Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar – Bahagian 2

Kali ni saya nak katakan tentang “ilmu yang dipelajari sebenarnya tak susah”. Untuk kuasai ilmu, pertama sekali kita kena la belajar ikhlas kerana ALLAH yang dah pun diperkatakan dalam artikel lalu.Keduanya, bila dah ikhlas kena hadirkan rasa minat terhadap ilmu tersebut. Kalau dalam konteks sekolah ni, kena minat semua subjek yang dipelajari. Dah ikhlas dan minat, kena bersungguh2 la pula untuk belajar dan cuba fahami ilmu tersebut seterusnya kuasai ilmu tersebut. Itu sahaja.

https://i1.wp.com/lifehacking.jp/wp-content/uploads/2008/03/study.jpg

Sebagai contoh, antara subjek yang paling ‘dibenci’ oleh kebanyakan pelajar ialah Matematik Tambahan atau lebih sinonim dengan panggilan add math.Macam2 persepsi yang wujud terhadap subjek ni..”killer subject”, “subjek gila” dan sebagainya…kenapa semua ni timbul? Memang subjek ni gila ke? Subjek ni susah nak mampus? Tidak sebenarnya….yang masalahnya bukan subjek tu…masalahnya ialah diri kita sendiiri. Dah malas buat latihan, macam mana nak kuasai? Kemudian mungkin ada yang balas, nak buat latihan macam mana dah tengok soalan pun dah blank nak jawab apanya. Jawapannya, kalau dah blank, kenapa tak tanya orang yang tahu? Inilah masalah juga yang timbul dalam kebanyakan pelajar dalam belajar. Bila tak faham, malas nak tanya orang lain. Macam berlagak pandai pula. Mungkin ada yang balas, kalau tanya pun bukannya faham explaination orang tu. Kalau dah tak faham, kena tanya sampai faham la. Tu saja jawapannya.  Mungkin dibalas lagi, kalau tanya pun tak faham macam mana? Jawapannya mudah, sebenarnya pelajar macam ni memang dalam fikiran dia dah set tak nak faham dan tak nak kuasai ilmu, kemudian berbagai alasan diberikan. Hendak seribu daya, mahu berjaya sejuta cara, tak mahu berjaya berbilion alasan.

Oklah..back to main topic. Semua dah sedia maklum, kita sebagai manusia diciptakan sama oleh ALLAH.Memang dalam kalangan kita ada kekurangan dan juga kelebihan masing-masing. Jadi kita kena la gunakan kelebihan yang ada pada diri kita sebaiknya dan tidak menidakkan keupayaan diri kita dengan kelemahan yang kita ada.Sebenarnya, ilmu yang ditetapkan dalam sukatan pembelajaran tu semuanya bersesuaian dengan tahap kematangan diri kita.Bukannya ditetapkan ikut suka saja.Maksudnya, ilmu tersebut memang kita mampu kuasai..Cuma bezanya sama ada kita mahu ataupun tak.Yang menetapkan sukatan pembelajaran tu pun manusia seperti kita juga, ye tak? Yang dapat ilham daripada ALLAH, bukan atas ‘kehebatan’ dia pun.Lagipun, ternyata memang ramai pelajar pun kan yang dah mampu kuasai ilmu tersebut dan berjaya dalam pelajaran. Sebagai bukti penyataan saya, dalam Al Quran Al Karim ALLAH berfirman yang mana maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian”  – Surah At Tin ayat 4
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya” -Surah Al Baqarah ayat 286
Jadi kita sebagai insan yang diciptakan ALLAH sememangnya hebat dan mempunyai potensi yang cukup luar biasa jika dimanfaatkan keupayaan yang ALLAH berikan kepada kita…Cuma kita saja yang tak gunakannya.Apa puncanya?Semuanya gara-gara sikap kita yang negatif…tu la punca segalanya.  Dalam kata-kata hikmah Bahasa Inggeris ada mengatakan, “Attitude is just a small matter that makes a big different”. Perbezaan antara orang yang berjaya kuasai ilmu dan orang yang tak berjaya kuasai ilmu hanyalah sikap diorang..iaitu malas dan rajin.Jadi, betulkan sikap kita kalau selama ni sikap kita ni negatif. Cakap mudah kan? Tapi macam dah kata tadi…Hendak seribu daya, mahu berjaya sejuta cara, tak mahu berjaya berbilion alasan.

Jadi, dalam usaha untuk menguasai ilmu daripada lautan ilmu ALLAH yang Maha Hebat ni, kita kena la bersungguh2 dan tak mudah putus asa…memang kadang2 kita perlukan masa untuk kuasai sesuatu ilmu tu dengan banyak bersabar dan berusaha, sebab kita memang bukan sempurna. Tapi kita kena percaya kita diciptakan hebat oleh ALLAH dan beriman dengan-Nya malah Dialah sumber inspirasi kita, justeru kita mestilah sentiasa berdoa dan bergantung harap kepada-Nya dalam menuntut ilmu.Sesungguhnya ilmu tu tak susah..persoalannya hanyalah sama ada kita mahu ataupun tak.. Akhir kalam, amalkan wirid ini yang diajarkan oleh Nab Muhammad S.A.W:

“ Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

2 Responses to “Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar – Bahagian 2”

  1. Ok..insya ALLAH..semoga dapat jawab dengan baik..

  2. mujahadah sarah Says:

    betul tu adikku…kakak nak final exam ni.doakan kakak yek =)

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: