Asyraaf: Ish…tak ada la..Afifah tu yang tiba-tiba luahkan perasaan dia pada saya dan saya minta dia jangan send message pada saya dah..then kawan-kawan dia serang saya mengata macam-macam la..
Faiz: Oh..begitu..tak mengapa la..macam-macam betul la..kejap soal tu lepas tu datang yang lain pula..
Hafiz: Ala..abang tu dinamakan roda kehidupan..kejap ditimpa perkara baik kejap sebaliknya..kan..kan Asyraaf.
Asyraaf: Yelah tu..huhuhu…
Amar: Tak mengapalah..kalau begitu kami balik kelas dulu ya..
Arif: Alright!

Kemudiannya Amar dan Faiz pun kembali ke kelas mereka.

Asyraaf: Haih..macam-macam betul…pening kepala betul..
Arif: Ala..sabar sajalah..dulu arwah abang hang terpaksa hadapi macam-macam juga..budak-budak batch kita yang tak ketahuan tu hantar surat layang la pada dia..
Hafiz: Ha..betul tu..mesti ada hikmah disebalik yang berlaku ni..
Asyraaf: Hmm..harap-harap begitulah..

Sementara itu, Faiz dan Amar bersembang sesama mereka ketika dalam perjalanan pulang ke kelas mereka.

Amar: Haih…kesian juga aku dengan Asyraaf tu..hari tu pasal VCD lucah..ni couple pula.lepas ni apa pula agaknya?
Faiz: Entahlah..kita tunggu dan lihat sajalah…

Ketika pulang ke rumah, Asyraaf melihat terdapat mesej di talefon bimbit yang diterima daripada seorang perempuan bernama Aliya.

Aliya: Assalamualaikum…errr..Asyraaf ke ni?
Asyraaf: Wa’alaikumussalam..ya..saya Asyraaf..ada apa?
Aliya: Saya Aliya..pelajar form 4 juga..SMK Agama(Perempuan) Aisyah..Hafiz yang beri nombor talefon bimbit awak pada saya…boleh berkenalan..
Asyraaf: Oh..begitu..boleh..tiada masalah..tak salah kan asalkan tak terkeluar dari batas pergaulan..nak tahu apa pasal saya?
Aliya: Oh..betul tu..bagus la awak ni…tak mengapa saya tahu la juga sedikit sebanyak pasal awak..pakar Add Math dikatakan..memang famous juga la nama awak di sini.
Asyraaf: Hmm..pakar Add Math?? Hahahaha…lawaknya..famous? Yelah tu…
Aliya: La..betul la tu kan..awak selalu dapat 90 ke atas kan marks Add Math..

Keesokan harinya di sekolah, Asyraaf bersembang dengan Hafiz.

Asyraaf: Hang rapat ke dengan student SMKAP Aisyah nama Aliya tu?
Hafiz: Tak la sangat..oh..dia ada send message pada hang ke?
Asyraaf: Ya..ada..aku ingatkan siapa la tu..ingatkan nak luahkan perasaan pula.
Hafiz: Hahahaha..perasan la hang ni..tak ada la dia nak luahkan perasaan pada hang..dia tu kan..eh..tak ada apa-apa la..

Bersambung……

 

2 Responses to “Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 7”

  1. emm..thanks a zillion.
    teruskan la membaca…

  2. cik sibuk Says:

    owww…cm2 cte dye….ptt gak asyraff wt xlyn je kt ppuan 2…khabar angin pom lme2 hlg gak…bez cite!!!!

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: