Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 8

Asyraaf berasa hairan tatkala melihat Hafiz bercakap sesuatu yang kemudiannya dia menarik balik kata-katanya itu.

Asyraaf: Hmm..sebenarnya dia tu apa ha?
Hafiz: Errr….tak ada apa-apa la..never mind..
Asyraaf: Berahsia pula dengan aku…tak apa..tak apa..
Hafiz: Ish..buat merajuk pula dia ni..kalau aku beritahu hang..hang berjanji jangan beritahu sesiapa boleh?
Asyraaf: Hmm..insya ALLAH..apa dianya ni ha?
Hafiz: Aliya tu boleh dikatakan ehem..ehem dengan Arif.
Asyraaf: Ehem..ehem dengan Arif? Apa maksud hang ni? Couple?
Hafiz: Boleh dikatakan begitulah…
Asyraaf: What?! Hang ni merepek apa pula…aku tak percaya la..
Hafiz: Terpulang la pada hang..nak percaya ke tak..hang boleh la tanya dia sendiri..tak pun tanya Aliya tu…
Asyraaf: Hmmm..oklah…oklah…macam-macam betul…

Kemudian datang Arif setelah terdengar perbualan Hafiz dan Asyraaf.

Arif: Apa hal ni? Apa yang macam-macamnya?
Asyraaf: Hehehee..tak ada apa-apa la…
Arif: Berahsia pula dengan aku nampak..
Hafiz: Seorang lagi nampaknya…eh..tak ada apa-apa..
Arif: Seorang lagi apa ha?
Asyraaf: Seorang lagi datang la..ish..tu pun tak tahu..
Arif: Hmm…ya la tu…

Seorang pelajar tingkatan 3 bernama Amrul datang ke kelas 4 Ali untuk berjumpa dengan Arif.

Hafiz: Hmm..tu ha ada budak datang cari hang..
Arif: Ada apa ni?
Amirul: Hmm..Ustaz Mohd Asri nak jumpa anta di bilik guru sekarang.
Arif: Oh..yeke..ok..terima kasih…

Amirul pun pergi meninggalkan kelas 4 Ali pulang ke kelasnya.

Asyraaf: Apa hal tu?
Arif: Ustaz Mohd Asri nak jumpa aku di bilik guru sekarang..jom Asyraaf temankan aku.
Asyraaf: Ok..jom-jom..
Hafiz: Hek eleh..nak pergi ke bilik guru pun nak berteman.
Arif: Ala..bosan la pergi seorang..pergi berdua boleh sembang..
Hafiz: Oh..tak ajak aku pun..tak apa..tak apa..
Arif: Ala..hang kan tak suka pergi bilik guru.
Hafiz: Siapa kata  macam tu ha?
Asyraaf: Ish..hang la dulu ada kata macam tu..kata nanti cikgu-cikgu hairan asyik nampak muka yang sama je datang ke bilik guru.
Hafiz: Hmm..ok la..ok la..aku pun nak buat latihan Add Math..ye la kan..aku ni selalu dapat G je Add Math..tak macam seorang tu selalu dapat A1…
Asyraaf: Amboi..menyindir nampak…ha..jom la Arif…
Arif: Jom..jom..nanti ustaz bising pula lambat sangat..

Semasa dalam perjalanan ke bilik guru, Asyraaf teringat untuk bertanya kepada Arif tentang Aliya.

Asyraaf: Aku nak tanya sikit boleh tak?
Arif: Ya..boleh..apa bendanya ni?
Asyraaf: Hang kenal tak Aliya, pelajar SMKAP?
Arif: Err…apa hal tiba-tiba tanya soalan macam tu?
Asyraaf: Banyak soal pula dia ni aih..kenal ke tak?
Arif: Kenal tu memang la kenal..kenapa?
Asyraaf: Hang dengan dia rapat ke?
Arif: Hai…banyak tanya nampak…straight to the point boleh tak?
Asyraaf: Okla…okla…hang dengan dia bercouple ke?
Arif: Hmm…..
Asyraaf: Kenapa tak jawab? Jawapan dia betul ke…
Arif: Nak kata bercouple tu tak la juga….nak kata tak pun tak la juga..
Asyraaf: Haih..kalau Abang Amar dan Abang Faiz tahu macam mana?
Arif: Kalau tengok tu bukan macam couple pun..kalau diorang tahu, maknanya hang la yang beritahu!
Asyraaf: Ish…tak ada la aku nak beritahu diorang.

Sampai di bilik guru, kelihatan Ustaz Mohd Asri agak geram dengan Arif yang lewat datang.

Ustaz Mohd Asri: Kenapa kamu datang lambat sangat ha?Kesian pelajar baru kita ni tunggu lama…
Arif: Minta maaf la ustaz.. pelajar baru??

Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: