Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar – Bahagian 3

https://i2.wp.com/smansa.dagdigdug.com/files/2008/09/ruang-belajar.jpg

Untuk artikel kali ni pula, saya nak katakan pula tentang mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya, ilmu yang kita pelajari ini langsung tak berguna kalau kita cuma belajar, belajar dan terus belajar tetapi tak pula amalkannya dalam kehidupan kita.Sebaliknya, ia hanya tersimpan dalam memori kita hanya untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan semata2. Lantas, kita dapat lihat betapa ramainya manusia2 di sekeliling kita sama ada yang dianggap hebat dan ternama seperti seorang yang tak ada ilmu pun. Padahal, sesetengahnya ada pangkat Doktor Falsafah lagi.Di mana silapnya? Silapnya tak lain tak bukan, kita ni jadi manusia lurus bendul tatkala hadapi macam2 perkara dan situasi dalam kehidupan tanpa merujuk kepada ilmu yang kita dah pelajari.

Inilah antara masalah pelajar dalam menuntut ilmu . Ya! Sebab diorang belajar seolah2 tak ada sebab.belajar sebab tu la yang kena belajar so belajar la.Sebab tu kita dapat lihat sesetengah pelajar yang kononnya pandai tapi dalam masa yang sama dia nampak macam seorang yang mandul. Eh..mandul apa pula ni? Cuba perhatikan kehidupan seharian dia. Hidupnya hanya diselubungi dengan belajar, belajar dan belajar. Selain belajar, hanyalah makan, tidur dan berehat. Eh..salah ke macam tu? Memang la salah!

Kita memang wajib menuntut ilmu tapi tak bermakna kita habiskan banyak sangat masa untuk belajar sampai abaikan tanggungjawab dan perkara lain.Sehinggakan ada sesetengah pelajar yang tak guna handphone setahun gara2 nak ambil exam UPSR, PMR atau SPM. Hairan! Seolah2 exam tu dah ambil tempat keseluruhannya dalam hidup dia. Maka, bila ditanya kepadanya, dia akan kata  dia tension sungguh. Eh..dah selalu study pun tension? Ya! Sebab hatinya berasa kekurangan dari aspek lain. Langsung tak berhibur, bersosia, bermain dan sebagainya. So apa cara untuk atasi perkara macam ni? Jawapannya mudah! Kita kena aplikasikan or amalkan llmu yang dipelajari dalam kehidupan kita. So dengan tu, kita akan sentiasa ingat ilmu yang dipelajari tu dan tak perlu nak terlalu bertungkus lumus study saja tak habis2. Semasa buat aktiviti lain pun kita boleh belajar, yakni kita aplikasikan pengetahuan yang sesuai dalam situasi2 berkenaan.

https://i2.wp.com/www.prarl.org/images/STudy%20Cartoon.jpg

Selain itu, bila dah ada ilmu yang banyak, kita kena la tolong orang yang lemah. Bukan jadi kedekut ilmu. Tolong ajarkan apa yang diorang lemah or tak berapa faham tu berdasarkan pemahaman kita, takpun at least kita tolong diorang selesaikan soalan2 yang sukar.

“Barangsiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya-yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka dia akan diberi kendali – di mulutnya – kelak pada hari kiamat dengan kendali daripada neraka” – Hadis Riwayat Imam Abu Daud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan.

Dalam hadis yang lain:

Dari Abu Umamah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat ialah seperti keutamaanku atas orang yang terendah di antara engkau semua.” “Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampaipun semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampaipun ikan yu, niscayalah semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia.” Adapun yang selain Allah ialah memohonkan agar orang-orang yang mengajar kebaikan itu diberi kerahmatan oleh Allah. – Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Kan tolong orang pun dikira aplikasikan ilmu yang dipelajari. Bukan ilmu yang kita pelajari tu eksklusif untuk diri kita, tapi untuk kita amalkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian, tak kira la macam mana cara pun tapi yang positif la. Bukan dah ada ilmu, disalahgunakan untuk buat jenayah, maksiat dan sebagainya. Sebab tu kita juga dapat lihat sesetengah orang yang pandai, tetapi terjerumus dalam maksiat dan jenayah. Memang dah tersesat jalan la macam tu. Bukan setakat orang yang tak berilmu yang boleh tersesat jalan, malah yang dah banyak ilmu pun boleh juga.

https://i1.wp.com/images.swordofdeen06.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/R2MqtAoKCpQAAHQiB5Y1/Pp00042.jpg

Konklusinya, kalau kita rasa ilmu yang kita ada dah banyak, sebenarnya masih banyak lagi ilmu yang kita tak tahu sebab ilmu ALLAH itu sangatlah banyak dan luas sekali. Jadi jangan kita sombong dengan ilmu yang kita ada sehingga enggan tolong orang lain. Amalkanlah dan aplikasikanlah ilmu yang kita ada sebab ganjaran yang diberikan oleh ALLAH sangatlah banyak. Meskipun kita sudah meninggal dunia, tetapi ilmu yang dimanfaatkan itu akan terus memberikan ganjaran pahala kepada kita.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila anak Adam – yakni manusia – meninggal dunia, maka putuslah amalannya – yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih yang suka mendoakan untuknya.” – Riwayat Muslim.

*Hadis2 diatas dipetik daripada Kitab Riyadhus Solihin karangan Imam An Nawawi.

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: