Carta Top 30 Memoriku di SMKAA (1)

Hmmm..5 tahun menuntut ilmu di SMK Agama Arau mulai tahun 2005 hingga 2009, banyakk kenangan yg tak bisa dilupakan…Sorotan memori aku di sana akan dikongsikan bersama di blog aku ni tapi dengan cara yang lain sedikit…melalui ‘Carta Top 30 Memoriku di SMKAA’. Apa yang baik tu jadikanlah teladan..apa yang tak baik tu jadikanlah pengajaran..sekadar perkongsian..hehehe…untuk 10 events yang pertama ni tak berapa jadi memori sangat..tapi ingat la juga…biasa2 je…hehe.

No 30 : Hari pertama bersekolah di SMKAA..apa yang tak boleh lupa? Hari ni la aku dan kawanku terpaksa balik ke rumah dengan berjalan kaki..tunggu bas tak ada pun..separuh perjalanan barulah ada sebuah bas lalu dan berhenti maka kami pun naik la…huhuhu…

No 29 : 1st time aku naik pentas Dewan Al Faizin..dapat no 3 dalam pertandingan tulisan khat jawi pada Hari Pendidikan Islam peringkat sekolah…nak tergelak juga…tulisan aku pun bukan elok mana pun..haha..

No 28 : Ogos 2006..berapa hari bulan ek? X ingat maa…bermulalah satu lembaran baru dlm hidup aku bila aku mula guna hp…ni terjadi selepas aku berkenalan dgn dua orang insan dan rapat dgn diorang…siapa? Mohd Faizuddin Bin Sahimi dan Muhammad Rushydi Bin Musa..huhu..kemudian ‘terpengaruh’ dgn diorang yang dah lama guna hp…haha…tak ada anti-virus la aku ni.

No 27 : Dah rapat dengan diorang tu..lepas tu ada hp pula..jadi spy cikgu2 disiplin la untuk siasat pelajar2 yg buat kesalahan disiplin ni…hu..best! haha…

No 26 : Januari 2008..first time aku jadi pembaca doa dan ikrar untuk assembly rasmi sekolah..gementar juga oo..tapi biasa la dah tak pernah lagi sebelum ni..lama2 biasa la..huhu..

No 25 : Semasa mesyuarat pertama pengawas tahun 2009, aku tersilap sebut aku ni pelajar 4 Ali padahal 5 Ali..nampak biasa je..tapi bila teringat tu nak tergelak juga…orang lain pun tergelak masa aku silap sebut tu..hari tu 17 Januari 2009..macam mana boleh ingat? Sebab aku cover diri sendiri dgn kata baru 17 hari dlm tahun 2009 tu masih ingat aku ni student form 4…hehe…

No 24 : Krisis yang macam2 dalam Jam’iyyatul Muraaqib( Badan pengawas )…selama 2 tahun dlm organisasi ni baru tahu..sebelum jadi pengawas tak tahu pun krisis dalaman tu…alhamdulillah makin ok…fuh..lega..huhu..

No 23 : Lepas habis PMR, aku dapat tawaran untuk jadi pengawas tapi kena interview dulu la..masa form 1 dulu dah dapat tapi tolak terus..kali kedua terima pula..dah la kena tanya soalan pelik2..tak macam masa form 1 dulu cikgu yang interview..tanya pun simple2  je..tinggal dimana..datang sekolah dengan apa..haha… Dah jadi pengawas tak sampai setahun…beberapa kali aku bercadang nak resign..asyik beritahu orang tapi tak resign2 juga..orang pun kata aku ni banyak cakap je tapi tak buat2 pun..hahaha..bukan banyak cakap..tapi tak nak la bertindak terburu-buru..nanti menyesal kan susah…nak resign tu bukannya apa..macam2 yang jadi masa tu…apa benda..krisis la! Huhu..

N0 22 : Aku cukup kecewa la bila aku tak dapat anugerah masa form 5 pada hari anugerah kecemerlangan setelah 4 tahun aku berada di SMKAA tiap2 tahun dapat anugerah..mulanya aku set dlm mind tak mau pergi sekolah hari tu..tapi atas rasa tanggunjawab sebagai pengawas, pergi juga la untuk jalankan tugas…huhu….

No 21 : Aku jadi calon harapan sekolah untuk PMR 2007..aku jadi calon harapan?? Macam tak patut je..dah la nak kena bergambar beramai2 dan lepas tu dipaparkan dalam kawasan sekolah untuk tatapan warga sekolah..eee..tak rasa malu ke..mula2 aku tak nak bergambar bersama tapi at last masuk sekali la untuk aku cabar diri sendiri bagi dapat 9A dalam PMR…hehehe…

Bersambung lagi….untuk 10 events seterusnya….tunggu ya…

6 Responses to “Carta Top 30 Memoriku di SMKAA (1)”

  1. rabiatul Says:

    haha..kelakar jgak..

  2. haha..dah publish maa sambungannya..

  3. cpat2

  4. Tunggu yaa…
    akan disiarkan dalam masa terdekat….

  5. haha..x sabar tunggu? tunggu je…

  6. Alya SMKAP Says:

    tak sabar tunggu yg seterusnya..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: