Drama “Roda Kehidupan 2” – Episod 17

Sir Ahmad Tarmizi agak terkejut mendengar pertanyaan Anwar tentang Wahabi itu lantas meminta Anwar bertanya tentang itu kepada Ustaz Mohd Asri.

Anwar: Tapi sir…takkan sir tak tahu langsung pasal ni?
Sir Ahmad Tarmizi: Bukan saya tak tahu langsung…Cuma saya kurang arif dalam hal agama ini..so lebih baik kamu tanya ustaz terus lagi senang kan…
Syukri: Tapi sir…bagi la komen sikit….
Asyraaf: Dah sir suruh tanya Ustaz Asri..hang ni nak paksa sir pula….
Anwar: Hoi…penyibuk..tak payah menyampuk la….
Sir Ahmad Tarmizi: Ish…kamu ni la…sudah la tu…tak payah gaduh-gaduh..buat malu saja pelajar perempuan tengok….
Adibah: Betul..betul sir….macam budak-budak je…hehe..
Syukri: Hoi..ni seorang lagi…busy body…it has nothing to do with u!
Asyraaf: Hek eleh..marah pula dia ni..dah betul apa dia kata kan…kan..
Anwar: Hai..bela Adibah nampak..ada apa-apa ke?
Adibah: Ish….apa la hang ni….
Sir Ahmad Tarmizi: Sudah! Sudah! Kamu ni nak buang masa kelas saya ke bergaduh?! Kalau ya, ok saya keluar sekarang dengan izin kamu dan sambung la bergaduh!
Amirul: Eh…sir jangan la macam tu…kami minta maaf la….kawan-kawan…tolong diam ya…kita nak belajar english ni…yang bukannya kita pandai sangat pun…hehehe….

Sir Ahmad Tarmizi: Sedar diri juga kamu ni…saya tak mahu kata macam tu..tapi tak apa la dah kamu kata.Pada petang itu, Amirul dan Asyraaf pula lambat sedikit sementara yang lain-lain telahpun pulang ke rumah.

Amirul: He..aku ada bawa senarai hadis palsu pasal bulan Rejab & Sya’ban serta Ramadhan..nak pelekat tak dekat dalam kelas kita?
Asyraaf: La…kalau dah bawa tu pelekat je la..tanya aku buat apa….lagipun bagus juga pelekat tu…dapat sedarkan orang pasal tu…
Amirul: Tapi…kalau nanti diorang bising macam mana..tanya siapa yang pelekat?
Asyraaf: Hmmm…hehe..kita tulis ‘perhatian’ dekat atas kertas ni guna tulisan macam Hafiz nak tak? Hahaha…
Amirul: Good idea! Orang memang cam tulisan dia…tapi kesian pula dia yang kena tuduh nanti…
Asyraaf: Tak apa..kita minta Ustaz Asri perjelaskan pasal ni…yang tu paling penting..ye tak?
Amirul: Oh..betul juga kata hang tu….hehe….

Pada malam itu, Asyraaf menghubungi Ustaz Mohd Asri.

Asyraaf: Assalamu’alaikum, ustaz. Saya nak minta tolong sikit boleh tak?
Ustaz Mohd Asri: Wa’alaikumussalam..tolong apa?
Asyraaf: Saya dan Amirul ada pelekat hadis palsu bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan dekat kelas kami..so kami nak minta tolong ustaz cakap pasal tu esok boleh tak? Dan kata ustaz yang suruh kami pelekat benda tu?
Ustaz Mohd Asri: Hmmm..insyaALLAH tengok macam mana esok.

Keesokan harinya, ramai pelajar tingkatan 4 Ali yang terkejut dengan koleksi hadis palsu yang dilekat di papan kenyataan kelas mereka itu.

Anwar: Siapa pelekat benda ni?
Syukri: Entah mana aku nak tahu..tadi aku datang memang dah ada…
Syakirin: Eh…betul ke ni? Nampak macam mengarut saja…
Nizar: Tu la…eh..tapi tulisan ni macam tulisan Hafiz kan?
Anwar: Ha…betul juga tu…tulisan dia ni berekor-ekor sikit..haha….

Kemudian datang Hafiz ke sekolah dan hairan melihat sahabat-sahabatnya memandangnya dengan aneh.

Hafiz: Hehehe…apa hal ni? Lain macam je korang tengok aku…
Anwar: Ha…ni…hang ke yang pelekat hadis kononnya palsu ni?
Hafiz: Apa? Hadis palsu?
Syukri: Eh…buat hairan pula…ni ha! Hang ke yang pelekat?
Hafiz (sambil melihat kertas itu dan berkerut dahinya) : Eh…mana pula aku pelekat..aku tak tahu apa-apa pun la…
Nizar: Hai…ni bukan tulisan hang ke? Kami cam la tulisan hang..tak payah bohong…
Hafiz: MasyaALLAH..betul bukan aku…(dalam hatinya;  ni mesti kerja Amirul dengan Asyraaf takpun Arif…..)

Ketika kelas Bahasa Arab yang merupakan kelas pertama pada pagi itu, Ustaz Mohd Asri kelihatan pelik sebelum memulakan kelas.

Ustaz Mohd Asri: Ustaz ingin cakap sikit sebelum kelas mula ni..pasal hadis fadhilat…kita kena sedar, dalam dunia akhir zaman ni..memang banyak juga hadis yang direka oleh manusia berkenaan fadhilat lakukan amalan tertentu…dengan alasan sesetengah pihak…kononnya direka tu nak galakkan umat Islam berlumba-lumba lakukan amal ibadah…niat tu memang baik..tapi cara tu salah yang amat….sebab niat yang baik tak halalkan cara yang haram…atau lain kata, matlamat tak halalkan cara…
Nizar: Ustaz cakap pasal hadis yang pelekat ni ke?
Ustaz Mohd Asri: Hmmm….saya tak tahu nak kata…tapi saya nak kata…dalam hidup ni juga kita kena la berlaku jujur…sebab jujur tu penting..kebaikan boleh dilakukan oleh semua orang; orang baik mahupun jahat. Tetapi tinggalkan kejahatan hanya bisa dilakukan oleh orang yang jujur…ok…pasal hadis fadhilat tu juga, cara nak kenal hadis palsu ni mudah juga..antaranya fadhilatnya melampaui batas…dan menyanggahi logik akal….sampai berpuasa sehari contohnya dapat pahala 70 orang mati syahid…mana logik kan…

Bersambung……..

Bagi komen sikit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: