Berhati-hati Kepada Pengguna Friendster

Artikel yang dah lama dah  tapi disiarkan untuk tatapan bersama.

Oleh:

Friendster merupakan laman sosial yang paling popular masa kini. Setiap hari, lebih 1 juta pengguna akan log in dan membuat apa-apa yang berkaitan di dalam Friendster. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Friendster berdepan dengan profile palsu yang bertujuan untuk menyebarkan komen yang berbaur lucah. Dan komen yang berbaur lucah ini akan disebarkan dari 1 pengguna ke pengguna yang lain. Malangnya, pengguna yang “menghantar” komen itu merupakan pengguna yang sebenar.

Gambar di atas merupakan salah satu profile yang penuh dengan komen yang mengajak sesiapa sahaja untuk klik pada gambar dan menghantar pengguna ke laman web lucah. Pengguna yang menghantar komen itu merupakan pengguna sebenar. Ramai kawan di luar sana mendapat komen atau mesej seperti itu atau seumpamanya. Bagi aku, ia mungkin disebabkan 2 perkara.

Komen Bergambar
Profile kita di Friendster nampak lebih menarik jika kawan menghantar komen-komen bergambar yang bergerak-gerak atau comel. Tetapi adakah kita tahu disebalik komen bergambar itu, terdapat beberapa kod HTML yang akan mengarahkan untuk log out secara automatik dan apabila kita melihat profile yang mempunyai komen bergambar yang ada kod rahsia itu, secara automatik kita akan di bawa ke halaman log out.Ada juga komen bergambar yang apabila kita klik sahaja pada gambar tersebut, kita akan log out secara automatik dan komen tersebut secara automatik akan dihantar kepada semua friend list kita setelah kita log in semula. Petikan dari buletin Friendster yang aku baca :

Kepada pengguna Friendster. Sekarang ni virus (malware) telah menjangkiti rangkaian Friendster.
Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui “comment”. Sekiranya kita “klik” pada imej itu ianya akan membuatkan kita “sign out”
Lepas kita “sign in” balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan menghantar gambar2 lucah tu kepada kawan2 kita melalui komen.
Pada kawan2 sekalian, sekiranya anda menerima gambar lucah di ruangan “comment” daripada friendster saya atau sesiapa dari rakan anda, ianya adalah kerja virus tersebut. Sila delete segera.

Ya, lumrah bagi lelaki terutamanya apabila melihat gambar sebegitu, kemungkinan akan klik ke gambar tersebut.

Virus/Malware
Makhluk di atas ini sering digunakan untuk menyerang sesebuah komputer dan ia boleh mengakibatkan gejala yang tidak normal berlaku pada komputer tersebut. Salah satu daripadanya ialah ia mampu menghantar komen menggunakan profile pengguna yang telah log in. Setelah pengguna log in ke dalam Friendster, virus ini akan menjalankan operasinya iaitu menghantar seberapa banyak komen yang mengandungi gambar-gambar lucah atau mesej yang mengandungi pautan ke laman web lucah kepada friends list pengguna tersebut. Petikan dari salah satu komen dari pengguna Friendster di forum Friendster :

If spam messages are being sent from your Friendster account and you did not send them, or if you are receiving spam messages from your friends (and they claim they did not send them) then this could indicate that you or your friend’s computer has been infected by the recently discovered “Koobface” virus.

Mungkinkah virus ini yang menyebabkan anda mendapat atau “menghantar” komen-komen yang berbaur lucah?

Keselamatan
Akhir sekali, bagi sesiapa yang mendapat komen atau mesej yang mengajak anda untuk pergi ke pautan laman web lucah atau seumpamanya, JANGAN KLIK pada pautan tersebut. Silalah menekan butang DELETE untuk membuang mesej atau komen tersebut. Anda bukan sahaja dapat menyelamatkan diri dan profile Friendster anda namun anda juga mungkin menyelamatkan beribu-ribu profile pengguna sebenar yang masih selamat dan berdepan dengan ancaman ini.

Silalah juga mengupdate database antivirus anda, tidak kira antivirus mana sekalipun dan lakukan proses full scaning termasuk scan pada aktiviti di dalam sistem operasi anda. Mungkin anda akan terjumpa virus seperti yang telah disebutkan tadi atau mungkin banyak lagi virus yang duduk diam di dalam komputer anda. Jika tidak jumpa juga, jangan puas hati lagi. Aku sarankan gunalah Hijack This untuk scan entry-entry di dalam registry sistem operasi anda. Mungkin anda tidak faham akan keputusan scan bagi software ini namun anda boleh berjumpa dengan pakar-pakar Hijack This seperti beliau dan beliau.

Sumber: http://mohdnasri.blogspot.com/

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: