Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar – Bahagian 1

Belajar merupakan sesuatu yang wajib bagi seorang yang bergelar Muslim berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Anas Bin Malik radialllahu ‘anhu berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda, menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim” – Hadis riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi.

Jika kita lihat dalam Al Quran dan As Sunnah, terdapat banyak nas yang menyatakan tentang kepentingan menuntut ilmu dan kelebihan menuntut ilmu. Antara kelebihan menuntut ilmu yang dinyatakan dalam hadis yang bermaksud:

“Daripada Abu Zar radiallahu ‘anhu berkata, sesungguhnya orang yang keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada orang yang menunaikan solat sunat seratus rakaat” – Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tabrani.

Menuntut ilmu bukan saja semasa kita di sekolah atau di institut pengajian tinggi, namun kita mesti menuntut ilmu yang begitu luas ini sepanjang hayat kita sehinggalah kita meninggal dunia. Malangnya, kebanyakan dalam kalangan kita yang anggap atau ada persepsi kita belajar hanya kita di sekolah dan IPT, kemudian tamatlah  alam pembelajaran. Itu merupakan satu persepsi yang memang salah sama sekali.

Kita juga kena sedar kita sebenarnya merupakan seorang pelajar sehinggalah kita dipanggil oleh ALLAH untuk kembali kepada-NYA, sebab kita kena belajar sepanjang hayat kita. Belajar tu bukan semestinya secara formal tapi juga secara tak formal. Selain itu, insan yang masih bergelar ‘pelajar‘ sama ada pelajar sekolah atau IPT, kita harus sedar tujuan kita ke sekolah atau IPT ni adalah untuk menuntut ilmu. Dan kita tuntut ilmu itu untuk apa? Bukan untuk exam..bukan untuk kerja dan macam2 lagi. Tetapi kita harus tahu kita belajar adalah kerana ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Itu perintah nabi S.A.W dan perintah nabi itu sebenarnya perintah ALLAH.Ilmu tingkatkan kemajuan insan.

Memang selepas kita belajar, kita akan duduki exam dan kemudiannya menuju ke alam pekerjaan. Tapi bukan itu niat kita belajar. Tetpi kerana ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Kalau kita belajar sebab exam..sebab nak kerja…kita akan dapati sepanjang kita belajar tu kadang2 ada rasa macam tak semangat ke apa..sebab apa? Sebab kita tak letak niat belajar tu kerana ALLAH..tetapi sebab lain. Kalau kita sentiasa ingat dan sedar kita belajar ikhlas kerana ALLAH semata-mata..insya ALLAH, kita akan mudah terima dan ingat ilmu yang dipelajari sebab kita tak anggap ilmu tu dipelajari untuk exam bukan untuk kerja tetapi kerana ALLAH. Bukan maksudnya kita tak perlu hiraukan tentang exam dan kerjaya tu, tetapi niat tu harus diperbetulkan..kalau kita mudah terima dan ingat ilmu yang dipelajari, so bila tiba exam kita tak perlu pening kepala nak study banyak sebab ilmu memang dah kita ingat cuma nak diaplikasikan saja.

Dan bila kita ikhlas belajar kerana ALLAH juga, insya ALLAH semangat kita untuk sentiasa beristiqamah yakni konsisten dalam belajar tu ada..bukan belajar bermusim..nak exam baru laa nak sibuk study..maka kelam kabut la time tu..yang dikatakan ilmu ni bukan hanya ilmu agama ke apa..tetapi segala yang kita pelajari di sekolah la tu ilmu..add math ke..biology ke..sejarah..semuanya itu adalah ilmu. Jangan kita kata add math tu entah apa2 ilmu ke..so buat tak kisah dan tak study pun add math..contoh saja.

Kesimpulannya, dalam nak tajdid dalam pemikiran pelajar bahagian 1 ni saya tekankan adalah keikhlasan dalam diri kita belajar kerana ALLAH..bukan sebab lain..apa yang saya kata ni adalah untuk diri saya juga.. dan untuk kalian yang membaca cetusan pemikiran saya ni..terima kasih sebab baca..tunggu sambungan untuk siri “Tajdid dalam pemikiran pelajar” ni…wassalam.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: