Antara Kuat Agama Dan Kuasai Ilmu..

“Hang ni apasal tak tinggal di asrama ha?” tanya si A.
“La..rumah aku bukannya jauh sangat pun dengan sekolah jadi rasanya tak perlu la tinggal di asrama..kenapa?”, jawab si B.
“Ala…kata saja hang tu anak manja tak nak berjauhan dengan parents…straight to the point kan senang”, balas si A.
“Amboi..sedapnya mulut mengutuk orang….aku tahu la semua yang tinggal di asrama semuanya bagus-bagus belaka kan…kan…”, balas si B.
“Haha..memang bagus pun…kuat agama..solat berjemaah..banyak beribadah..kalau tinggal di rumah tu banyak kerja lain nak buat la..surf internet la..tonton tv la…macam2 kan…”, kata si A.
“Ya la tu..apa2 saja la….”jawab si B. Dalam hatinya si B berkata, “kuat agama tetapi dalam pelajaran teruk apa kes..”.

Aha..ni satu lagi tajuk yang saya nak bagi pendapat..ni berkait rapat dengan pelajar sekolah la…terutama sekolah agama…dialog di atas sebenarnya dipetik dan diubahsuai daripada perbualan saya dengan seorang sahabat dulu. Oklah…setiap insan yang belajar di sekolah barangkali nampak keadaan ni sama ada dia sedar ataupun tak..apa keadaannya tu? Selalunya la..bukan semua macam tu pun..tapi boleh kata kebanyakan daripada pelajar yang tinggal di asrama dilihat tak menguasai pelajaran yakni dibuktikan dalam result exam yang diorang capai..berbanding pelajar yang tinggal di rumah yang lebih menguasai pelajaran.

Bukan nak kata tak baik tinggal di pelajaran dan baik tinggal di rumah..tidak! hee…Masing2 ada pro kontranya..tapi bukan nak bincang pasal tu..tapi tujuan artikel tu ditulis untuk renungan dan muhasabah diri kita sebagai pelajar terutama yang tinggal di asrama la. Pelajar asrama seringkali dikaitkan dengan insan yang kuat agama..buktinya apa? Diorang sememangnya bersolat berjemaah…rajin bersolat sunat..membaca Al Quran..berzikir…memakai serban..dan banyak menghafaz wirid dan ayat Al Quran. Namun amat menghairankan bagi sesetengah insan yang jenis suka fikir macam saya ni (ehem2 perasan la pula…) apabila diorang ni tak kuasai ilmu pelajaran dengan baik…maksudnya result exam diorang tak berapa memberansangkan berbanding orang lain.

Persoalannya, kenapa begitu jadinya? Kenapa? Kepada yang membaca artikel ni..cuba fikir sejenak…..fikir la..fikir dulu….jangan teruskan membaca…hehe…pada pendapat saya la, jawapan bagi soalan ni mudah…amalan yang banyakk dilakukan tu tak berapa beri kesan kepada pelakunya..apa guna kita rajin bersolat..kita rajin baca Al Quran..kita rajin berzikir..tapi dalam masa yang sama kita seorang yang pemalas bagi perkara positif..yang suka kutuk orang sedap hati..yang suka buang masa asyik bersembang saja sampai abaikan pelajaran..apa guna? Huhuhu…boleh faham tak apa yang saya nak maksudkan?

View Image

Hmm..jadi yang nak ditekankan di sini…kita bukan nak ukur orang tu kuat agama ke tak kuat agama ke berdasarkan berapa banyak Ayat Al Quran dia baca sehari..berapa lama dia bersolat..berapa lama dia berzikir…tapi sejauh mana amalan yang dilakukan tu beri kesan kepada keperibadian dia dalam kehidupan seharian…bukan maksud saya kita baca al quran sekejap saja..solat pun sekejap..berzikir pun sekejap..bukan tu maksud saya…apa yang saya nak katakan biarlah kita bersederhana dalam beribadah tapi ia beri kesan yang mendalam pada diri kita..kadang2 tu mungkin kalau kita muhasabah balik..mungkin ibadah kita yang banyak tu tak diterima oleh ALLAH..kenapa? mungkin ada beberapa sebab…pertama, ikut cara Rasulullah S.A.W tapi tak ikhlas kerana-Nya..kedua dah ikhlas kerana-Nya tapi beribadah tu tak ikut cara yang Rasulullah S.A.W ajar…Kedua2nya ditolak..sebab kedua2 syarat mesti ditepati..Jadi dalam beribadah, syarat amalan diterima adalah ikhlas kerana ALLAH dan mengikut tunjuk ajar Rasulullah S.A.W…selain itu, kita tak disuruh berada 24 jam di masjid sampai tak cari rezeki dan bersosial sampai abaikan tanggungjawab kita kepada diri, keluarga, agama, masyarakat dan negara…huhu..kita kena bijak uruskan masa untuk belajar…masa untuk beribadah..masa untuk bersosial yakni bersama keluarga atau sembang dengan sahabat contohnya..masa untuk beriadah dan lain2 la…

View Image

Bukannya kita kerja beribadah..bersembang dengan kawan..tapi kerja rumah yang cikgu bagi di sekolah tak buat..malas ulangkaji pelajaran..jadi result exam pun tak berapa ok…kan susah. Kalau begitu realitinya diri kita,di mana kesan ibadah kita tu dalam hidup kita? Beribadah tu untuk mantapkan keimanan..bila iman dah mantap..jadi diri kita sepatutnya lebih berdisiplin..lebih matang..lebih terurus..lebih bertanggungjawab…sikap kita pun lebih positif…dan insya ALLAH hati kita pun mudah terima ilmu so kita sepatutnya lebih kuasai ilmu dan hasilnya result exam pun ok…tu yang sepatutnya…betul tak? Jangan la pula kita ni bukan main pandai yakni kuasai pelajaran dan result exam pun mantap tapi pegangan agama pula lemah..tak boleh la macam tu…biar seimbang la…kita kuasai ilmu pelajaran disamping pegangan agama mantap..insya ALLAH gandingan dua perkara ni akan membawa kita kepada kejayaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Amalkan wirid ini yang diajarkan oleh Nab Muhammad S.A.W:

“ Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

https://i0.wp.com/ayunaja.blogdetik.com/files/2009/03/shollu.jpg

Konklusinya, biarlah kita mejadi hamba ALLAH yang taat kepada-Nya dengan berpegang teguh dengan tali-Nya disamping kita mempunyai sikap yang positif dalam hidup seterusnya kuasai ilmu pengetahuan dan akhirnya berjaya dalam kehidupan..biarlah kita bersederhana dalam beribadah tapi cukup beri kesan kepada diri kita…bukan banyak beribadah tapi kesannya entah tak berapa kelihatan…jangan la kita berlagak kita ni banyak beribadah tapi kita tak kuasai ilmu..dan usahlah kita berlagak kita ni pandai sebab result exam bagus tapi pegangan agama pula lemah…biar seiring berjalan…sama2 la kita menjadi insan yang mempunyai pegagan agama yang mantap disamping ilmu yang dipelajari dikuasai dengan mantap…sama2 kita memuhasabah diri kita..peringatan ni untuk saya dan anda yang membaca..harap2 apa yang saya cuba sampaikan dalam artikel ni sampai kepada anda yang membaca…Wallahu’alam..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: