Antara Kata Orang Dan Kata Hati…

https://i0.wp.com/www.kontekaja.com/media/upload/20090315_bertengkar.jpg

Mungkin ada yang tertanya2 apa yang nak dikatakan disebalik tajuk diatas tu…kata orang dan kata hati? Pelik semacam saja bunyinya….Dalam kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap insan mempunyai keperibadian yang berbeza, mentaliti yang berbeza, sikap yang berbeza dan secara kesimpulannya setiap insan berbeza antara satu sama lain..dan atas perbezaan ni menyebabkan macam2 perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita sama ada melibatkan kita ataupun yang dapat kita lihat melalui media.

Ok..memang dalam kehidupan semua orang suka bercakap dan mengatakan apa yang diingininya sehingga yang bukan2 dan tak sepatutnya pun dia cakap…kenapa? Sebab sebahagian insan dalam dunia ni agak payah untuk berdiam diri..maksudnya dia memang suka sangat bercakap..jadi bila dah tak ada topik..maka dia create topik entah apa2 yang kadang2 tu mengarut dan sia2 saja…contohnya, dalam sesuatu perkara tuduh-menuduh dalam kehidupan.. yang saya nak kata..kebanyakan insan suka bersembang dan bercakap tentang bab macam ini…asyik bertanya siapa yang salah…siapa bohong..dan macam2 la sampai kutuk mengutuk….Sepatutnya perkara macam ni tak perlu jadi topik perbualan kita..sebab ia langsung tak berikan manfaat kepada kita..malah ia menyebabkan kita cakap benda yang bukan2..padahal kita bukan hakim untuk menilai orang lain..kalau kes mahkamah, biarkan mahkamah yang menentukan siapa yang salah dan betul.kalau tak yakin integriti mahkamah, tak apa..ini mahkamah dunia..barangkali tak adil kadang2 tapi jangan lupa ada mahkamah di akhirat kelak yang pasti adil dihakimi oleh ALLAH… tapi masalahnya, banyak dalam kalangan kita ni suka jadi pengulas…sampai dia lupa, setiap yang diperkatakan tu akan dipersoalkan di mahkamah ALLAH kelak. Ni Cuma muqadimah saja.

Sebagai insan biasa, kita tak boleh lari daripada kesilapan, kelemahan, kecacatan, kekurangan dan sebagainya..tu membuktikan kita ni bukan agung dan tak lebih daripada hamba-Nya yang kerdil. Justeru, biasalah kalau kita lakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup ni tanpa disengajakan sebab memang tu hakikat sebagai insan.Namun, kita tak sepatutnya kutuk atau hina seseorang yang melakukan kesalahan atau kesilapan.Siapa kita nak kutuk orang sedangkan kita pun kadangkali terjerumus dalam lakukan kesalahan dalam hidup? Apatah lagi, kita kutuk atau hina orang walaupun seseorang tu tak ada lakukan kesalahan,tetapi disebabkan dia tak menyenangkan kita. Kita kena ingat, setiap perbuatan dalam hidup kita pasti ada balasannya. “Each human being will surely die and will be judged in the God’s court at the hereafter for each of their deeds throughout their life in this world”. Ingatlah kata2 ni senantiasa….oleh itu, fikirlah dahulu sebelum berkata2…kalau tak ada apa nak kata…lebih baik kita diamkan diri saja. Hadis Rasulullah S.A.W:

“Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya beliau mendengar Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya seseorang hamba itu nescayalah berbicara dengan suatu perkataan yang dia tak fikirkan –baik atau buruknya, maka dengan sebab perkataannya itu dia dapat tergelincir ke neraka yang jaraknya lebih jauh daripada jarak antara sudut timur dan barat” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Kitab Riyadhus Salihin Karangan Imam Nawawi).

Hadis di atas jelas menunjukkan bahwa kita hendaklah berwaspada atas apa yang kita ucapkan atau perkatakan dalam kehidupan kita supaya ia tak menyebabkan kita termasuk dalam golongan yang akan diberikan balasan buruk di Akhirat kelak.

http://qurratulaini.files.wordpress.com/2009/02/muslimah.jpg

Bagi kita yang menyusuri kehidupan ini yang penuh dugaan, tohamahan dan ujian; haruslah kita bersabar dan tabah melalui semua ini sebab apa yang berlaku adalah untuk menguji keimanan kita. Kesabaran merupakan benteng yang penti ng kepada orang yang beriman dalam hadapi onak duri kehidupan. Tanpa benteng ini yang bertunjangkan ketaqwaan kepada ALLAH, kita akan terasa beratnya apa yang kita terpaksa hadapi ini. Malah kiya akan berputus asa dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Ketahuilah, putus asa amat sekali dilarang dan haram di dalam Islam. Firman ALLAH Ta’ala:

“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf Ayat 87

Oleh sebab itu, kita sangat memerlukan rahmat dan pertolongan ALLAH dalam kehidupan kita ini justeru jangan sesekali berputus asa daripada rahmatnya. Amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini :

“ Ya (ALLAH) Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala makhluk, kepada –Mu sahajalah aku mohon pertolongan, oleh itu perbaikilah segala urusanku, janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”  –  Hadis Riwayat Al Hakim dan Al Zahaby

https://i2.wp.com/1.bp.blogspot.com/_2z_lMqwoU2c/SvHvXfYUSwI/AAAAAAAAAK8/hvCsl-MdD-Q/s400/muhasabah+diri+pada+ilahi.jpg

Berkait rapat dengan hal ini iaitu pasal antara bencikan orang dan bencikan perbuatan buruknya. Beza ke antara keduanya? Memang nampak macam sama kan..kan..tetapi beza sebenarnya..sebab kesannya memang ternyata berbeza..kalau seseorang itu membunuh sahabat kita contohnya; kalau kita pilih untuk membenci dirinya sebab dia dah bunuh sahabat dia, rasanya kita fikir tak dia boleh berubah jadi baik dan menyesal atas perbuataannya tu? Mungkin kita kata ya tapi sebenarnya kita lebih akan fikir manusia yang dah sanggup bunuh orang, jahat sangat la tu..mana mungkin dia berubah. Dan pastinya kita takkan rasa nak berbuat baik dengannya malah nak balas balik apa yang dibuat padahal kita tak layak hukum manusia lain melainkan dalam mahkamah saja. Namun, macam mana kalau kita tak bencikan orang tu tapi perbuataanya yang melakukan pembunuhan tu? Pastinya kita lebih akan fikir dia barangkali tergoda dengan syaitan dan hilang pertimbangan saat melakukannya tu padahal mungkin dia tak tergamak bunuh orang..dan kita juga yakin dia boleh berubah dan sedar kesilapannya tu selain kita jadikan apa yang dilakukannya tu sebagai pengajaran untuk kita..so agak2 kita nak balas balik perbuatan dia atau tidak? Sudah tentu tak…malah kita berusaha untuk berbuat dengannya supaya dia sedar dan berubah. Nampak tak perbezaan antara keduanya? Tu soal kebencian yang boleh juga masuk dalam topik ni.

Tuntasnya, barangkali ada dalam kalangan kita yang senantiasa berusaha untuk buat semua orang yang mengenalinya tak mengutuknya, menghinanya dan sebagainya, malah menyukainya dan menyayanginya. Ingatlah, kutukan, tohmahan dan kritikan orang yang menyakitkan hati kita itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita, yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang kita diduduki, maka akan semakin pedas pula kata-kata dan kritikan itu.Kita harus bersikap laksana batu karang, ia tetap kukuh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran ombak yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya. Dan apabila kita ingin diterima oleh semua pihak, dicintai oleh semua orang dan terhindar dari celaan, beerti kita telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan. Apa yang penting, jadilah diri kita yang sebenar menurut kata hati kita, bukan kata orang yang dengki akan kita yang senantiasa cuba rosakkan kita tatkala melihat kita tengah menuju kejayaan dalam kehidupan.Bentengkan diri dengan kesabaran berteraskan keimanan kepada ALLAH, mudah2han hidup kita senantiasa dalam perlindungan dan jagaan-Nya.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: