Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 14

Ketika Hafiz menemui Arif di kelas 4 Ali pada pagi hari, dia bertanya kepada Arif tentang Aliya.

Hafiz: Ala…salah ke pagi-pagi tanya soalan tu?
Arif: Ya..memang salah…sebab tak kena waktu…huhu…
Hafiz: Hek eleh…tak kena waktu konon…ala..beritahu saja laa…
Arif: Mak aku suruh aku break dengan dia laa….
Hafiz: Uih..macam mana mak hang tahu?
Arif: Mana la aku nak tahu…adik aku punya kerja la agaknya…
Hafiz: Ish..ish..ish..tak guna betul adik hang ek…sanggup musnahkan kebahagiaan abang dia..hee..
Arif: Amboi….ayat..entah apa-apa….ala..kalau aku break tak bermakna aku musnahkan kebahagiaan aku pun…
Hafiz: What? Kalau Aliya dengar apa hang cakap ni, sure dia menangis tahu tak..
Arif: La…nak menangis apa pasal pula?
Hafiz: Ish..ish..dasar tak memahami sungguh-sungguh perasaan perempuan…
Arif: Ala..aku tahu la hang memang memahami sungguh kan perasaan perempuan.
Hafiz: Aik..aku tak kata pun macam tu…jangan memandai kata…
Arif: La…daripada kata-kata hang tu..dah cukup gambarkan dah..memandai-mandai kata apanya.

Kemudian datang Asyraaf dan Amirul Imtiyaz ke kelas tersebut pula.

Hafiz: Hai..rapat semacam saja dua orang sahabat kita ni….
Amirul: Rapat? Hmm…lain macam saja kenyataan tu..hehee.
Asyraaf: Hai…korang sembang pasal apa kejap tadi?
Amirul: Ha..sembang pasal apa? Lain macam saja…hehe…
Arif: Emm..tak ada apa-apa la…tukar topik pula….
Asyraaf: Amboi..berahsia dengan aku nampak….
Hafiz: Bukan nak berahsia..tapi ni soal orang-orang matang..
Amirul: Sampai hati hang kata dia tak matang…ish..ish…
Asyraaf: Kenapa? Aku tak matang ke?
Arif: Ish..tak la..mana ada..dia ni ha kata entah apa-apa…

Tepat jam 7.25 pagi, loceng pun berbunyi menandakan para pelajar perlu ke tapak perhimpunan untuk bacaan Al Quran.

Arif: Alamak…aku jadi naqib hari ni..hang punya pasal la…aku terlambat pergi bertugas…
Hafiz: Hahaha..salahkan aku pula eh…
Arif: Ya la..hang tanya macam-macam sampai aku terlupa….
Asyraaf: Ok..ok..sudah..sudah..jom pergi…hehe….
Amirul: Cepat..cepat..sebelum Sir Ahmad Tarmizi meronda kejap lagi…

Di bilik guru, Ustaz Mohd Asri dan Sir Ahmad Tarmizi bersembang tentang Anwar dan Syukri.

Sir Ahmad Tarmizi: So macam mana dua orang tu pada pandangan hang?
Ustaz Mohd Asri: Entah…tak tahu nak kata…tapi diorang ni dahsyat juga ya…
Sir Ahmad Tarmizi: Dahsyat? Apa yang dahsyatnya?
Ustaz Mohd Asri: Bukannya apa…kelmarin aku masuk kelas diorang..diorang tengah cakap pasal wahabi la…bid’ah la…
Sir Ahmad Tarmizi: Wah…hebat diorang…cakap bab-bab macam tu…kebanyakan pelajar bukan nak cakap sangat pasal agama ni..
Ustaz Mohd Asri: Hebat tu hebat juga…tapi sampai nak bergaduh pun susah juga…
Sir Ahmad Tarmizi: Bergaduh? La..takkan sampai nak bergaduh cakap pasal agama…
Ustaz Mohd Asri: Biasa la tu…kurang matang dikatakan..masing-masing nak pertahankan kata-kata diri…
Sir Ahmad Tarmizi: Haih..diorang ni macam-macam…asyik nak bergaduh saja…

Pada petang tersebut, Arif bersembang dengan Aliya melalui mesej setelah pulang dari sekolah.

Arif: Aku nak cakap something dengan hang ni…
Aliya: Nak cakap apa? Cakap saja….
Arif: Aku rasa kita kena break la…ok tak?
Aliya: Break?? Tapi kenapa? Apa masalahnya?
Arif: Bukannya apa..tapi mak aku macam tahu saja….dan dia nasihatkan kita break..
Aliya: What? Mak hang tahu? Macam mana dia tahu pula?
Arif: Entahlah…aku pun tak tahu..mungkin adik aku punya kerja agaknya…ok..so kita break ok…
Aliya: Tapi takkan macam tu saja?
Arif: Lepas tu macam mana lagi….ok..salam….
Aliya: Emmmm..wa’alaikumussalam…

Aliya berasa sedih atas perkara tersebut kerana dia tak pernah menjangkakan ‘hubungan’nya dengan Arif berakhir begitu sahaja.Pada malam tersebut, dia bersembang pula dengan Asyraaf melalui mesej juga.

Aliya: Hmmm..aku sedih sangattt ni….:-(
Asyraaf: La..apasal? What happened my buddy? Hehe….
Aliya: Aku dah clash…..sedih sangat ni……..
Asyraaf: Clash?? Apa maksud hang?? Aku tak faham…
Aliya: Clash dalam couple laa…aku tahu la hang tak pernah bercouple…
Asyraaf: La…hang couple dengan siapa?
Aliya: Arif…..kawan hang tu la….
Asyraaf: What??? Arif? Biar betul ni??

Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: