Drama “Roda Kehidupan” – Episod 15

Asyraaf sangat terkejut apabila dia mendapat tahu bahawa Arif sebenarnya mempunyai hubungan dengan Aliya; seakan tidak mempercayainya.

Asyraaf: Hang ni biar betul? Takkan Arif bercouple dengan hang?
Aliya: Laa….betul la..apa halnya?
Asyraaf: Rasa tak sangka pula dalam dia pernah tuduh aku couple la tu la…tengok..tengok..dia sendiri yang bercouple…hmmm….
Aliya: Sekarang ni bukan soal tu laa….aku sayang dia sangat….sangat..tapi sampai hati dia nak clash…terasa hancur hati aku ni….
Asyraaf: Emm..actually sebab apa yang nak clash tu? Apa punca dia?
Aliya: Macam ni…mak dia entah macam mana tahu pasal ni dan minta kami clash…tu yang dia nak clash…sedih sangat hati aku ni….
Asyraaf: Hmm…aku faham apa hang rasa…memang kita akan rasa sedih yang amat bila dikecewakan orang yang kita sayangi..orang yang kita cintai…
Aliya: Dia dah tak nak aku la….aku sangat sayangkan dia tapi rupanya dia tak sayangkan aku…
Asyraaf: Ish..hang ni la…pandai-pandai buat kesimpulan sendiri…hang tahu mana ha?
Aliya: Ala…aku tahu la…

Ketika mereka berdua sedang bersembang melalui mesej, mak Asyraaf memanggilnya dan memberitahu ada panggilan untuknya.

Asyraaf: Assalamu’alaikum..err..siapa ni?
Faiz: Wa’alaikumussalam…ni ana, Faiz form 5…
Asyraaf: Oh…anta..ingatkan siapa tadi..ada apa call ana?
Faiz: Emm..esok anta pergi sekolah tak?
Asyraaf: Insya ALLAH pergi..kenapa? nak jumpa ke?
Faiz: Ya…tahu pun..ana dan Abang Amar nak jumpa anta dengan Arif masa waktu rehat dekat bilik pengawas boleh tak?
Asyraaf: Oh..ok bos..roger! Hehehe….
Faiz: Ish..ana ni ketua pengawas saja bukan bos..huhu..ok sori menganggu ya..assalamua’laikum.
Asyraaf: Eh..tak mengganggu la….hehehe…wa’alaikumussalam…

Selepas itu Asyraaf kembali mendapatkan talefon bimbitnya untuk menyambung perbualannya dengan Aliya melalui mesej.

Asyraaf: Hmm..sori sangat-sangat…tadi ada orang call aku…tu yang lambat reply ni…
Aliya: Eh…tak apa…bukan lambat mana pun….emmmm…..
Asyraaf: Haih…lain macam saja hang ni….are u ok?
Aliya: I think u know the answer…the answer is absolutely no…sedih laa…..hatiku hancur…rasa lebih baik mati saja….
Asyraaf: Hmm…dalam kita hadapi sesuatu perkara dalam hidup ni, kita kena berpada-pada juga jangan sampai melampaui batas…
Aliya: Apa maksud hang?
Asyraaf: Maksud aku memang la rasa sedih tu ada tapi jangan melampau sampai jadi tak semangat nak hidup sampai kata lebih baik mati saja…tu dah jadi putus asa dan putus asa hukumnya haram…
Aliya: Putus asa tu haram?
Asyraaf: Yup..haram…sebab sebagai seorang muslim, kita akui hidup dan mati kita hanya untuk ALLAH selain kita bergantung harap sepenuhnya dengan-Nya…so kalau macam tu memang tak patut la putus asa sebab bila kata putus asa seolah-olah tak wujud tuhan..kan teruk macam tu?
Aliya: Oh…ok…thanks for the explaination…
Asyraaf: Welcome my buddy…emm…dalam soal cinta insani ni, sepatutnya kita mendahulukan cinta ALLAH..sebab tu teras kepada cinta semuanya…dalam soal cinta insani juga, kita kena sedar jodoh tu ditentukan oleh ALLAH…so kita tak perlu risau sangat pasal tu…kita rajin la berdoa agar dapat pasangan yang baik untuk jadi suami atau isteri kita nanti…
Aliya: Hmm..thanks again..tapi aku sayangkan dia……tapi macam tak ada jodoh je antara kami berdua….sedihnya…..
Asyraaf: Macam ni la…kalau hang memang ditakdirkan untuk berkahwin dengan Arif, hang tak perlu la bimbang korang clash sekarang ni..sebab pasti suatu hari nanti korang akan bersatu dalam ikatan pernikahan…yakin dengan ALLAH yang dah sediakan pasangan yang sesuai untuk kita…so sentiasa bersikap optimis k…jangan sebab ni hang terus putus asa nak hidup…next year kita nak SPM..so kena struggle…
Aliya: Hmm..thanks a zillion…aku sangat hargai nasihat hang tu..sangat bermakna untuk aku….

Keesokan harinya, Asyraaf dan Hafiz bersembang tentang Arif dan Aliya.

Hafiz: Hahaha…hang ni tak tahu ke selama ni kata diorang tu bercouple? Ingatkan hang tahu…dah pernah jadi ‘posmen’ hadiah antara diorang…hehe….
Asyraaf: La….mana la aku nak tahu la..huhu…dia tak pernah beritahu pun..eh…Amirul datang la..tukar topik! Hehe….

Bersambung……

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: