Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 16

Semasa Hafiz dan Asyraaf bersembang tentang Arif dan Aliya, Amirul Imtiyaz sampai ke kelas pada pagi itu.

Amirul: Hai…sembang apa ha yang stop bila aku sampai?
Asyraaf: Hehehe..tak ada apa-apa la….
Amirul: Hek eleh..berahsia pula..kalau rahsia kata saja la rahsia….
Hafiz: Tu urusan orang-orang kenamaan saja…hahaha..
Amirul: Orang kenamaan? Kenamaan apa?
Asyraaf: Ish..hang ni..dia kata saja la…huhu…
Amirul: Apa-apa saja la….eh…Arif tak datang lagi pula…selalunya dia datang awal kan..
Hafiz: Hmm..ya…entah..bangun lambat agaknya….hahahaha..

Ketika mereka bertiga ketawa, Arif pun datang.

Arif: Hmm..apa hal yang korang ketawa ni ha?
Amirul: Ni ha..Hafiz kata hang bangun lambat..tu datang lambat…
Arif: Kurang asam…tak reti jaga mulut..ada hari boleh balas…
Hafiz: Hahaha…jangan marah Arif…melawak saja..betul tak Abang Asyraaf? Hehehe…
Asyraaf: Hmm..apa-apa saja la Abang Hafiz oi…ha..Arif, Abang Faiz dan Abang Amar nak jumpa kita masa rehat nanti dekat bilik pengawas…
Arif: Oh..ya ka? Ada apa hal?
Asyraaf: Entahlah..aku tak tanya la pula…ada hal penting la agaknya…

Pada waktu rehat, Asyraaf dan sahabat-sahabatnya pergi ke kantin untuk makan. Sementara itu, Amar dan Faiz sedang menunggu Asyraaf dan Arif di bilik pengawas.

Amar: Ish..mana diorang ni? Lambat sungguh….
Faiz: Sabar..sabar…diorang pergi ke kantin agaknya dulu…
Amar: Haih..kalau dah tahu kita nak jumpa, tak perlu la diorang pergi ke kantin…buang masa kita saja…
Faiz: Hehe…kita berdua kan berdiet…sepatutnya kita pun pergi kantin makan sama kan..kan… So tak perlu la marah diorang..lagipun baik kita baca nota kecil ni sementara tunggu diorang..
Amar: Hahaha..betul juga tu…amboi..bagus ketua pengawas ni….

Beberapa minit kemudian, Asyraaf dan Arif datang ke bilik pengawas.

Asyraaf: Err…lama ke abang tunggu kami berdua?
Amar: Haih..lama la…korang berdua ni makan banyak sangat…sepatutnya berdiet macam kami….
Asyraaf: Memang boleh nak berdiet…tapi orang selalu kata ana ni kurus sangat…takkan nak berdiet pula….hehe…
Faiz: Amboi…sindir kami ke?
Asyraaf: Eh…tak ada la….mana ada…dah Abang Amar tanya so saya jawab saja la…bukan nak sindir ke apa…hehe…
Arif: Hmm..abang nak jumpa kami berdua ada apa hal sebenarnya ni?
Amar: Ha..macam ni..hari khamis ni nak buat majlis penghargaan pengawas….kira jamuan la…esok baru nak jumpa semua pengawas dan inform pasal ni…so kami nak korang berdua dan pengawas form 4 lain arrange untuk aturcara majlis tu…ok?
Asyraaf: Ooo…pasal jamuan tu ek…ok..ok….tapi kenapa beritahu lambat sangat? he…
Faiz: Hmm.bukan sengaja nak beritahu lambat…tapi dah kami busy nak SPM…so terlupa pula pasal ni…
Arif: Oh..tak apa..kami faham anta nak SPM minggu depan..ok insya ALLAH kami akan urusakan dengan baik…abang tak pergi rehat la ni dah kata diet?
Faiz: Ya la..kalau kata berdiet tapi makan banyak juga..tu bukan berdiet la…orang-orang berbadan langsing macam kami ni kena berdiet kan…hahaha…
Amar: Ha..betul cakap ketua pengawas tu..korang pun patut berdiet walaupun macam lidi..
Asyraaf: Ish…sampai hati anta mengutuk ana ek…nak balas balik ke?
Amar: Hahaha…tak ada la….jangan terasa….ok la jom balik kelas…masa rehat pun dah nak habis dah…

Setelah pulang ke kelas, Asyraaf dan Arif terdengar perbualan Anwar dan Syukri.

Anwar: Hang tahu tak budak kelas ni banyak yang jadi pengikut wahabi ni…tak ikut mazhab..
Syukri: Oh..ya ka? Diorang ni barangkali dah tersesat daripada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah la ek…
Asyraaf: Hoi…mulut…sedap sungguh kata orang sesat….
Anwar: Hai…ada orang terasa la pula….kesian….
Arif: Korang berdua ni tak ada kerja lain ke label orang sesat la..wahabi la…macam korang tu betul sangat…

Kemudian datang Sir Ahmad Tarmizi ke kelas 4 Ali untuk kelas Bahasa Inggeris.

Sir Ahmad Tarmizi: Hai..korang ni bersembang pasal apa ni? Macam nak bergaduh saja…
Anwar: Sir…apa pandangan sir tentang amalan sesetengah orang yang tak baca qunut, tak bertahlil dan sebagainya…yang dilabelkan sebagai wahabi ni?
Sir Ahmad Tarmizi: Haih…soalan macam tu kamu tanya la Ustaz Mohd Asri la ya..dia tahu la pasal ni semua…

Bersambung………

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: