Surat Terbukaku Kepada Pelajar 3 Ali 2008

Berikut adalah satu surat terbuka yang telah aku kirimkan kepada pelajar tingkatan 3 Ali tahun 2008 semasa berlakunya konflik antara aku dan mereka sebagai membalas surat layang yang dihantar kepadaku. Surat ni adalah teks asal yang aku taip dan tak ada sikit pun perkataan yang diubah. Ramai juga yang teringin baca surat ni tapi disimpan selama ni…dah keluar dari sekolah tu baru nak publish.huhu….

Tujuan aku publish surat ini adalah untuk tatapan semua untuk menjadi pengajaran daripada intipati daripada surat ini. Bukan aku nak buruk2kan atau malukan pelajar2 berkenaan atau ungkit kisah silam..tidak sama sekali…tak ada dendam pun yang disimpan dalam hati…yang lepas tu biar dah lepas..Cuma tetap diingati..dan aku nak pahatkan surat ni dalam blog ni untuk jadi memori aku sepanjang hayat aku…hehe..
__________________________________________________________
Kepada: Para Pelajar 3 Ali 2008

Assalamualaikum kepada para pelajar Tingkatan 3 Ali yang pandai-pandai belaka,
Pertama sekali saya ingin menjelaskan mengapa saya menceritakan segalanya kepada cikgu-cikgu. Saya berbuat demikian kerana bagi saya guru-guru ialah ibu bapa kedua saya jadi saya rasa sebarang masalah dan sebagainya harus diceritakan kepada mereka.

Kedua,saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada korang semua kerana telah busy body dalam hal korang serta mengganggu hidup korang. Saya sedar yang sepatutnya  saya tak mencetuskan idea program study group tu kepada cikgu kerana para pelajar tingkatan 3 tahun ni pandai-pandai belaka dan tidak seperti kami  pelajar tingkatan 3 tahun lepas.Korang memang langsung tak perlukan bantuan dan bimbingan kami lagipun kami students form 4 ni bukan pandai mana pun.Entah-entah korang lagi pandai daripada kami.

Ketiga,saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada korang semua kerana telah busy body dalam hal program lepasan PMR tu. Niat saya Cuma nak tolong korang dalam mencadangkan program yang korang nak kepada Cikgu Latif di samping tolong cikgu latif juga. Bagi saya, korang ni kira agak bertuah kerana diberi peluang untuk memberikan pandangan untuk program yang patut dilaksanakan selepas PMR. Tidak seperti kami tahun lepas, kami tidak diberi peluang seperti ini. Mungkin korang ingat saya yang nak handle program lepasan PMR tu. Tapi sebenarnya bukan,saya langsung tidak akan terlibat dalam program tu. Sebab hujung tahun ni saya nak duduki peperiksaan akhir tahun iaitu disaat korang tengah enjoy lepas PMR. Jadi saya memang takkan handle langsung apa-apa aktiviti. Saya cuma nak tolong korang cadangkan apa aktiviti yang korang mahu pada cikgu latif. Tapi tak pa la. Dah korang nak bagi feedback seperti itu kepada saya,saya terima semua tu. Terima kasih banyak-banyak kepada yang memberi cadangan,kepada yang meluahkan rasa hati dan kepada yang mengutuk saya dengan students form 4 yang lain.

Keempat saya cuma nak minta korang supaya tolong respect cikgu-cikgu yang mengajar korang. Jangan la sesekali menyakiti hati cikgu-cikgu. Jangan la lupa balasan ALLAH jika korang menyakiti hati cikgu-cikgu. Mungkin balasan ALLAH tu dalam result PMR korang,maybe result SPM atau maybe di akhirat kelak. Kalau korang kurang ajar dengan cikgu-cikgu tapi PMR korang dapat 9A,saya sikit pun tak rasa pelik. Sebab setiap perbuatan ada balasannya. Cuma balasan tu cepat ataupun lambat.So kalau korang pernah sakiti hati cikgu, minta maaf la sebelum ALLAH membalasnya.

Akhir kata,saya mewakili students form 4 ingin mohon jutaan kemaafan atas segala dosa dan kesalahan kami terhadap korang. Kami takkan ganggu hidup korang dah nanti. Semoga korang happy dengan hidup korang. Saya juga akan memenuhi permintaan supaya jangan lalu depan kelas 3 Ali dah untuk tahun ni. Tapi saya terpaksa lalu juga di sekitar tu sebab nak pergi ke makmal kimia dan fizik. Saya sentiasa doakan kejayaan korang. Semoga korang dapat 9A dalam PMR nanti. Itu saja yang saya nak kata. Salam perjuangan daripada insan yang suka busy body hal orang lain dan suka ganggu hidup orang lain.

Sekian,terima kasih.
Yang benar,

(Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman)

3 Responses to “Surat Terbukaku Kepada Pelajar 3 Ali 2008”

  1. Hehe..kalau nak baca kisah di sebalik surat ini, boleh baca cerpen madu dibalas racun atau drama roda kehidupan.

  2. sedeynye cite ni

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: